Journey to The North


"Hijaunya gunung itu berubah warnanya bila musim jingga tiba" kata Ali sambil melihat gunung dihadapannya.
"Dengan aku tak payah la deep sangat Ali, cakap la sekarang dah masuk Autumn" kata Jimi lantas bangun menyarung jaket kulit hitamnya.
Ali  hanya tersenyum melihat Jimi yang lalu dihadapannya.
"kau nak pergi mana?" tanya Ali
"Aku nak balik, tak tahan sejuk"
"mengada la kau Jimi, macam la baru semalam kau sampai sini, cakap je la kau nak tengok drama kat tv tu kan ?"
Ali terus bangun mengikuti Jimi dari belakang.
"Jimi aku nak tanya kau satu benda ni"
"Apa dia Ali?"
"Kita dah 3 tahun dekat sini, apa kau rasa?"
Jimi pusing belakang memandang Ali, dahinya kerut.
"Apa aku rasa, entah biasa je tak de pulak rasa sentimental dekat sini, walaupun makwe sini cantik-cantik"
"hahaha, engko ni Jimi, tak de benda lain ke kau nak fikir"
Memang tak dinafikan perempuan Sweden tinggi dan cantik-cantik belaka, ye lah scandinavian tinggi orangnya tak macam orang Asia.
"Aku rasa tak nak balik Malaysia la Jimi" Ali menarik bahu Jimi lalu Jimi pun memandang Ali sekali lagi.
"Kau ni dah kenapa?" tanya Jimi
"Hari tu beria nak balik Malaysia bila dah habis study"
"aku nak pergi Kungsleden dekat Abisko tu, kita pergi trekking sana nak? Mana ada lagi orang Malaysia pergi sana, bayangkan kita orang Malaysia pertama trekking dekat sana, Trekking dekat Arctic Circle, ko tak nak ke Jimi?"

Ali dan Jimi singgah masuk di Ford Bar, sebuah bar yang agak popular di pekan itu, tetapi hari ini pelanggan agak kurang, mungkin ramai tak keluar rumah sejak cuaca berubah ni. Masuk saja ke dalam bar itu bau arak agak kuat menusuk hidung mereka tetapi 3 tahun bukan tempoh yang singkat, mereka sudah pun terbiasa dengan bau-bau arak di sana. Ali dan Jimi masing-masing membeli Lemonade setiap kali melepak disitu, pelayan di situ pun sudah mengenali mereka dan salah seorang daripada mereka bernama Elsa, seorang pelayan perempuan yang tinggal di pekan kecil itu bersama neneknya. Elsa seperti biasa menghidangkan mereka Lemonade panas sesuai dengan cuaca ketika itu.

"Kau serius ke Ali?" tanya Jimi sambil menghirup Leomande yang ada di hadapannya.
"pernah ke aku tak serius?" soal Ali.
"Banyak kali!" Jimi menjeling Ali.
Ali hanya ketawa
"Chill la Jimi, kali ni aku serius, aku dah plan benda ni lama dah just aku tak bagitau kau je"
"Sebenarnya aku tak kisah pun nak pergi sana, manrik jugak tu, duit simpanan aku ada, lepas la setakat nak pegi Abisko tu"

Lagu post rock menghiasi setiap sudut Bar itu, band Threads ni salah satu band favorite Elsa, dia yang memperkenalkan band ni kepada Ali.

"Elsa, Threads again?" tanya Ali
"I can't kill them Ali" jawab Elsa
"Elsa, Aiman Tino please" tiba-tiba Jimi jerit meminta lagu Aiman Tino
Elsa menggelengkan kepalanya sambil membuat muka  tanda tidak faham.
"Ok, kalau macam tu Jimi, habis je final exam kita, 3 hari lepas tu kita pergi nak? dalam masa 3 hari tu sempat la kita nak cari barang apa yang patut.
"aku nak bawa Elsa sekali boleh?" Jimi mengangkat keningnya
Ali terus menumbuk Jimi tanda tidak setuju.
"Nak pergi ke Abisko bukan lah susah mana pun. Ambil flight pergi ke Kiruna, than ambik train pergi Abisko Turiststation,dari situ terus masuk Abisko National Park, tempoh perjalanan aku rasa dalam 8-9 hari"
"Ali Abisko dah dekat dengan Narvik tu, apa kata kita lajak pergi Tromso terus"
"Boleh tapi bajet kena lebih sikit la, kita tak boleh start dari Abisko kalau macam tu, kita kena start dari Nikkaluokta habis dekat Abisko National Park, lepastu ambik train pergi Narvik pastu boleh la pergi Tromso"
"perghhh..power la ko Ali, tak sia-sia kau datang belajar sini"

Mereka berdua menghabiskan minuman lalu keluar, tiba di pintu keluar Ali perasan Jimi tiada disebelahnya, Ali masuk semula ke dalam bar dan seperti yang dijangka Jimi sedang bersembang dengan Elsa.
"Jimi!, jom la"
Jimi berlari-lari anak kepada Ali sambil tersengih-sengih.
"Kau cakap apa dengan Elsa tu, kau nak ajak dia ke?cilake betul"
"tak la, tadi aku tunjuk lagu Aiman Tino dekat dia"
"bodoh la kau Jimi"
Jimi hanya ketawa melihat reaksi Ali yang berjalan laju dihadapannya.

Bersambung*






Comments

Popular posts from this blog

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih