Posts

Showing posts from 2013

Bentuk Masa Depan Mu

Disember ini aku kerap memikirkan bagaimana caranya mahu membentuk kehidupan masa hadapan aku. Aku mengembara, menghabiskan masa dan uang semata-mata untuk membentuk masa depan aku..walaupun aku tak pasti bagaimana rupanya dan kapan aku perolehinya. Kini..Disember sudah dipenghujung dan aku masih disini begini. Tinggal aku disini. Menyaksikan bintang-bintang tanpa jemu. Menantikan sesuatu yang dijanjikan. Masih juga mencari mimpi apa yang aku mahukan esok hari kerna hari esok siapa yang tahu.

Bumi

Dentum guruh di langit tujuh hujan turun airnya rapuh Dua ekor semut berhenti bergaduh Mencari tempat untuk berteduh Hujan berhenti manusia mengeluh hancur bukan kerna terpaan angin roboh bukan hantaman musim manusia lupa dan alpa berkali Manusia terus menyuap bumi dengan racun tak siapa peduli

Anak Pak Belalang

satu ekor anak belalang menyanyi sambil bermain violin satu ekor anak belalang melompat girang disana sini satu ekor anak belalang punya cita-cita yang tinggi satu ekor anak belalang ingin jumpa figura yang dijanji satu ekor anak belalang menyanyi dan menari tanpa henti

Life no Regret

kapan kali terakhir kita dengar siulan burung di loceng gereja terbang menyusuri ruas pohon muda perlahan-lahan nafas ditarik lesu hembusan deras mematikan bunyi kenderaan apa lagi ombak terdiam... hanya burung gereja itu bisa didengari lewat ini masih punya harapan kah kita untuk peluk pagi yang dingin kerna waktu ini segala sifat baik dan buruk memperlihat segala potensinya yang sekian lama diselimuti dan mati kerna akal diam

Mereka Bikin Aku Galau

Kulari ke hutan kemudian menyanyiku Kulari ke pantai kemudian teriakku Sepi… sepi dan sendiri aku benci Ingin bingar aku mau di pasar Bosan aku dengan penat Enyah saja engkau pekat Seperti berjelaga jika kusendiri Pecahkan saja gelasnya biar ramai Biar mengaduh sampai gaduh Ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang ditembok keraton putih Kenapa tak goyangkan saja loncengnya biar terdera Atau aku harus lari ke hutan belok ke pantai

Seorang cik pah

Haih...di saat aku lepaking dengan member kelab kembara tiba-tiba member aku ungkit nama seorang gadis ini yang bikin aku sentap.. "Yen, Sherry buat apa sekarang?" Aku yang sedang minum holy water hampir menyemburkan holy water tersebut macam bomoh-bomoh gila seks. Aku pandang member aku yang ternanti-nantikan jawapan bernas daripada aku. Memikirkan supaya member aku ni tak serabut dek kerana persoalan itu aku mula membuka mulut "aku tak tau. and tak pernah ambik tau" ya..hanya itu sahaja jawapan aku kepada member aku. ternyata beliau hampa dengan jawapan aku seolah-olah hampa dengan jawapan menteri tentang kenaikan harga ayam tol dan minyak. Aku kembali memandang ke tanah, apa khabar agaknya dia di atas sana? Nampak kah kamu mata aku dari atas sana? Segala memori kembali tiba-tiba muncul, segera aku pejam mata harap boleh lupa segala. tribute to seorang Sharifah Rafidhah Al-Habshi, semoga kau tenang di sana... Amen

monolog satu cerita

ini monolog aku cipta bila hati aku kecewa tak sudah kecewa lagi dengan permainan dunia menipu dan terus menipu aku juga yang jatuh lemah tanpa apa apa lagi manusia sekeliling hulur tangan pun tidak kecewa lagi sampai satu saat kau heret aku dan kau lepas bodohnya aku semua jelas ternyata permainan manusia aku cuba bermain dengan betul tapi dia bermain tipu aku penat kau tahu tak..? di tepi sungai aku menunggu aku lihat puteri sakinah terapung di permukaan air laju...laju sekali aku kejar..kerah tenaga keluar lawan arus air tapi tidak berjaya aku lemas, puteri sakinah menjeling aku kelemasan.  dia memandang ke depan dan berlalu pergi permainan dunia..kau hebat aku tewas.

