Posts

Showing posts from September, 2013

Bayang - Bayang

Fajar itu aku mengikut jejak langkah satu lembaga bernama bayang. Aku ikut ke mana sahaja ia pergi, ke masjid, ke sekolah, ke kuliah, ke gunung dan ke mana sahaja bayang-bayang itu pergi aku ikut. Ada yang menegur, dia seorang manusia yang berjantinakan lelaki "bodohnya kau ikut bayang-bayang, tak ada kerja lain ke?" aku memerhatikan dia memegang sebotol arak disuap kan ke hujung bibirnya dan lalu dihadapan aku, aku sedar ternampak sesuatu, ya aku tidak silap..dihadapannya ada syaitan, manusia yang berjantinakan lelaki itu sedang mengikut jejak langkah syaitan itu, ke mana sahaja, yang pasti syaitan itu membawa lelaki itu berkenalan dengan sahabat syaitan yang lain. aku senyum, biarlah aku nampak bodoh kerana ikut mengikut bayang-bayang aku sendiri sekurang-kurangnya aku dapat pahala. Aku terus menari dan menari meniru setiap pergerakan bayang aku.

Acoustic Punk Rock Beeches!!

last night, aku pergi ke satu event ni which is call Acoustic Punk Rock Beeches! satu akustik showcase by Oh Chentaku. Honestly, last night was superb awesome..the show started dalam pukul 9.30pm, tapi aku sampai awal dalam pukul 9 macam tu, oh ye..dia punya venue dekat The Bee, Publika satu restoran yang sangat urban dan sangat tidak lah sesuai untuk manusia marhaen macam aku ni. SAmpai je depan pintu The Bee, orang pertama aku nampak of course la myo the vocalist..dia jadi penyambut tetamu..so agak crowd la kat depan pintu, ramai jugak la band-band yang datang..bunkface, kyoto protocol, jennifer thompson versus and ada lagi la. show start dengan satu introduction muzik yang sangat punk rock, bikin kaki aku terhentak-hentak dan kepala sedikit terhangguk-hangguk, lagu diselang-seli dengan communication band dengan penonton which is bagi aku itu satu benda yang paling penting, and paling penting budak2 oh chentaku memang kelakar nak mampus..and paling penting lagu-lagu punk rock ya

Adakah Islam agama kedamaian?

Seperkara yang mahu aku kita fikir, dunia islam sedang bergolak baik di mana-mana sahaja. Perang di sana sini, bak kata lirik lagu Bring Me The Horizon - It's Never End ; Every second, Every Hour, Everyday..its never end, its never end. Terus, islam mengaku bahawa islam adalah agama kedamaian tetapi sejak zaman Rasulullah pbuh lagi, peperangan antara umat islam dan lain-lain tidak pernah berhenti, apa itu kedamaian? ini bukan persoalan aku..ini adalah persoalan non-muslim. Itu belum lagi aku sentuh perkara sunni-syiah, tiada penghormatan anatara sesama fahaman (bukan semua) menyebabkan sering berlaku pergaduan sesama Islam itu sendiri. ayuh fikir, di mana salah kita,,emangnya bener islam ini pencetus peperangan? Satu benda yang aku nak share untuk sedikit pencerahan. 1.World War I : 17'000'000 killed (without Muslims' interference) 2.World War II : 50'000'000-55'000'000 killed (without Muslims' interference) 3.Atomic bombing of Hiroshima : 9

Basah Dan Selekeh

Lewat ini hujan tiada henti Basah dan selekeh itu aku Langit pun makin ghairah meludah Ingin aku elak ke kiri ke kanan tanpa pedulik mereka di jendela memerhati sambil mencaci tapi aku gagal untuk mengelak kerna basah dan selekeh itu aku

Agama dan Chenta

Aku sarung Dr. Martens Kau jeling Aku sarung skinny jeans Kau malu Kau sarung Mary Janes Aku jeling Kau sarung skinny jeans Aku tutup mata kata ustaz..haram.

Makwe aku Pontianak

bukan aku tidak tahu lewat malam tadi kau singgah di jendela aku separa terbuka kornea kau sedar aku kesejukan posisi disebelah aku menjadi pilihan ditarik selimut hingga ke leher aku getaran liang liang roma aku hilang sedikit demi sedikit yang aku tahu bangun saja dari tidur ada tompokan darah di selimutku dan sedikit di leher hanyir dan panas aku senyum