Posts

Showing posts from 2019

Esok Masih Ada

Setiap hari Ali bangun dari tidur Ali akan memasang lagu Polaroid yang dimainkan oleh band Oh Chentaku. Antara lagu emo yang digemari Ali sejak dari zaman sekolahnya lagi. Cuma kali ini Ali bangun tidur bukan lah bersendirian seperti dahulu, kali ini disisinya ada sosok wanita. Mata wanita itu terpejam rapat, rambutnya menutup sebahagian muka, dijarinya ada sebentuk cincin emas, dikukunya terdapat inai yang masih merah. Lama Ali tenung wanita itu sambil melayan perasaan bersama lagu yang dimainkan di Spotify: "I gave you everything and gave up my life, and it is all for you but you ruined everything It's even for me, it's even for you, try to understand" Itu lah chorus dari lagu Polaroid di mana mulut Ali juga menyanyikan chorus yang sama sambil melihat wanita itu. Sedikit air mata Ali jatuh mengalir di pipi. Ali terasa gelap, terus Ali tertanya di mana cahaya yang selalu dikatakan orang sebelum-sebelum ini atau mungkin cerita tidak sama. Ali sayang sosok dihadapannya

suami

Jadi seorang suami rupanya tak semudah yang disangka. Banyak hal dan banyak hati juga harus dijaga. Tersilap kata ributlah dunia. Akhirnya seorang suami itu akan mati dihimpit dua zat yang berbeza.

Fucking tired

Demi tuhan, aku dah banyak ikut kehendak kau dari logik sampai tak logik. Kadang kau seolah lupa, apa status kau dan aku, dimana maqam kau dan aku. Sampai satu tahap sabar aku ada batas. Cuma aku ni bukan lelaki dayus. Tapi demi tuhan. Sudah sampai penghujung.

Past Relasion

Aku, Aku setelah menerima kau aku tiada masa untuk memikirkan hubungan masa lalu. Tak, sebenarnya sudah lama aku berhenti memikirkan masa lalu. Aku, Aku kini lebih memikirkan masa depan. Perancangan masa depan setelah aku menerima kau dalam hidup. Adil, Jangan cakap pasal adil dengan aku kalau kau sendiri tak bertuhankan adil. Jadi lebih baik tidak berkata apa-apa dari mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan. Dosa pun tidak jadi.

Kemahuan Hidup

Kita manusia mesti ada kemahuan hidup, ada yang ingin berjaya, ada yang ingin bersederhana, ada yang ingin kaya raya. Semua ini satu bentuk positive vibe yang bila mana boleh bikin hati manusia itu sentiasa tenang dan ceria walau apa pun yang berlaku dan postive vibe ini yang akan membawa kepada kemahuan hidup yang diangankan. Jarang sekali kemahuan hidup seseorang itu adalah untuk gagal dan terus gagal. Macam aku, aku pernah lalui kegagalan yang sangat dasyat, waktu itu aku tidak memiliki apa-apa sebarang bentuk materi. Aku tetap positif biar waktu itu agak sukar untuk aku lalui, aku tetap tenang sabar dan ceria. Kadang-kadang perasaan down tu tetap ada, ye lah kita ni manusia biasa tapi paling penting adalah macam mana kita nak kawal semua tu. Orang lain tak kan boleh kawal diri kita, hanya diri sendiri.

Surat

Sebagai manusia, kita akur pada segala kawalan tuhan. Yang buruk, yang baik semua itu bermain di hadapan kita. Buruk untuk kita tak semestinya buruk untuk orang lain dan baik untuk kita tak semestinya baik untuk orang lain Itu lah salah satu corak kehidupan. Ketika Adam dan Hawa diciptakan muncul sebuah corak kehidupan manusia. Kita manusia alaf baru, sering terperangkap dengan diri sendiri. Kadang kita keliru corak manakah mahu kita corakkan pada persembahan hidup. Kita berpegang pada sesuatu utopia sehingga kita lupa pada realiti. Ada manusia yang boleh berpegang pada utopianya ada manusia tidak mampu berpegang dan terperangkap, akhirnya menjadi bingung. Ada diantara kita akhirnya kembali pada agama samawi dan itu sebaik jalan. Agama yang haq menjadi ikutan ratusan tahun. Akhirnya kita akur semula pada kawalan tuhan dan kita redha. Syu, awak punya bermacam watak, bukan misterius kadang hampir senang dibaca. Awak orangnya ringan dan mudah, dengan kerana itu supaya fikir mahu berka

2019

Ingin sekali aku mengenali dia