Posts

Showing posts from July, 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Allah Humma Solli Ala Muhammad Wa Aali Muhammad Ya Allah, Telah tiba bulan Ramadhan. Sungguh, Engkau telah mewajibkan pada kami berpuasa di dalamnya. Engkau telah menurunkan al-Quran di dalamnya, sebagai petunjuk bagi segenap manusia dan penjelas atas petunjuk serta pemisah antara yang haq dan bathil. Ya Allah, Bantulah kami dalam menunaikan puasanya. Terimalah dan kabulkanlah puasa kami di dalamnya. Kurniakanlah kepada kami kemudahan dan kesehatan di dalamnya, kerana sesungguhnya Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu. Rahmat Ke Atas Muhammad Wa Aali Muhammad

Ramadhan : Siapa yang mengikat syaitan?

Assalamualaikum Allah Huma Solli Ala Muhammad Wa Aali Muhammad setelah bertapa mencari ilmu di beberapa kawasan, finally aku berjaya pulang ke rumah. perjalanan? fuhh...i dont want to talk about that. diversity. oh ya...bulan Ramadhan its around the corner..and saat ini lagi 3 hari saja lagi and of course as a tipikal muslim i will said...wah tak sabarnya nak sambut bulan ramadhan, nak puasa, nak chill dengan familt waktu berbuka, going to bazaar..wahh macam-macam la.hehehe..sebagai seorang lelaki adult, sangat annoying kalau aku beraksi sedemikian rupa..pasti Ayyza melankolik( promot ^_^) akan tumbuk aku.ya...mungkin. actually..ada sedikit persoalan dalam diri aku since beberapa tahun lepas..and im not sure if this question also you alls pernah fikirkan..alrite i dont want to melalut jauh-jauh..just straight to the point. And the question is ketika bulan Ramadhan ada hadis yang mengatakan..SYAITAN DAN JIN AKAN DIIKAT. and everybody know about it right. BUT why masih ada orang ya

Kekal itu Selamanya

susah senang kau datang susah senang kau lari pagi petang kau gembira pagi petang kau derita esok lusa kau ceria esok lusa kau sedih siang malam kau gelisah siang malam kau tenang susah senang kau sayang susah senang aku sayang pagi petang kau sayang pagi petang aku sayang esok lusa kau sayang esok lusa aku sayang siang malam kau sayang siang malam aku sayang harap itu kau kekal kerna itu aku kekal SH~ mood : Chris Daughtry - Home

Tentang Sesuatu : Harapan Baru

Ali menyelak selimut merahnya, termenung seketika sambil melihat selimut yang masih segar warna garangnya. Ali  ingat kata-kata bonda tentang selimut yang dihadiahkan arwah bonda ini "bonda beli selimut ini dekat Madinah, murah dan kualiti dia pun bagus, guna la selimut ni bila Ali pergi Iran nanti, ramai orang dekat timur tengah pakai selimut macam ni ni bila musim sejuk" "macam mana bonda boleh tau Ali nak pergi Iran?"tanya Ali Bonda memberikan senyuman, senyuman yang paling indah di dalam dunia ini. Ali tak menafikan senyuman bonda paling indah dalam dunia ini. "Aku ni bonda kau, tak payah la nak tahu macam mana bonda boleh tahu. hah....Iran bulan 12 dah musim sejuk, salji tebal,Ali tu senang selsema, boleh ke tahan?" tanya bonda sambil memasukkan luggagenya ke dalam almari. Ali hanya diam sambil memandang bonda. lamunan sejarah lampau Ali terhenti apabila lagu only one berkumandang. "one new message from : Murtadha" "mam

Jalan Nan Lurus

Kesibukan kota di malam hari buat aku terhenti sejenak di tengah jalan tidak pula hiraukan sang kenderaan mahu langgar aku? percuma!! darah aku tidak bernilai negatif satu mungkin hei penuduh dan pecinta mari sini aku bicara hidup kadang terbiar lalu bosan kau bilang itu diri melempar lapan kali kau tafsir itu juga yang kau dapat ayuh terjun ke lautan parsi pasti kau temu jawapan tuhan tidak kedekut kedekut itu sifat manusia mari kau gali sama aku aku juga mencari jawapan sumpah indah jika ketemu bersama senyum saja SH

Cermin : sebuah penilaian diri

Kita tak pernah sekali-kali melihat mata kita sendiri kerana itu kita mudah menyaksi pandangan hati yang penuh iri. Kita tak pernah sekali-kali melihat hidung kita sendiri kerana itu kita beri ciuman berduri bukan kesturi. Kita tak pernah sekali-kali melihat telinga kita sendiri kerana itu kita selesa mendengari sumpah seranah fitnah yang keji. Kita tak pernah sekali-kali melihat mulut kita sendiri kerana itu kita mudah mencaci segalanya salah dan kodi. Kita tak pernah sekali-kali melihat wajah kita sendiri teraba-raba rupa muka sendiri kecuali tika mencermini barulah sedar cacat cela diri