Posts

Showing posts from 2016

Kelana

Image
Akan aku sebatikan segala rasa dengan alam. Untuk sekalian kalinya bibir kering merintangi kesejukan kota. Aku bingung antara benua yang indah dan kampung halaman Seringkali merobek robek hati yang sunyi bersama usia. Itu sahaja dan aku mau pergi.

Untuk jiwa dalam pelukan

Ketika kita meninggal dunia, percayalah yang kita sudah berhenti berfikir soal dunia. Jasad masih di dunia tetapi tidak jiwa. Dunia yang dimaksudkan ialah apa sahaja yang keluar dari mulut kita hasil dari fikiran kita. Lalu ada bijaksana agamawan mengatakan orang beriman ketika bersolat sebenarnya ia telah meninggal dunia. Ia melepaskan dunia dan memilih tuhan. Kalau aku meninggal dunia hari ini, percayalah bahawa aku mahu peluk tuhan.

Untuk Kali ini sahaja

Perlahan angin sore Jakarta pergi Berpindah ke sebuah atma baharu Mencari cinta Kapan saat akhir kita berbicara? Sehingga tiada lagi resah rindu Dan aku mahu hidup seratus tahun lagi bersama kamu.