Tukar Selera




Lately ni banyak plak post aku pasal puisi-puisi segala ni..and suddenly aku rasa macam nak ubah cara penulisan. Moga mendatangkan hasil.




Bukan Salah Aku



Kau yang melarikan diri dari aku
Lalu aku pula yang dipersalahkan
Bukannya aku tak cuba kejar
Makin dikejar makin laju kau lari

Aku penat mengejar
Bila aku penat, aku berhenti
terus....
Kau menyalahkan aku 


Nakalnya...




Dari Jendela Padang Pasir



Kalau lihat kondisi aku sekarang ini, orang boleh jadi tak tahu aku sedang dirudung kesedihan, kecuali jika aku menceritakannya. Well, tentu saja sebenarnya aku sangat sedih dengan waktu-waktu sukar yang aku lalui sekarang ini, aku menahan segala kesedihan, di depan tuhan aku tumpahkan segalanya. Aku hampir-hampir menyalahkan tuhan dan menuduh-Nya telah menzalimi diri aku. Aku merasa, Ia sedang bermain-main dengan diriku. Ia beri aku aroma dan kabar gembira, tapi dengan cepat Ia rampas kembali kebahagiaan itu sebelum aku sempat raih. Tapi Alhamdulillah, kelancangan itu hanya memercik sesaat. Allah masih melindungiku dari fikiran-fikiran yang buruk; dari bisikan syaitan yang terkutuk.

Semasa di satu tempat yang tak perlu aku bagitau dekat mana, lama sekali aku merenung. Kuperhatikan orang ramai lalu lalang pergi berziarah. Di sekitar zarih seperti biasa aku menemui banyak sekali orang yang menangis. Dari arah bahagian perempuan, suara jerit tangis juga masih seperti dulu, Aku dulu sempat bertanya-tanya, derita apakah gerangan yang membuat mereka menangis? Tak pernah terfikir yang dulu aku pernah menangis seperti mereka.

Perlahan emosiku mengendap. Disekeliling aku banyak kusaksikan orang yang berduka, atau apa pun namanya. Lalu tidak lama kemudian, ada keranda jenazah yang masuk ke dalam Haram. Aku lihat para pengiringnya menangis tersedu-sedu. Ternyata aku tidak sendirian dan ini sangat membantuku.

Di bahagian kanan depan Haram, ada juga sekelompok orang sedang melakukan azadari. Aku langsung teringat kepada penderitaan dan ujian yang dialami oleh para teladan kita sepanjang sejarah. Aku teringat kisah Nabiyullah Ayyub' A.S. Selama 70 tahun, ia hidup dalam keadaan sangat senang. Hartanya berlimpah ruah dan ia perguanakan untuk kebajikan dan berderma. ia juga punya isteri yang cantik dan setia. Bukan itu je Ia juga punya anak yang banyak soleh dan solehah.

One day, iblis marah, dan dia minta Allah untuk menguji keimanan Ayyub, Iblis lalu membakar rumah Ayyub, seluruh harta dan juga anak-anak yang menjadi buah hati Ayyub habis terbakar lalu datang la ujian yang berikutnya, Ayyub kena penyakit berat, seluruh tubuh rosak dan penuh luka. Di balik lipatan luka itu nanah  menyembul, berbau dan jijik. Seluruh penduduk memulau dia. Ia diusir bersama isterinya keluar dari desa. Sepuluh tahun ia jalani penderitaan.

Sepuluh tahun itu lama, terakhir cubaan lain datang. dan kali ini yang paling berat. Isteri Ayyub meninggalkannya seorang diri, ia membiarkan Ayyub seorang diri menghadapi segala penderitaan tanpa teman.

Itulah Ayyub, dan ia bukannay satu-satunya kekasih Allah yng diuji dengan cobaan berat. Kita pasti tahu sejarah para nabi yang lain dan bagi aku tragedi Karbala manampilkan episod kepedihan dan penderitaan paling getir dalam sejarah umat manusia.

Lalu di mana aku? mestikah aku menangis kerana penderitaan yang tidak seberapa ini? Mestikah aku menuduhAllah telah menzalimi aku? sebenarnya tidak, aku masih punya harapan. Mungkin seperti Ayyub, aku akan dapat sesuatu yang lebih baik satu masa nanti. Jika tidak, ujian yang aku lalui ini akan mengugurkan dosa-dosa aku, asal aku menajalaninya dengan sabar.

nah, aku harap korang faham apa yang aku cuba sampaikan dimana setiap ujian harus diharungi dengan sabar dan tenang. ingat orang yang sabar dan tenang itu bisa melembutkan hati si keras. Thats all untuk malam ni, aku harap kita semua terus menjadi orang-orang yang baik setiap hari. Solawat.



p/s : mereka banyak membantu :)



Aku, Kain pelikat dan Pemuda



Well, after doa lepas maghrib aku pun keluar la dari surau tu, jalan ke rumah aku ni gelap sikit tapi jarak tu tak jauh dalam 50 meter je, dalam perjalanan aku tersempak dengan dua orang anak muda sedang menolak motorsikal mereka. Wajah diorang aku tak berapa nak cam sebab gelap kan and for sure diorang pun tak nampak muka aku.

