Posts

Showing posts from 2012

Kalam Untuk Langit Disember

Image
Im standing here in the sky of December, With the blue and cloudy sky, With the land there is dry, The sun burning all of the land, Turn the stone into the sand, leave my world in pain, Dear sunshine, Would give of your time to give the cloudy chance. What should i do at least for a try to make a piece of yours being snow of December? Tell me...

Milik Bersama Aku Janji

Image
                                                                                        Aku buka jendela, angin kuat masuk bersama serpihan daun kering, ahh ini cilake, aku separuh bogel, sejuk dia bawa aku ke sakaratul maut. "sayang, baju you" dia mencampakkan baju kepada aku. "kalau you still nak rasa nikmat malam tadi pakai lah baju" aku hanya tersenyum nakal terkenang saat malam tadi. Dia menyarungkan segala pakain dia dari lingerie hinggalah windbreaker jenama North Face yang aku belikan untuk dia samasa bercuti di Seoul dulu. "hati-hati babe, jalan licin, salji tebal" dia memandangkan aku dan senyum sebelum menutup pintu rumah. Aku kembali keseorangan untuk pagi ini, kalau solat Subuh sempat lagi ni, aku mempercepatkan gerakan ku ke bilik air untuk mandi junub dan berwuduk. Solat selesai. Aku bersiap mahu ke pejabat dan aku sempat ke dapur sebelum keluar, aku lihat ada sandwich di atas meja bersama sekeping nota, "today bfast,  p/s : I LOVE

Terjun

Image
Terus terjun kalau kau nak terjun, jangan tukar matlamat, terjun sampai kau rasa inilah kebebasan, Jangan kata tidak sebab itu yang kau nak, ayuh terjun.

Bahan Bicara Unggas

Assalamualaikum Hari ni gua nak menulis, gua tak kira sebab gua tak tahu nak buat apa sejak menjadi penganggur secara rasminya. hmm..tapi gua tak tahu nak cerita tentang apa sebenarnya. So gua akan menulis apa yang keluar dari kepala otak gua tanpa mengira batasan adat-adat melayu, dan adat resam negeri kedah darul padi. Bila gua dapat tau yang masa gua dekat universiti ramai makwe-makwe yang bercakap tentang gua, even gua ni bukan lah seekers attention dekat UUM lagi-lagi gua bukan the most popular student among coursemate, tapi gua heran nak mampus walaupun gua tak heran apa yang terjadi sebab gua pernah menjadi topik perbualan makwe-makwe UUM. Untuk pengetahuan korang, penampilan gua dekat universiti sangat faking shit pada mulanya, bajet cool dressup satu badan dengan brand Jefferson. ahh kimak nya. Bila mood untuk dressup tu dah tak de gua mula dreesup seperti seorang "persona non grata" kadang-kadang pergi kuliah baju tak gosok, tapi gua ada perasaan malu macam siti

Tentang Sesuatu : Qush Aamad Iran

" Qudo hafis " " Qudo Hafis " jawab Ali "weh Ali kau pandai cakap bahasa diorang ek?" tanya Jimi "its call persian language honey..and ya..aku tau sikit-sikit je" jawab Ali Mereka berdua pun mencari tempat duduk masing-masing 6B dan 6C dengan bantuan prmugari dari Mahan Air, Ali memilih untuk duduk di sebelah tingkap manakala Jimi disebelahnya dan sebelah Jimi masih kosong. "kau rasa awek iran mana duduk sebelah aku?" tanya Jimi "aku rasa ada la makcik tua mana-mana duduk sebelah kau" "weh Ali kau jangan, awek iran ni lawa-lawa..." belum sempat Jimi habiskan ayat dia tiba-tiba seorang perempuan yang dreesup seakan-akan Yuna duduk disebelah Jimi, membuatkan Ali dan Jimi terdiam sebentar tanpa berkelip semata. "lawanya ciptaan tuhan beb" kata Ali "aku dah cakap Ali, aku yakin mesti ada wek duduk sebelah aku punya, lawa pulak tu, tapi dressup macam Yuna, kau sure ke ini orang iran"  tib

Mencari Sufi Mata Biru

Image
Assalamualaikum.. aku akan ke luar negara untuk beberapa hari, mungkin seminggu, mungkin sebulan, mungkin setahun..siapa tahu. Tujuan aku tak lain..hanya untuk bermusafir, dan untuk berkenalan dengan tuhan agar lebih rapat. well...selamat tinggal untuk sementara. Jaga diri kalian baik-baik. Doakan aku. Kamu semua terbaik. *peluk*

It feels like December

Assalamualaikum December its about WINTER December its about SNOW December its about SANTA December its about JOY December its about LOVE We Heart It, I Heart You Sayang

this is the month..this is the day.