Lima hari di Bogor

Assalamualaikum Allah Humma Solli Ala Muhammad Wa Aali Muhammad Aku just nak kabo yang aku pergi Bogor, indonesia itu hari...tu je. bye. *tak dak idea

Dingin Jangan Telanjang

Image
Aku berjalan hampir 5 kilometer melepasi beberapa bangunan dan kini aku di Taman Rekreasi Tungtchenv hari itu aku merayau sorang - sorang Penat..aku penat nafas aku semput , ini biasa bila musim sejuk tiba. Tanpa fikir panjang salji menjadi tilam aku jangan risau..tak basah aku baring dan pandang ke langit.. mendung tapi indah..tuhan maha bijak tuhan tahu apa yang aku mahukan hari ini. hari ini hari selasa hari ini hari ulang tahun aku aku budak pukimak tak sambut benda benda itu tak ingin aku memilih untuk memejam mata tapi sedikit aku tidak berharap pada mimpi mimpi mengarut mimpi tukar tukar cerita mimpi ada basah ada kering tapi sayang tidak membantu aku menyembuhkan kesakitan aku aku pasang lagu dengan harapan aku terbuai indah sama alunan punk rock kaki kiri aku terhentak ikut ketukan drum ini nikmat muzik punk rock beri aku keghairahan utntuk terus hidup tak perlu rokok dan alkohol hanya muzik punk rock selepas habis satu lagu aku buka mata peman

Musim Gugur Tiada Beza

Aku jatuh, Melutut di atas daun kekuningan Bila aku genggam, daun itu berkecai Layu, rapuh dan lemah di musim gugur Apa begini hati aku? Atau kau juga begitu? Kita di dunia, Kuning hijau merah Berubah mengikut revolusi Bukan saja alam punya perubahan Manusia juga mahu bertukar Kita rasa kita puas Lalu mereka menindas Kita yang tertewas Sendiri melepas Langit pun cemas Musim gugur tiba lagi Mereka masih tiada beza Kita berubah Mereka rebah Ayuh!!

Bayang - Bayang

Fajar itu aku mengikut jejak langkah satu lembaga bernama bayang. Aku ikut ke mana sahaja ia pergi, ke masjid, ke sekolah, ke kuliah, ke gunung dan ke mana sahaja bayang-bayang itu pergi aku ikut. Ada yang menegur, dia seorang manusia yang berjantinakan lelaki "bodohnya kau ikut bayang-bayang, tak ada kerja lain ke?" aku memerhatikan dia memegang sebotol arak disuap kan ke hujung bibirnya dan lalu dihadapan aku, aku sedar ternampak sesuatu, ya aku tidak silap..dihadapannya ada syaitan, manusia yang berjantinakan lelaki itu sedang mengikut jejak langkah syaitan itu, ke mana sahaja, yang pasti syaitan itu membawa lelaki itu berkenalan dengan sahabat syaitan yang lain. aku senyum, biarlah aku nampak bodoh kerana ikut mengikut bayang-bayang aku sendiri sekurang-kurangnya aku dapat pahala. Aku terus menari dan menari meniru setiap pergerakan bayang aku.

Acoustic Punk Rock Beeches!!

last night, aku pergi ke satu event ni which is call Acoustic Punk Rock Beeches! satu akustik showcase by Oh Chentaku. Honestly, last night was superb awesome..the show started dalam pukul 9.30pm, tapi aku sampai awal dalam pukul 9 macam tu, oh ye..dia punya venue dekat The Bee, Publika satu restoran yang sangat urban dan sangat tidak lah sesuai untuk manusia marhaen macam aku ni. SAmpai je depan pintu The Bee, orang pertama aku nampak of course la myo the vocalist..dia jadi penyambut tetamu..so agak crowd la kat depan pintu, ramai jugak la band-band yang datang..bunkface, kyoto protocol, jennifer thompson versus and ada lagi la. show start dengan satu introduction muzik yang sangat punk rock, bikin kaki aku terhentak-hentak dan kepala sedikit terhangguk-hangguk, lagu diselang-seli dengan communication band dengan penonton which is bagi aku itu satu benda yang paling penting, and paling penting budak2 oh chentaku memang kelakar nak mampus..and paling penting lagu-lagu punk rock ya

Adakah Islam agama kedamaian?