Pemuda : Assalamualaikum

Aku : Waalaikumsalam, apa hal tolak motor ni? minyak habis ka?

Pemuda : Minyak ada PAKCIK tapi tangki masuk ayaq

dan mereka terus menolak motorsikal mereka tanpa menghiraukan aku selepas tu yang dengar hanya gelak ketawa mereka dan aku pula berhenti agak lama sambil memandang mereka. Gua sentap...serius gua sentap!!!! aku punya lam tampan gaya macam ASyraf Muslim depa boleh panggil aku pakcik. kenappaaaaa!!!!

mungkin disebabkan busana aku berkain pelikat dan berbaju melayu yang bisa buatkan makwe-makwe hijabista ghairah melihat aku menyebabkan diorang menyeru aku sebagai pakcik...ini dah dua kali tau.


pakcik kome.



Menara Senja



Pulang saja dari kerja, aku terus ambil port di atas sofa mengadap telivisyen LED 42 inci yang aku beli dengan usaha aku sendiri. Aku termenung lama memandang kotak hitam itu, jam baru sahaja menunjukkan pukul 6.30pm dan aku pejam sahaja mata, cahaya senja dari luar bernada rumah aku menyucuk segala wajah aku dari dahi sampailah ke dagu dan aku membuka mata perlahan-lahan.Aku memasang lagu band "mono - pure as snow" di mana kedamaian susunan muzik mereka bikin aku ketenangan. lalu bangun menuju ke arah beranda. Aku buka sliding door itu terus aku angin petang menerjah masuk ke rumah aku dan menerjah aku sekuat mungkin, ya itu bukan satu siksaan itu satu keindahan dan perlahan-lahan aku menikmati rasa indah itu aku terus ke beranda seraya itu dua ekor burung yang hinggap di beranda aku terus terbang di atas kehadiran aku. Aku melihat sekeliling permandangan aku, alam mempersembahkan aku sebuah pandangan yang berbeza dikiri aku ialah jalan raya yang tidak begitu seksa, dihadapan aku ada berpuluh bangunan yang berwarna senja dan di kanan aku ialah sebah bukit yang dipeluk oleh cahaya jingga ini adalah sebuah kedamaian..ya aku tenang melihat semua ini sambil disekeliling aku disulam dengan bunyi muzik post-rock. Dikala ini lah aku mula terbayangkan waktu kami berdua duduk di beranda ini pada waktu senja sambil minum kopi Perancis, aku dan dia saling berpandangan kemudian dia memandang semula ke hadapan lalu memejam mata

"ini syurga" katanya, aku hanya tersenyum dan terus khayal menghayati apa sahaj di depan kami.

Segala memori antara aku dengan dia satu persatu muncul, kehadirannya semasa hari jadi aku sambil memegang belon gas datang bersama sebuah senyuman, kami berdua duduk di sebuah batu di padang rumput semasa musin sejuk di Poland, ketika dia bergurau menumpahkan air pada baju aku dan terus melarikan diri lalu aku mengejarnya.

Lamunan aku terhenti, dan kembali pada dunia realiti, demi tuhan aku tidak akan melupakan semua itu kerna itu memori lama yang paling berharga untuk aku yang tidak mungkin aku dapatkannya semula walau di syurga. Azan Maghrib berkumandang, burung-burung pulang ke kawasan bukit , seorang anak kecil berjubah putih dalam perjalanan ke surau. Aku kembali menutup sliding door, bersiap untuk menyembah tuhan, aku manusia dan aku bangga menjadi makhluk sempurna ciptaan-Nya.


Selamat Tahun 2014 semua  =)





Lyrics For Second River




Life is not a fairy tale
Because we're all knows that
There's not always life end with
"Happily Ever After"

Shut Up and Listen
I just want you
Don't run away too far from me
I try to catch you up

I'm not haunting you
i know a don't need too
but someday if you want this over
i'm begging you
please count me in honey

i heart you Second River
There is no one else 
Who can take your place
Please don't fuck it up