Allah Humma Solli Ala Muhammad Wa Aali Muhammad Salam Ke atas mu duhai Aba Abdillah Salam Ke atas para syahid di nainawar Salam Ke atas kesucian mu Ya Zahra Salam Ke atas duka padang Nainawar 10 Muharram pun menjelma mengalir sebuah air mata sebak hati kian terasa bacaan maqtal pembuka jiwa duhai pemuda pemuka syurga aku tunggu kedatangan mu pada hari ini aku tunggu sekalian keluarga mu pada hari ini untuk bersama mereka dalam sebuah musibah Para syahid yang dizalimi terima lah air mata aku kirimkan pada saiyidul wujud agar baginda tahu, aku cintakan mereka cinta, cinta, cinta Merekah lah lambang percintaan ini tapi pecintaan mereka dikhianati dibunuh dicincang sang pendurjana hakiki (laknatullahi alaik) Ya Mazlum, Ya Mazlum, Ya Mazlum ku persembahkan jiwa ini untuk hari ini semoga ku peroleh syafaat dari Mu. Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wabarakatuh

Air Mata Cinta

Assalamualalaikum tiba-tiba aku terfikir tentang airmata, ya air yang terhasil dari mata tak kira apa sebab sekalipun, sakit, marah, geram,happy, and of course benda paling typical...sedih. cuma aku terfikir sejenak, benda ni aku selalu dengar bila ada kematian, than dah mandi jenazah apa semua, selepas jenazah dikafankan its time for nak kucup jenazah..and pasti aku akan dengar "jaga air mata, jangan sampai jatuh dekat jenazah" . this...what is that? kenapa air mata tak boleh jatuh dekat jenazah, kalau jatuh apa kesan ke atas jenazah,?jenazah kena mandi balik semula? mayat tu hidup balik..kenapa dan kenapa? air mata itu bukan najis, bukan sesuatu yang haram, bukan sesuatu yang membuatkan kita perlu mandi wajib jika air mata mengalir keluar dari mata, bukan perlu disamak muka kita jika air mata mengalir. bagi aku air mata ialah lambang kesaksian sebuah perasaan, ianya tidak perlu ditahan daripada mengalir keluar. dan tidak perlulah kecoh jika air mata itu jatuh ke a

Cinta Musim Gugur

Bismillahi ta'ala tibanya musim luruh, aku mula termenung memikirkan segala tahi yang tak diundang menimpa aku. kau, kau dan kau..cukup lah, jangan hina aku, jangan hina mereka. Aku dan dia tidak bersalah dan kau, kau dan kau juga tidak bersalah kerana kau tak tahu. Aku maafkan dengan syarat kau ambil jarum dan jahit mulut kau. Kita harus sedar nyawa kita bukan bermusim, nyawa kita tunggu masa..detik demi detik, sekali kau silap, nyawa kau hilang seperti matinya pohon di musim luruh. Tapi kau jangan lupa pohon itu bakal bernyawa kembali malah menjadi lebih indah..tapi kau, makin buruk dan terus buruk, malah telanjang bersama cacing tanah. Aku, kau, kau dan kau punya satu matlamat...ya, singgah sana. Siapa tak mahu hinggap di sana. Meskipun harus melepasi bimasakti kita tetap mahu ke sana. indah bukan. Mari berfikir, akal kan ada, jangan kau sia kan dan kalau tak mahu sedekahkan saja pada binatang. Mereka perlukan akal, kasihan. Aku, kau,kau dan kau kita saling bercinta. maka kit

sisipan sebuah figura

pada setiap belahan kitab aku telah aku sisipkan setiap wajah kau dan apabila angin laut menghembus kitab itu akan terbuka sendirinya pada waktu itu lensa aku tidak henti menatap sebuah senyuman