Seperkara yang mahu aku kita fikir, dunia islam sedang bergolak baik di mana-mana sahaja. Perang di sana sini, bak kata lirik lagu Bring Me The Horizon - It's Never End ; Every second, Every Hour, Everyday..its never end, its never end. Terus, islam mengaku bahawa islam adalah agama kedamaian tetapi sejak zaman Rasulullah pbuh lagi, peperangan antara umat islam dan lain-lain tidak pernah berhenti, apa itu kedamaian? ini bukan persoalan aku..ini adalah persoalan non-muslim. Itu belum lagi aku sentuh perkara sunni-syiah, tiada penghormatan anatara sesama fahaman (bukan semua) menyebabkan sering berlaku pergaduan sesama Islam itu sendiri. ayuh fikir, di mana salah kita,,emangnya bener islam ini pencetus peperangan? Satu benda yang aku nak share untuk sedikit pencerahan. 1.World War I : 17'000'000 killed (without Muslims' interference) 2.World War II : 50'000'000-55'000'000 killed (without Muslims' interference) 3.Atomic bombing of Hiroshima : 9

Basah Dan Selekeh

Lewat ini hujan tiada henti Basah dan selekeh itu aku Langit pun makin ghairah meludah Ingin aku elak ke kiri ke kanan tanpa pedulik mereka di jendela memerhati sambil mencaci tapi aku gagal untuk mengelak kerna basah dan selekeh itu aku

Agama dan Chenta

Aku sarung Dr. Martens Kau jeling Aku sarung skinny jeans Kau malu Kau sarung Mary Janes Aku jeling Kau sarung skinny jeans Aku tutup mata kata ustaz..haram.

Makwe aku Pontianak

bukan aku tidak tahu lewat malam tadi kau singgah di jendela aku separa terbuka kornea kau sedar aku kesejukan posisi disebelah aku menjadi pilihan ditarik selimut hingga ke leher aku getaran liang liang roma aku hilang sedikit demi sedikit yang aku tahu bangun saja dari tidur ada tompokan darah di selimutku dan sedikit di leher hanyir dan panas aku senyum

Protect Us O' Lord

Kalau itu harga yang perlu aku bayar atas kesalahan masa lampau...Tunjuk jari ke langit dan sebut To God We Trust Subhanaka Ya Lailahailla'ant Al qaous Al qaous Qolisna Minanna Li Ya Rabb ( Praise be to Thee, there is no god but Thee, The Granter of all Succour, Protect us from the Hell Fire, O Lord. )

Bukan Petualang

paku sayap sakti hilang duduk diam kaki silang kau bidadari bukan petualang janji aku tidak lekang

Aku dan Lipas

Aku tengah baca buku yang baru aku beli dekat kedai lejen press dekat danau itu hari, buku yang aku baca ni bertajuk KA+WAH daripada pipiyapong, salah sorang penulis yang aku respek dalam bidang penulisan, well ini bukan pasal aku nak review pasal buku ni..just nak bagitau time aku tengah baca buku ni, tiba-tiba ada sekor lipas lalu depan aku yang sedang meniarap depan laptop dan sebuah buku, lipas ini lalu dengan keadaan tersipu-sipu malu bagaikan Datuk K yang sedang melamar Siti Nurhaliza Taruddin..memandangkan aku ni tak takut pada lipas merayap dan perasaan kasih kan binatang yang dipegang oleh aku semasa menjadi pengakap time sekolah dulu aku tak bunuh lipas tu just halau lemah gemalai amboi cenggitu je, and lipas itu melarikan diri, benarlah kata orang lipas kudung laju lariannya. 15 minit kemudian ketika aku sedang membaca buku yang sama dan mendengar lagu Ballad For Layla tiba-tiba terbang seekor serangga yang bernama cockroach hinggap di screen laptop aku...dan ketika itu ak

