Posts

Showing posts from October, 2017

30 Oktober 1988

Akhirnya blog aku mencapai angka 313, angka 313 adalah angka kegemaran aku sehingga ketika aku mahu memberli kereta aku minta nombor pendaftaran kenderaan aku 313 juga, ramai yang pelik ada apa dengan 313. Nombor ini sungguh besar maknanya tapi nantilah aku cerita perihal nombor tiga angka ini. Cuma untuk kali ini, aku mahu hadiahkan sebuah puisi kepada sosok wanita yang baru sahaj aku kenal sempena pencapaian tulisan aku yang ke 313. Datang dari corong sederhana dari celah kesibukan kota berdiri sendiri tanpa tongkat memerhati angin dari jauh   Dia timbul di segenap benua Mencari bunyi yang tidak pernah rasa Ditanganya penuh segala sesuatu yang manusia tak perlu tahu Bila ditanya khabar Tenang aku mengira bintang Tidak ada manusia tiada resah menunggu balas apa lagi hati yang berkecamuk Tidaklah aku berlebih menunjuk supaya ada sisipan dihujungnya nanti bersama wajah harapan yang mampu menyentuh jantung Kini kita kosong Masih tercari-car

Bajet di atas kertas

Terpercik api belum tentu luka Terkena air derita berpanjangan Di atas kertas bicara sementara orang tua mula berangan Anak kecil terus lapar Bukit tetap binasa Orang tua masih tak sedar Panas dan hujan peduli apa

Gitar Kapok dan Angan-Angan Kiamat

Lepas solat Isyak terus aku mesej dia, saja aku mesej supaya koneksi itu tetap ada, saja aku mesej dia supaya dia tahu aku tidak main-main dan aku peduli. Aku bangun dari atas sejadah dan aku sandar dihujung katil dan aku ternampak gitar kapok aku seolah-olah memanggil aku untuk dibelai. Aku terus mencapai gitar kapok aku, uji sedikit tune gitar tersebut supaya bunyi masih kekal dan tidak lari. Aku mula menggoreng sedikit lagu untuk membuai hati aku sendiri, lagu Sesungguhnya daripada kumpulan Ungu menjadi mangsa aku malam ini, dah lama tak main lagu ini jadi chord sedikit lupa tapi liriknya aku tidak lupa. lirik intronya berbunyi "Saat dunia berhenti berputar, saat manusia tak sanggup lagi berharap, ketika mentari tak sanggup lagi berjanji, menyinari dunia yang telah kau singgahi" Bila dihayati kembali bari aku perasan intro lagu ini sangat deep berkisar waktu alam dihujung umurnya, sebagai orang Islam tentulah aku percaya pada hari kiamat dan hari pengadilan. Cuma wakt

Follow The Flow

Sometimes I worry too much. Worry about things that may never happen.  Worry for no reason.  My mind runs like crazy. And I'm going crazy as well. In facts, Everything went and goes great. Sigh. Chill lah. Like Bob Marley said, When you worry you make it double Don't worry be happy Kawan-kawan, esok aku belanja air sirap free flow i repeat, air sirap free flow!

FAR

Seorang Fatimah Semoga kita ada sesuatu

Journey to The North

"Hijaunya gunung itu berubah warnanya bila musim jingga tiba" kata Ali sambil melihat gunung dihadapannya. "Dengan aku tak payah la deep sangat Ali, cakap la sekarang dah masuk Autumn" kata Jimi lantas bangun menyarung jaket kulit hitamnya. Ali  hanya tersenyum melihat Jimi yang lalu dihadapannya. "kau nak pergi mana?" tanya Ali "Aku nak balik, tak tahan sejuk" "mengada la kau Jimi, macam la baru semalam kau sampai sini, cakap je la kau nak tengok drama kat tv tu kan ?" Ali terus bangun mengikuti Jimi dari belakang. "Jimi aku nak tanya kau satu benda ni" "Apa dia Ali?" "Kita dah 3 tahun dekat sini, apa kau rasa?" Jimi pusing belakang memandang Ali, dahinya kerut. "Apa aku rasa, entah biasa je tak de pulak rasa sentimental dekat sini, walaupun makwe sini cantik-cantik" "hahaha, engko ni Jimi, tak de benda lain ke kau nak fikir" Memang tak dinafikan perempuan Sweden tinggi da