#lesson2me

today lesson --- jangan sikap terburu-buru now you regret demmit p/s : saya budak baik

Love Between Fairy Tale and Reality

Image
 ~Fairy Tale ~Reality Adore =)

#np - paramore - crush

its always happen and it happen again hate and regret

Pengakuan Satu Tengahari

Hati dan jiwa itu bercantum lalu membentuk satu jantung merah menyala dikelilingi darah buat mata kau tak tentu arah ya... aku bukan siapa-siapa bukan sang superhero idaman gadis gadis bukan pendekar bersama keris apatah lagi disisi tuhan aku hanya mahu satu sahaja harap aku yang dipandang dalam berjuta menanti terus menanti sebuah mimpi yang tidak ngeri seorang puteri sakinah zahra teruskan bermain origami bentukkan satu jiwa putera ali ashgar menunggu di istana

Buat Sang Sayam

Image
sang arjuna berjalan pimpin tangan anak itu..  ke sana ke mari..  tanpa segan malah bangga langkah sang arjuna terhenti   sang anak menggoncang-goncang tangan sang arjuna  menunjukkan sesuatu yang sedang menuju ke arah mereka  perlahan-lahan sang arjuna tersenyum sang anak pula girang..  mereka menanti dengan penuh sabar...  sang arjuna melihat bibir merahnya mulus dan tersenyum bak epal ranum  dia datang menghampiri mereka berdua dan mengusap kepala sang anak yang comel  terus dia menatap wajah sang arjuna..  sang arjuna merenung tajam ke arah mata hitam coklat itu  kedua-dua belah tangan sang arjuna memegang kedua-dua belah wajahnya sang bidadari  semakin lama semakin dekat dengan muka sang arjuna sedikit demi sedikit, detik demi detik  sang bidadari menanti penuh dengan sabar  pejam mata dan tersenyum  satu kucupan indah singgah di dahi sujudnya..  lama matanya buka kembali perlahan-lahan  terlihat air mata bergenang di matanya sang arj

Senyum Saja

boring.. duduk saja.. jumpa ini... senyum saja Duhai yang sedang menunggu dalam penantian Sabarlah menunggu kekasihmu datang Jika memang belum siap, Cintai ia dari dalam, Jika cinta dalam diammu, tak berkesempatan berbicara di dunia nyata, Biarkan ia tetap diam, jika dia memang bukan jodohmu Allah tahu, Seiring dengan waktu Dia akan menghapus cinta dalam diammu itu.. memberikan rasa yng lebih indah dengan orang yang tepat, Namun bila di dunia Ia tiada, Moga di syurga telah menanti.. Bila di dunia memang tidak dijodohkan, moga di syurga telah menunggu.. *bapk jiwang!!! but its bring back the sweet memories between you and me =) tribute to samseng

SLUT!!!

maaf..kau akan kenal erti penyesalan selepas ini. firaun~

hidup sepasang roh gila

assalamualaikum andai dia bukan lagi yang menyeliputi liang-liang kamu izinkan aku mencungkil sedikit roh dan jiwa mu agar dapat aku simpan di dalam kocekku berzikir ke mana-mana tanpa jemu andai masa memberi aku peluang izinkan aku menghantar cahaya kepada kamu supaya hidup terang benderang seterang nama mu imam as-sunnah harap kau pegang roh ini, agar kau tidak terbang lagi. *bangun dari tidur..menatap wajah laptop, baru aku sedar..ini semua harapan tiada, sia-sia menanti. tutup laptop,solat subuh.

di kala kau datang

assalamualaikum ambang merdeka larut malam tadi entah mengapa.. apabila sebuah gambaran melintasi kornea ini aku kembali tersenyum tanpa henti apa aku rindu wajah dia atau hanya permainan jiwa yang kecewa tapi itu perasaan pelik sungguh aku tidak mahu menikmati tapi .... sumpah aku tidak boleh elak benci bukan kerana perasaan itu tapi kebodohan aku apa aku perlu melutut?? LANCAU!!!