manusia biasa

Kadang kita lupa.. kita hanya manusia biasa Tinggi mana kedudukan kita kita hanya manusia biasa aku baru berjinak dengan tempat kerja aku, tapi orang bawahan mengharapkan sesuatu yang power dari aku, kerana mereka sudah terbiasa dengan sikap orang atasan yang duduk dan perintah. Tapi aku bukan macam tu..aku tak suka perintah walaupun aku memerintah, cara aku aku bersama dengan semua..bukan duduk dan memerintah. Kalau kau mahu yang suka titah dan perintah cari yang lain, tapi bukan aku. "manager baru tak boleh harap" hanya kerana aku tidak titah dan perintah, gelaran itu keluar dari seorang sundal. "tapi aku kisah apa, bukan sundal itu yang bayar gaji aku"

Interview dan Trainee Manager

Assalamualaikum... After habis gig tu dalam pukul 7..aku balik rumah terus sebab aku akan naik bas pukul 11.30pm nak pegi KL...sebab esok tu aku ada interview dekat pusat komuniti sentul. Mcam biasa bapak aku akan hantar pegi terminal bas...Subuh aku sampai hentian Duta, and bapak sedara aku datang ambik and aku pergi rumah dia kat Selayang..rehat-rehat sebab interview tu start pukul 10AM - 6AM. So, aku sampai Sentul dalam pukul 11 macam tu, sampai je baru aku tau..Jobs Malaysia buat walk in interview..banyak jugak company aku tengok from KFC sampai la Hartanah punya syarikat..tapi tujuan aku satu, pergi dekat tempat company yang panggil aku interview tu by email invitation. Actually banyak jugak la jawatan kosong untuk hari tu, tapi sayang tak ramai orang datang. betul la orang cakap..KL ni banyak kerja..just nak tak nak je. Aku terus pegi dekat company tu...dah serah certain document yang diorang nak aku terus masuk interview..ada la dalam setengah jam depa tanya aku macam macam..

HJNXLMB 2013

Image
Assalamualaikum, Allah Humma Solli Ala Muhammad Wa Aali Muhammad hei...last saturday ada show so called gig dekat Alor Star which is Hujan and Love ME Butch buat tour. so disebabkan dah lama aku tak pergi gig and ditambah pulak aku tak pernah lagi tengok Love Me Butch perform live depan mata. So aku usahakan diri aku pergi jugak gig ni. Aku beli tiket via online..and mula-mula aku fikir aku tak de gang ni. bosan gila layan gig sorang-sorang takde gang..tapi rezeki aku baik, abang tam tokey CPC BUNDLE and ada 2,3 orang lagi ember dia join gig tu, and also cousin aku..tapi tu semua aku jumpa dekat venue...so gila best. So boleh la aku simpulkan yang gig tu sumpah best..lagi-lagi love me butch, tengok wing meng which is guitarist diorang main gitar..pergghhh..meneleh bai...meneleh. suara Syarul yang power tu plak...yah..syarul has he own style..one of the power vocal in Malaysia. so aku tak nak tulis banyak..tengok la gambar-gambar kat bawah ni...=)                   Before start

Doa Bulan Rejab

Assalamualaikum, Allah Humma Solli Ala Muhammad Wa Aali Muhammad well..sekarang dah masuk bulan Rejab, after this Syaaban than Ramadhan. Bulan Rejab ini dikatakan sebagai bulan Rasulullah manakala Ramadhan itu bulan umat.. Keutamaan bulan Rejab Rasulullah saw bersabda: “Bulan Rajab adalah bulan Allah Yang Maha Agung, tidak ada bulan yang menandingi kemuliaan dan keutamaannya. Di dalamnya diharamkan berperang dengan orang-orang kafir, karena bulan Rajab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan ummatku. Barangsiapa yang berpuasa sehari di dalamnya wajib baginya memperoleh ridha Allah, dijauhkan dari murkanya, dan diselamatkan dari semua pintu neraka.” (Mafatihul Jinan 132) Rasulullah saw bersabda: “Bulan Rajab adalah bulan untuk memohon pengampunan bagi ummatku. Maka hendaknya mereka memperbanyaklah istighfar di dalamnya. Dan kita tau yang Islam ini kaya dengan doa-doa utntuk diri sendiri serta umat islam seluruh semesta..aku pernah diajar beberapa

