Bentuk Masa Depan Mu




Disember ini aku kerap memikirkan bagaimana caranya mahu membentuk kehidupan masa hadapan aku. Aku mengembara, menghabiskan masa dan uang semata-mata untuk membentuk masa depan aku..walaupun aku tak pasti bagaimana rupanya dan kapan aku perolehinya.

Kini..Disember sudah dipenghujung dan aku masih disini begini. Tinggal aku disini. Menyaksikan bintang-bintang tanpa jemu. Menantikan sesuatu yang dijanjikan. Masih juga mencari mimpi apa yang aku mahukan esok hari kerna hari esok siapa yang tahu.



Bumi



Dentum guruh di langit tujuh
hujan turun airnya rapuh
Dua ekor semut berhenti bergaduh
Mencari tempat untuk berteduh
Hujan berhenti manusia mengeluh
hancur bukan kerna terpaan angin
roboh bukan hantaman musim
manusia lupa dan alpa berkali
Manusia terus menyuap bumi
dengan racun tak siapa peduli




Anak Pak Belalang



satu ekor anak belalang
menyanyi sambil bermain violin
satu ekor anak belalang
melompat girang disana sini
satu ekor anak belalang
punya cita-cita yang tinggi
satu ekor anak belalang
ingin jumpa figura yang dijanji
satu ekor anak belalang
menyanyi dan menari tanpa henti




Life no Regret



kapan kali terakhir kita dengar siulan burung di loceng gereja
terbang menyusuri ruas pohon muda
perlahan-lahan nafas ditarik lesu
hembusan deras mematikan bunyi kenderaan apa lagi ombak
terdiam...
hanya burung gereja itu bisa didengari lewat ini
masih punya harapan kah kita untuk peluk pagi yang dingin
kerna waktu ini segala sifat baik dan buruk memperlihat segala potensinya
yang sekian lama diselimuti dan mati kerna akal diam





Mereka Bikin Aku Galau





Kulari ke hutan kemudian menyanyiku
Kulari ke pantai kemudian teriakku
Sepi… sepi dan sendiri aku benci
Ingin bingar aku mau di pasar
Bosan aku dengan penat
Enyah saja engkau pekat
Seperti berjelaga jika kusendiri
Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh
Ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang ditembok keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan belok ke pantai






Seorang cik pah


Haih...di saat aku lepaking dengan member kelab kembara tiba-tiba member aku ungkit nama seorang gadis ini yang bikin aku sentap..

"Yen, Sherry buat apa sekarang?"

Aku yang sedang minum holy water hampir menyemburkan holy water tersebut macam bomoh-bomoh gila seks. Aku pandang member aku yang ternanti-nantikan jawapan bernas daripada aku. Memikirkan supaya member aku ni tak serabut dek kerana persoalan itu aku mula membuka mulut

"aku tak tau. and tak pernah ambik tau"

ya..hanya itu sahaja jawapan aku kepada member aku. ternyata beliau hampa dengan jawapan aku seolah-olah hampa dengan jawapan menteri tentang kenaikan harga ayam tol dan minyak. Aku kembali memandang ke tanah, apa khabar agaknya dia di atas sana? Nampak kah kamu mata aku dari atas sana? Segala memori kembali tiba-tiba muncul, segera aku pejam mata harap boleh lupa segala.


tribute to seorang Sharifah Rafidhah Al-Habshi, semoga kau tenang di sana...

Amen

monolog satu cerita



ini monolog aku cipta bila hati aku kecewa tak sudah
kecewa lagi dengan permainan dunia
menipu dan terus menipu
aku juga yang jatuh lemah tanpa apa apa lagi
manusia sekeliling hulur tangan pun tidak
kecewa lagi
sampai satu saat kau heret aku dan kau lepas
bodohnya aku
semua jelas ternyata permainan manusia
aku cuba bermain dengan betul
tapi dia bermain tipu
aku penat kau tahu tak..?
di tepi sungai aku menunggu
aku lihat puteri sakinah
terapung di permukaan air
laju...laju sekali
aku kejar..kerah tenaga keluar lawan arus air
tapi tidak berjaya
aku lemas, puteri sakinah menjeling aku kelemasan. 
dia memandang ke depan dan berlalu pergi
permainan dunia..kau hebat aku tewas.






Lima hari di Bogor


Assalamualaikum
Allah Humma Solli Ala Muhammad Wa Aali Muhammad

Aku just nak kabo yang aku pergi Bogor, indonesia itu hari...tu je. bye.

*tak dak idea

Dingin Jangan Telanjang





Aku berjalan hampir 5 kilometer melepasi beberapa bangunan dan kini aku di Taman Rekreasi Tungtchenv
hari itu aku merayau sorang - sorang
Penat..aku penat nafas aku semput , ini biasa bila musim sejuk tiba.
Tanpa fikir panjang salji menjadi tilam aku
jangan risau..tak basah
aku baring dan pandang ke langit..
mendung tapi indah..tuhan maha bijak
tuhan tahu apa yang aku mahukan hari ini.
hari ini hari selasa
hari ini hari ulang tahun aku
aku budak pukimak tak sambut benda benda itu
tak ingin
aku memilih untuk memejam mata
tapi sedikit aku tidak berharap pada mimpi
mimpi mengarut
mimpi tukar tukar cerita
mimpi ada basah ada kering
tapi sayang
tidak membantu aku menyembuhkan kesakitan aku
aku pasang lagu dengan harapan aku terbuai indah sama alunan punk rock
kaki kiri aku terhentak ikut ketukan drum
ini nikmat muzik punk rock beri aku keghairahan utntuk terus hidup
tak perlu rokok dan alkohol
hanya muzik punk rock
selepas habis satu lagu aku buka mata
pemandangan masih sama
aku bangun berdiri
tuhan. terima kasih untuk semua ini
aku dingin
aku tidak telanjang

google