Lost With Love

After several month. worth of promises of forever We fell apart She told me i wasn't strong enough for her that i was very insecure All i was afraid of losing her And nearly a year since it began here i am Hating myself for losing the girl i can never replace cuz its hard i will love you forever

Nilai sebuah mesin penggerak

Assalamualaikum  Allah Humma Solli Ala Muhammad Wa Aali Muhammad Sejak zaman Tun Mahathir, beliau memperkenalkan Proton sebagai kenderaan buatan Malaysia yang official. Tetapi rakyat Malaysia lebih gemarkan kereta buatan luar negara di mana ianya lebih berkualiti dan murah (pada ketika itu). Disebabkan hal itu, untuk melindungi hasil buatan tempatan iaitu Proton (kualiti dipertikaikan, banyak problem la sundal) daripada terus terbengkalai kerana tak laku.hahahaha.kerajaan telah meletakkan cukai kereta import sebanyak 200% (what the hell) menyebabka harga di jalan untuk kereta import naik melambung tinggi sampei ke langit. dalam istilah international political economy ianya dipanggil mercantilism. well... oleh itu rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan akan membeli kereta buatan tempatan kerana tiada pilihan lain. mahu membeli mitsubishi, subaru impreza, toyota, honda, BMW, Mini cooper ataupun boleh aku katakan kereta yang berkualiti depa dah tak mampu..mahal beb. setiap bulan ken

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!

Image
Pengalaman di Moscow setahun lepas, hampir saja aku lupa kenangan itu, tapi hari ini aku teringat kembali saat berada disana. ingin aku kongsi sebuah ceritera indah sewaktu disana dalam bentuk penceritaan indah..itu saja aku dapat ungkapkan pabila melewati sebuah kotak dinding besar berisi barangan berharga. Aku khayal dengan keindahan ciptaan manusia ni. Asyik aku dilamun sebuah khayalan, tiba-tiba datang seorang gadis, perlahan-perlahan menghampiri dinding besar itu, di atas kepalanya dipenuhi salji putih yang turun sejak malam tadi umpama gerakan perlahan sayu sebuah air beku yang halus. Aku memerhatikan sahaja gelagat gadis itu, hidungnya mancung, rambutnya hitam paras bahu, matanya biru laut asli, berseluar jeans biru lusuh ketat, berkasut boot merah tinggi dan sweater tebal hitam berbulu, lama aku memerhatikan dia dengan tidak semena-mena dia memandang aku, aku sedikit kaget, reaksi spontan aku lalu muncul dengan tiba-tiba, aku memberi isyarat dengan mengisyaratkan tangan aku

Amalan Malam Lailatul Qadar Di Iran

Image
Assalamualaikum..Allah Humma Solli Ala Muhammad Wa Aali Muhammad Masyarakat Iran yang majoritinya adalah bermazhab Jaafari ini percaya bahawa malam Lailatul Qadar adalah pada 19,21 dan 23 Ramadhan. Dan untuk tarikh ini kerajaan Iran akan memberi cuti khas kepada masyarakat Iran untuk beribadah dan beramal pada malam tersebut supaya dapat mendekatkan diri kepada Maha Kuasa. Sebelum ni gua penah post dekat blog gua mengenai orang Iran punya amalan pada malam lailatul Qadar pada bulan Ramadhan..dan kali ini gua akan tunjuk kepada korang gambar terbaru untuk tahun ni. Pedulikan apa kepercayaan mereka, apa ritual mereka sekalipun kerana itu cara mazhab mereka, tak perlulah kita nak mencarut membabi buta.apa yang penting amalan kita, akidah kita, cukup mampukah kita untuk masuk ke syurga Allah..lihat dan hayati. Wanita-wanita Iran yang bersungguh-sungguh beramal Jangan pelik, ini amalan spiritual mereka sahaja iaitu meletakkan Al - Quran di atas kepala. anak kecil yang di