Kesal

Andai teratak itu hancur runtuh, pukul aku hingga berpeluh Andai bulan tiada sinar cerah hukum aku sampai rebah maaf kerana tidak menjadi sempurna maaf kerana tidak menjadi lelaki urban maaf~

My Bilik yang panas

Assalamualaikum Allah Humma Solli Ala Muhammad Wa Aali Muhammad itseems ten days..aku tidur dalam keadaan panas ya rabbi. kipas bilik aku rosak..staf pejabat tak datang repair lagi..nohorom betei. bila aku nhadu dekat member aku dan ini apa yang dikatakan oleh depa "tak pa..nanti kat neraka dah biasa, practice dari awai" kepala jimbed kamu dan rakan-rakan. actually, aku tengah rindu makwe sungai dua ni..haha. ditambah pulak dengan  lagu sentimental sheila on 7..so memang kena mood sekarang even panas. lately ni aku selalu tidur lambat..tak tau la kenapa. kadang lepas subuh baru aku tidur..bad symptoms. have to get the right time back..i mean my tidoq time. till than..chalo.

senyum lagi

Kalau hati merah ini telah jatuh aku kutip dan campakkan ke jauh harap kau yang menyambut bukan separuh biar dalam dakapan itu hangat dan penuh nanti bila kau naik lemak hati itu jangan kau pijak pijak walau aku tahu kau tiada semak biar aku jadi tukang penyemak akhirnya kita berdua tahu masing-masing mengaku padu dan jitu walau kaki tiada sepasang sepatu kita masih ada senyuman yang satu kehadapan makwe sungai dua kebelakang pakwe kuala kedah senyum saja =)

kau bohong

akhirnya.. bukan aku tak tahu kau bohong kau anggap itu kelakar sedikit pun kau tak jaga hati aku sumpah tak kelaka!

diperbodohkan

Berdiri sahaja kau disana. sambil kau memerhatikan aku yang sedang terbakar tapi semua itu tak mengapa kerana aku tahu kau sukakannya. ketika aku ingin keluar dari semua kecelakaan dan kau suruh aku berhenti kau tanya "kau mahu ke mana?" aku jawab "aku mahu tinggalkan kau" dan kau merayu menyuruh aku kembali dan..sekali lagi semua ini gila!! kerana semuanya nampak baik dan sempurna tapi selepas aku melihat sebuah drama realiti aku bertanya "kau..siapa lelaki itu?" kau jawab "nama dia pun aku tak kenal" aku menjadi sangat lemah dan aku percaya mungkin aku masih tidak tahu kelemahan jiwa aku

kembali

sebuah kehidupan jiwa tunggang terbalik kembali merantai aku, kerana apa? ya kerana kau kembali, tapi aku kuat..kuat berpura-pura. Orang kata itu hipokrit, tapi aku kata itu kebijaksanaan.

Sayam Pergi

Image
Hari makin berlalu Daun-daun mula layu Reput pada wajah kayu Menunggu masa untuk mengadap yang Satu Arjuna memimpin tangan sang anak Sang anak tiba-tiba berhenti berjalan Sang anak bertanya Mana ibu? Arjuna melihat sang anak dan tersenyum Terus mendukung sang anak Membawa ke suatu tempat Arjuna dan sang anak duduk Di atas rumput hijau Ibu ada dekat situ Tunjuk arjuna pada nun di sana kelihatan bidadari bersama kumbang Siapa sebelah ibu Sang anak menggaru kepala bibirnya mencebik Arjuna memegang kepala sang anak Mahdi budak baik Siapa pun bersama ibu itu tak penting Mahdi tetap ada ayah arjuna dan sang anak bangun Sang anak melihat arjuna butiran air mula keluar dari mata sang anak Sang anak terus memeluk arjuna Arjuna memegang bahu sang anak dan melihat bidadari bersama kumbang ada tali yang mengikat antara mereka ketawa riang berlalu pergi waktu ini bidadari pasti tidak akan kembali itu pasti kata arjuna