Tentang Sesuatu : Hati Berubah

"relax la jimi..." "ah..kau cakap senang la" "aku dah 23 memang la senang nak cakap" "kau babi kan.." "ala...relax la, dah tak boleh gurau dah pun" Jimi bangun mengadap langit, tenung lama ke atas seakan-akan mahu terbang dan merampas kebahagiaan si unggas. Ali terus memandang Jimi. "sebelum nak pergi sana, aku nak survey dulu tempat tu" kata Ali sambil membelek-belek telefon bimbitnya. "kau pasti? tak membazir ke? internet kan ada" kata Jimi "dunia maya dengan realiti berbeza, kau jangan poyo sangat" Jimi hanya ketawa kecil. "kau pasti kau nak pergi iran? bukan bahaya ke pergi situ" taya jimi sekali lagi Ali terus senyum, dia berlari ke arah kawasan terbuka di tempat mereka melepak jika ada masalah "TAK KENAL MAKA TAK CINTA" jerit Ali dari jauh. Jimi terus bisik seorang diri  "poyo, macam la tak boleh cakap pelan-pelan" * 2 hari kemudian lagu Pagi Yang Ge

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Allah Humma Solli Ala Muhammad Wa Aali Muhammad Ya Allah, Telah tiba bulan Ramadhan. Sungguh, Engkau telah mewajibkan pada kami berpuasa di dalamnya. Engkau telah menurunkan al-Quran di dalamnya, sebagai petunjuk bagi segenap manusia dan penjelas atas petunjuk serta pemisah antara yang haq dan bathil. Ya Allah, Bantulah kami dalam menunaikan puasanya. Terimalah dan kabulkanlah puasa kami di dalamnya. Kurniakanlah kepada kami kemudahan dan kesehatan di dalamnya, kerana sesungguhnya Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu. Rahmat Ke Atas Muhammad Wa Aali Muhammad

Ramadhan : Siapa yang mengikat syaitan?

Assalamualaikum Allah Huma Solli Ala Muhammad Wa Aali Muhammad setelah bertapa mencari ilmu di beberapa kawasan, finally aku berjaya pulang ke rumah. perjalanan? fuhh...i dont want to talk about that. diversity. oh ya...bulan Ramadhan its around the corner..and saat ini lagi 3 hari saja lagi and of course as a tipikal muslim i will said...wah tak sabarnya nak sambut bulan ramadhan, nak puasa, nak chill dengan familt waktu berbuka, going to bazaar..wahh macam-macam la.hehehe..sebagai seorang lelaki adult, sangat annoying kalau aku beraksi sedemikian rupa..pasti Ayyza melankolik( promot ^_^) akan tumbuk aku.ya...mungkin. actually..ada sedikit persoalan dalam diri aku since beberapa tahun lepas..and im not sure if this question also you alls pernah fikirkan..alrite i dont want to melalut jauh-jauh..just straight to the point. And the question is ketika bulan Ramadhan ada hadis yang mengatakan..SYAITAN DAN JIN AKAN DIIKAT. and everybody know about it right. BUT why masih ada orang ya

Kekal itu Selamanya

susah senang kau datang susah senang kau lari pagi petang kau gembira pagi petang kau derita esok lusa kau ceria esok lusa kau sedih siang malam kau gelisah siang malam kau tenang susah senang kau sayang susah senang aku sayang pagi petang kau sayang pagi petang aku sayang esok lusa kau sayang esok lusa aku sayang siang malam kau sayang siang malam aku sayang harap itu kau kekal kerna itu aku kekal SH~ mood : Chris Daughtry - Home

Tentang Sesuatu : Harapan Baru

Ali menyelak selimut merahnya, termenung seketika sambil melihat selimut yang masih segar warna garangnya. Ali  ingat kata-kata bonda tentang selimut yang dihadiahkan arwah bonda ini "bonda beli selimut ini dekat Madinah, murah dan kualiti dia pun bagus, guna la selimut ni bila Ali pergi Iran nanti, ramai orang dekat timur tengah pakai selimut macam ni ni bila musim sejuk" "macam mana bonda boleh tau Ali nak pergi Iran?"tanya Ali Bonda memberikan senyuman, senyuman yang paling indah di dalam dunia ini. Ali tak menafikan senyuman bonda paling indah dalam dunia ini. "Aku ni bonda kau, tak payah la nak tahu macam mana bonda boleh tahu. hah....Iran bulan 12 dah musim sejuk, salji tebal,Ali tu senang selsema, boleh ke tahan?" tanya bonda sambil memasukkan luggagenya ke dalam almari. Ali hanya diam sambil memandang bonda. lamunan sejarah lampau Ali terhenti apabila lagu only one berkumandang. "one new message from : Murtadha" "mam

Jalan Nan Lurus

Kesibukan kota di malam hari buat aku terhenti sejenak di tengah jalan tidak pula hiraukan sang kenderaan mahu langgar aku? percuma!! darah aku tidak bernilai negatif satu mungkin hei penuduh dan pecinta mari sini aku bicara hidup kadang terbiar lalu bosan kau bilang itu diri melempar lapan kali kau tafsir itu juga yang kau dapat ayuh terjun ke lautan parsi pasti kau temu jawapan tuhan tidak kedekut kedekut itu sifat manusia mari kau gali sama aku aku juga mencari jawapan sumpah indah jika ketemu bersama senyum saja SH

Cermin : sebuah penilaian diri

Kita tak pernah sekali-kali melihat mata kita sendiri kerana itu kita mudah menyaksi pandangan hati yang penuh iri. Kita tak pernah sekali-kali melihat hidung kita sendiri kerana itu kita beri ciuman berduri bukan kesturi. Kita tak pernah sekali-kali melihat telinga kita sendiri kerana itu kita selesa mendengari sumpah seranah fitnah yang keji. Kita tak pernah sekali-kali melihat mulut kita sendiri kerana itu kita mudah mencaci segalanya salah dan kodi. Kita tak pernah sekali-kali melihat wajah kita sendiri teraba-raba rupa muka sendiri kecuali tika mencermini barulah sedar cacat cela diri

Best i Ever Had

"With a sigh you turn away  With a deepening heart  No more words to say  You will find that the world has changed Forever.  And the trees are now Turning from green to gold  And the sun is now fading  I wish I could hold you Closer." Arwen Undomiel SH~

something stupid tetapi beautiful

Image
buat sang pecinta..lagu ini benar buat hati aku berbunga.narmi a.k.a imran (one buck short drummer) is just ohsem oh tak lupa juga si cantik manis diandra junaidi. suara kamu berdua indah~ chalo

Sampai Mati

pastikan ada cahaya lihat nun hujung disana kongsi duka mu bersama luahkan dalam pelukan aku harap sepi kan pergi selamanya pergi bersama tangisan ini bukan mimpi yang aku bikin sendiri tamat sudah zaman sepimu biar ku temani usah gentar ku kan jadi temanmu sampai mati jadikan senyumanmu cahaya suci yang menemani hidupku bagaikan matahari SH

Tentang Sesuatu : Permulaan

Assalamulaikum Ali memeriksa duit di wallet usangnya, berkerut dahi Ali apabila melihat wangnya hanya tinggal beberapa helai saja lagi "boleh ke nak hidup sampai hujung bulan ni" getus hati Ali Tidak semena-mena guruh berdentum dilangit memberi syarat yang awan akan mengalirkan air mata sebentar lagi. Ali tidak mahu berlengah lagi, dia harus cepat sampai ke rumah kalau tidak confirm basah lenjun. Tanpa berlengah Ali terus berlari menuju ke skuter gilera kesayanganya dan terus memecut laju untuk balik ke rumah. Ampang dengan Keramat AU5 tak lah jauh mana 15 minit kemudian Ali tiba di rumah lalu terus on facebook. "aik, dia tak online la pulak. selalu time ni dah online dah" sekali lagi Ali refresh. bintik hijau di ruangan chat FB tetap tidak menyala. "confirm dia tak online, biarlah" Ali hanya mampu menjadi seorang stalker sahaja malam itu, penemannya sebelum tidur tidak online chat. Ali mengamati setiap gambar-gambar perempuan yang disukainya se