Solawat

Image
Ketika terbaca ayat ini mahupun terdengar ayat ini maka berselawatlah kamu ke atas Muhammad dan Keluarganya Allah Humma Solli Ala Muhammad Wa Aali Muhammad MUDAH

Hidup ini penuh kemaluan

Assalamualaikum Pagi tadi aku pergi interview, di sebuah syarikat yang bernama..rahsia.aku pergi lalui semua tu dengan jayanya dan ohsemm, sebab aku puas hati dengn interview tu ditambah pula receptionist dia adalah makwe yang sangat lawo. Balik saja dari interview aku rasa something yang sangat tak best..dan tiba-tiba aku dapat panggilan telefon..aku jawab..hmm.makwe. lepas kami bergayut aku letak telefon dan aku cari tempat nak bunuh diri, lalu aku bunuh diri dan sekarang aku adalah sekeping hantu yang kacak dan sedang update blog sambil air mata darah mengalir tanpa henti dan mempunyai muka yang kemerahan, aku kemaluan. ##hello encik azril, tahu kan hari ini ada interview utk jawatan ****** tapi kenapa tak datang lagi, ada masalah ke?## p/s : aku salah masuk company rupanya..aku budak baik dan sekali lagi aku kemaluan.

Separa Tuhan

Assalamualaikum Bila cakap pasal agama, ramai yang hebat..ya hebat. boleh saja lihat di facebook, twitter dan macam-macam lagi sosial media. kadang-kadang sedih (sedih la sangat..cliche, actually meluat) habaq hang bila ramai yang nak jadi separa tuhan so, Bagaimana wujudnya manusia separa tuhan?, well separa tuhan ni bukan demigod yang macam dalam cerita wrath of titan atau percy jackson tu, ini separa tuhan yang mana manusia yang belajar agama (yang belajar matematik pun ada gak) dan dia rasa dia sudah cukup berilmu untuk menentukan sesuatu hukum. Wah..bunyi hebat..ya hebat. Ramai belia yang fresh grad dalam bidang apa-apa sahaja yang berakarkan agama islam ni begitu bersemangat untuk berdakwah, itu bagus, tapi...apa yang aku perasan ada diantara mereka yang menggunakan ilmu mereka ini untuk menjatuhkan orang lain. Mereka mengeluarkan dalil dan hadis..pom pang pom pang untuk menghukum seseorang yang dianggap tidak setaraf dengan mereka atau tidak ada ilmu seperti mereka. Rupanya

Ini Bukan Cobaan season 2.

Tiba-tiba makwe tu jerit dan bikin laki macho gua ni kaget..what happeng what happeng? and melihatkan ciri ciri makwe tu dah tak tetu arahgua terus buat keputusan yang makwe ni kena rasuk..ye..dia kena rasuk, and aku tak tau la jin apa yang dah syok kat makwe hijabster ni. brader ustaz tadi baca ayat apa entah..lagi menjerit makwe tu dia cakap "SAKIT!!!" haa..macam tu la bunyi dia. actually ni pengalaman ke berapa entah la aku tengok orang kena rasuk, macam-macam usaha dah brader brader dan akak akak kite buat untuk usir benda benda yang  tak best di mata gua. gua time tu steady berdiri dekat pintu bilik kecik tu sambil baca apa yang patut mana tau, bacaan gua ni bikin jin tu melecur sikit ke, bagi calar sikit pun gua dah bersyukur. tiba-tiba datang sorang fasi ni yang tua banyak daripada aku dan sedikit botak tengah menyuruh diorang semua lepaskan makwe yang kena rasuk tadi, aku macam what the fff....kalau lepas dia lari la. dah la malam, kalau dia lari masuk hutan man