tentang sesuatu

Assalamualaikum Ali meneruskan perjalanannya hingga ke suatu tempat yang dia rasakan tidak tahu mana arah tuju lagi. Kepenatan, lalu Ali duduk menyandar di tiang elektrik, udara di situ nyaman. Ali termenung jauh melihat pergunugan salji dihadapannya "kalau boleh aku mahu ke puncak itu" getus Ali seorang diri Ali kembali termenung melihat unggas berterbangan di langit, dengan perasaan rindu kepada entah la. Ali masih tak faham dengan situasi dia sekarang. Sejak hari itu, Ali mula rasa kehilangan, Ali keliru, sumpah Ali keliru. Kadang dekat kadang jauh entah apa yang difikirkan. Tiba-tiba lagu Only One-Yellowcard berkumandang di telefon bimbit Ali menandakan Fatimah telah menghantar pesanan ringkas pada Ali. Ali tersenyum melihat pesanan ringkas itu, lalu Ali tidak membalas pesanan ringkas itu. "kau...kenapa pula, rindukah? itu yang aku rasakan sejak kau berubah Fatimah" Ali bangun dari tempat duduknya, kembali menyarungkan jaket kulitnya dan terus berjal

Jika

Assalamualaikum Jika dunia ini mempunyai harga Ketahuilah, pahala di sisi Allah lebih berharga Jika badan tercipta untuk kematian Maka, kematian di jalan Allah lebih utama Jika rezeki dibagikan menurut ketentuan Alangkah baiknya untuk tidak diserahkan dalam usaha Jika harta setelah terkumpul akan ditinggalkan Mengapa orang kikir untuk menginfakkannya? rahmat ke atas Muhammad wa Aali Muhammad p/s : biar tuhan saja tahu siapa aku sebenarnya~

You're Do Fine

Image
Assalamualaikum this song just make me melting...awww..please listen..feel the melody and the lyrics. buat sang pecinta ~ 20 pages more..focus and chalo.

Hoppers & Ahli Muzik

Assalamualaikum... gua dah pun sampai kat satu tempat ni..penat wei. penat.penat. tadi gua singgah KL jap before sampai tempat ni...pegi cari kerja area-area tu..alhamdulillah. gua dapat la 2,3 contact. And now aku tengah rest kejap kat bilik dia..japgi aku nak pergi beribadat dekat rumah ilmu ibadat.hehe. serius la wei... Ada satu sungai kat sini...bapak ah..tasik guthrie kat uum lagi cantik nan indah.haha. anyway...muka aku dah berminyak kaw kaw..mandi and cuci muka.chalo..till next time..i love you.

Hoppers & Ahli Muzik

Assalamualaikum DAY 1 im at klang valley right now, nak mencari ketenangan and masa depan yang aku tak pasti cerah atau mendung, aku travel sorang-sorang from shahab terminal to shah alam and Last night aku tumpang rumah abang ipar aku, tido satu malam than baru pagi tadi aku breakfast dekat kedai mamak hakim area seksyen 7 and guest what aku jumpa member aku yang dah lama tak jumpa since aku masuk universiti..hehe.nama dia hakimah..member satu sekolah orang perak tapi aku jumpa dia tak lama sebab dia nak pergi KL dengan member-member dia. so tak pe lah. lagipun tak de dalam plan pun nak jumpa dia..last minute decision =) banyak jugak la yang kami sembang..and lama jugak aku tunggu dia datang..aku order the tarik tapi yang sampai teh ais..u know what i mean kan kimah.hahaha. Now, aku ada dekat rumah abang ipar aku..and petang ni aku nak naik train pergi klang. Jumpa member aku jugak dekat sana and aku ada misi penting nak buat dengan dia..apa dia? just wait and see...bunyi macam

perjalanan liku

Assalamualaikum aku hanya melihat tetapi bukan memilih aku hanya memilih tetapi bukan muktamad kerana aku sedar pencarian itu bukan sesuatu yang mudah pencarian umpama sepahit dadah  bila-bila masa boleh khayal lalu musnah

about us and the rain

Image
You're growing up, and the rain sort of remains on the branches of a tree that will someday rule the Earth, and it's good that there is rain. It clears the month of your sorry rainbow expressions, and it clears the streets of the silent armies, so we can dance. Dressed up from head to toe, to get by.  it seems once again, I forgot what keeps me safe and dry.  to the weepy windowpanes, that are dripping with dew...  I can hear the rain outside, falling from the sky  and you can hear the  pitter patter on the rooftop  you can listen to the rythem of the raindrops  I wish that the sun would come and stay  but this is a song for rainy days  MISS SH let's go dance around in the rain  don't pay any attention to the people staring from inside  we'll leave all our cares behind...