Ini bukan cobaan

OK ini kisah benar nk mamfuss..kalau publish dekat  lejen, konfem boley buat kispen. actually gua itu hari pergi kem Biro Tatanegara or BTN (no political heart feeling feliss) kuala kangsar, and gua jadi fasilitator a.k.a tenaga pengajar atau penggerak untuk kem tu. and guess what peserta-peserta kali ni ialah budak-budak kolej universiti insaniah (KUIN) yes..totally mereka adalah pro-pembangkang (no political heart feeling phelisshh). but mengajar budak-budak insaniah tentang malaysia ni bukan sesuatu yang paling menarik gua nak kongsi kali ni, tapi what happen in Kem Bina Negara Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. First day, gua sampai dah malam, and time tu peserta tak sampai lagi because esok baru program start, anyway esok kami free sampai malam that mean tak de keje lagi la..so aku ajak la kawan kawan pergiIpoh, so orang kata sambil menyelam minum air, alang-alang dah sampai Ipoh, gua singgah batu gajah dulu, gile sial excited nak mamfus. samapi je batu gajah, gua ronda mana kaw

Sebuah Satu Malam

Mahdi berjalan seorang diri di laluan rekreasi yang sudah agak lama tidak digunakan, ini adalah laluan yang sering digunakan Mahdi dan rakan-rakannya setiap kali pulang daripada gig tapi kali ini dia bersendirian, rakan-rakannya lain kebanyakannya sudah membawa haluan masing-masing selepas tamat belajar, ada yang sibuk bekerja, ada yang berhijrah ke bandar lain manakala Mahdi memilih untuk ke Universiti pilihan orang tuanya. Entah mengapa malam ini Mahdi rasa seram satu macam, tak pernah dia rasa seram macam ni. Mahdia yang sedang mendengar lagu Funeral For A Friend - Walk Away, menguatkan lagi volume so dengan harapan dia tidak mendengar bunyi lain selain lagu Walk Away. Mahdi memandang ke hadapan, pintu yang menghubungkan laluan rekreasi dan jalan besar semakin hanya 100 meter di hadapan Mahdi. Sebaik saja Mahdi memegang pintu pagar dihadapan bateri ipod nya habis lalu situasi menjadi sunyi kembali "Shit! beteri habis plak, nohorom betei la" "MAHDI!!" Tiba

Bukan Sebuah Cerita

Allah Humma Solli Ala Muhammad Wa Aali Muhammad Andai Karbala itu mitos Maka aku lah pencerita Andai Nainawar itu Benar Maka aku bersama dengan kebenaran Andai Karbala itu penuh Kesyahidan Maka aku akan mati bersamanya Andai Nainawar itu penuh dengan cinta Maka aku akan menyintainya

Dunia Pagi Aku

Image
Assalamualaikum, Allah Humma Solli Ala Muhammad Wa Aali Muhammad Bangun saja dari tidur yang panjang, terus buka tingkap bilik tidur gua kasi fresh sikit tangkap cahaya sunrise. mood ceria datang, aku terus bersiap-siap untuk ke tempat kerja, wahh..ini rutin harian aku. kerja ikut waktu (kadang-kadang tak) umpama robot yang telah ditetapkan waktunya hingga kehabisan bateri pada waktu petang. Sampai saja ke pejabat, ini juga rutin harian aku iaitu buka laptop, surfing internet, buka email, buka facebook and finally youtube..wait..youtube? yup...youtube, aku akan play lagu Yuna decorate or tourist untuk tangkap mood kerja. ahaks. ini serius bukan main-main. I’m all black and white inside Monotonous from left to right I decorate my house with things you love Just in case you show up In case you show up Bila dah dengar part ni, hati manyak tenang habaq ang, so kerja pun mantap je. aku tak peduli jiran-jiran sebelah yang tengah dengar lagu Anuar Zain atau Tasha Mansahar. Aku dan