tunggal tiada yang ke dua

ku perhati saja unggas-unggas berterbangan mereka berpasangan mereka bahagia membawa bersama kenangan syukur mereka tidak berangan tapi aku suka berangan berangan apa yang tidak disatukan menjadi satu andai ada yang pecah bercantum kembali andai ada yang terpisah akan bertemu kembali walaupun payah untuk ku gapai tapi tidak mengapa kerana apa yang diimpikan sudah muncul sebuah harapan baharu yang tak mungkin kau dapat p/s : report tak siap lagi la...adoi.

Hari Tak Selalu Terang

Image
cahaya sang suria dikala umat manusia enak dibuai mainan syaitan mereka berebut- rebut untuk sampai ke bumi agar dapat berkhidmat untuk makhluk dunia cuba menembusi tembok awan gelap gelita tapi sayang awan sedikit ego pagi ini awan tidak izin ianya berlaku sang suria terus berlalu  mencari dan terus mencari laluan baru dengan harapan ada yang sudi membantu sang suria tetap mahu melaksanakan matlamat utama memberi sejuta cahaya kepada manusia tetapi fajar jumaat tetap kelam ditemani mutiara air mata langit yang bebas turun dari angkasa ke bumi JANGAN PUTUS ASA SAHABAT~

Kronologi : Sebuah Kehilangan Kali Kedua

Assalamualaikum tanggal 21 Mei 2012 aku menerima SMS dari Adi (presiden kelab kembara) Adi : keadaan abg mie sekarang makin teruk.. bila aku dapat je mesej tu..terus aku bergegas nak ke hospital..mula-mula aku ingat nak naik motor je..tetapi memandangkan aku nak cepat..aku terpaksa cari kereta..and option yang aku ada sekarang..kereta syahmi..aku pun tebal muka pegi pinjam kereta dia. nasib baik bilik dia depan bilik aku je.and alhamdulillah dia bagi pinjam kereta. dalam  pukul 5.45 ptg aku pun drive la pergi hospital..bawak tak laju mana pun..biasa la time ni kereta banyak orang balik kerja. dalam pukul 6 aku sampai area jitra..and tiba-tiba mesej masuk. "sedekahkan al-fatihah utk abg mie" badan aku jadi lemah, aku rasa macam nak menjerit..sebagai protes aku tak sempat sampai hospital tengok abang mie aku tekan hon kereta 2,3 kali. Kecewa gila time tu, tapi alang-alang dah keluar..aku drive je pergi hospital alor star. Sampai hospital. aku terus pergi wad 3b..s

Hampir Gila Kau Seksa

senyuman itu muncul tatkala jiwa gila,  senyuman itu kau bawa bersama cahaya terkesima sebentar dibuatnya terima kasih kerana hadir jua walau ku tidak tahu apa isi hatinya tapi ini isi hati aku dengar.. dan bila ditanya..apa yang aku mahu? aku hanya mahu bahagia kan dia waktu demi waktu tapi aku tak pasti apa yang akan berlaku kerna hari esok siapa yang tahu. demi tuhan..hanya dia~

Aspirasi Propaganda

Assalamualaikum kau pandai bermain pedang dan pada hujung pedang itu kau letakkan dengan seribu metafora indah agar apabila kau tikam jiwa aku..metafora indah itu dapat mengalir laju menyusuri sungai - sungai merah di dalam tubuh aku lalu diserap ke setiap inci tubuh lemah ini. Tapi bila kau mula tertarik dengan sang kelembai yang sihirnya lebih hebat dari aku..kau mula terbang jauh menggunakan saki baki kuasa yang masih kau ada. kau tinggalkan sang kelembai yang kau racuni dengan metafora indah tika dahulu. Alangkah baiknya sebelum kau pergi kau serap semua sisa-sisa racun ini agar aku tidak sakit dan tidak menderita keseorangan. Aku juga ingin bahagia. kejam~