Posts

Showing posts from May, 2012

Hoppers & Ahli Muzik

Assalamualaikum... gua dah pun sampai kat satu tempat ni..penat wei. penat.penat. tadi gua singgah KL jap before sampai tempat ni...pegi cari kerja area-area tu..alhamdulillah. gua dapat la 2,3 contact. And now aku tengah rest kejap kat bilik dia..japgi aku nak pergi beribadat dekat rumah ilmu ibadat.hehe. serius la wei... Ada satu sungai kat sini...bapak ah..tasik guthrie kat uum lagi cantik nan indah.haha. anyway...muka aku dah berminyak kaw kaw..mandi and cuci muka.chalo..till next time..i love you.

Hoppers & Ahli Muzik

Assalamualaikum DAY 1 im at klang valley right now, nak mencari ketenangan and masa depan yang aku tak pasti cerah atau mendung, aku travel sorang-sorang from shahab terminal to shah alam and Last night aku tumpang rumah abang ipar aku, tido satu malam than baru pagi tadi aku breakfast dekat kedai mamak hakim area seksyen 7 and guest what aku jumpa member aku yang dah lama tak jumpa since aku masuk universiti..hehe.nama dia hakimah..member satu sekolah orang perak tapi aku jumpa dia tak lama sebab dia nak pergi KL dengan member-member dia. so tak pe lah. lagipun tak de dalam plan pun nak jumpa dia..last minute decision =) banyak jugak la yang kami sembang..and lama jugak aku tunggu dia datang..aku order the tarik tapi yang sampai teh ais..u know what i mean kan kimah.hahaha. Now, aku ada dekat rumah abang ipar aku..and petang ni aku nak naik train pergi klang. Jumpa member aku jugak dekat sana and aku ada misi penting nak buat dengan dia..apa dia? just wait and see...bunyi macam

perjalanan liku

Assalamualaikum aku hanya melihat tetapi bukan memilih aku hanya memilih tetapi bukan muktamad kerana aku sedar pencarian itu bukan sesuatu yang mudah pencarian umpama sepahit dadah  bila-bila masa boleh khayal lalu musnah

about us and the rain

Image
You're growing up, and the rain sort of remains on the branches of a tree that will someday rule the Earth, and it's good that there is rain. It clears the month of your sorry rainbow expressions, and it clears the streets of the silent armies, so we can dance. Dressed up from head to toe, to get by.  it seems once again, I forgot what keeps me safe and dry.  to the weepy windowpanes, that are dripping with dew...  I can hear the rain outside, falling from the sky  and you can hear the  pitter patter on the rooftop  you can listen to the rythem of the raindrops  I wish that the sun would come and stay  but this is a song for rainy days  MISS SH let's go dance around in the rain  don't pay any attention to the people staring from inside  we'll leave all our cares behind...

tunggal tiada yang ke dua

ku perhati saja unggas-unggas berterbangan mereka berpasangan mereka bahagia membawa bersama kenangan syukur mereka tidak berangan tapi aku suka berangan berangan apa yang tidak disatukan menjadi satu andai ada yang pecah bercantum kembali andai ada yang terpisah akan bertemu kembali walaupun payah untuk ku gapai tapi tidak mengapa kerana apa yang diimpikan sudah muncul sebuah harapan baharu yang tak mungkin kau dapat p/s : report tak siap lagi la...adoi.

Hari Tak Selalu Terang

Image
cahaya sang suria dikala umat manusia enak dibuai mainan syaitan mereka berebut- rebut untuk sampai ke bumi agar dapat berkhidmat untuk makhluk dunia cuba menembusi tembok awan gelap gelita tapi sayang awan sedikit ego pagi ini awan tidak izin ianya berlaku sang suria terus berlalu  mencari dan terus mencari laluan baru dengan harapan ada yang sudi membantu sang suria tetap mahu melaksanakan matlamat utama memberi sejuta cahaya kepada manusia tetapi fajar jumaat tetap kelam ditemani mutiara air mata langit yang bebas turun dari angkasa ke bumi JANGAN PUTUS ASA SAHABAT~

Kronologi : Sebuah Kehilangan Kali Kedua

Assalamualaikum tanggal 21 Mei 2012 aku menerima SMS dari Adi (presiden kelab kembara) Adi : keadaan abg mie sekarang makin teruk.. bila aku dapat je mesej tu..terus aku bergegas nak ke hospital..mula-mula aku ingat nak naik motor je..tetapi memandangkan aku nak cepat..aku terpaksa cari kereta..and option yang aku ada sekarang..kereta syahmi..aku pun tebal muka pegi pinjam kereta dia. nasib baik bilik dia depan bilik aku je.and alhamdulillah dia bagi pinjam kereta. dalam  pukul 5.45 ptg aku pun drive la pergi hospital..bawak tak laju mana pun..biasa la time ni kereta banyak orang balik kerja. dalam pukul 6 aku sampai area jitra..and tiba-tiba mesej masuk. "sedekahkan al-fatihah utk abg mie" badan aku jadi lemah, aku rasa macam nak menjerit..sebagai protes aku tak sempat sampai hospital tengok abang mie aku tekan hon kereta 2,3 kali. Kecewa gila time tu, tapi alang-alang dah keluar..aku drive je pergi hospital alor star. Sampai hospital. aku terus pergi wad 3b..s

Hampir Gila Kau Seksa

senyuman itu muncul tatkala jiwa gila,  senyuman itu kau bawa bersama cahaya terkesima sebentar dibuatnya terima kasih kerana hadir jua walau ku tidak tahu apa isi hatinya tapi ini isi hati aku dengar.. dan bila ditanya..apa yang aku mahu? aku hanya mahu bahagia kan dia waktu demi waktu tapi aku tak pasti apa yang akan berlaku kerna hari esok siapa yang tahu. demi tuhan..hanya dia~

Aspirasi Propaganda

Assalamualaikum kau pandai bermain pedang dan pada hujung pedang itu kau letakkan dengan seribu metafora indah agar apabila kau tikam jiwa aku..metafora indah itu dapat mengalir laju menyusuri sungai - sungai merah di dalam tubuh aku lalu diserap ke setiap inci tubuh lemah ini. Tapi bila kau mula tertarik dengan sang kelembai yang sihirnya lebih hebat dari aku..kau mula terbang jauh menggunakan saki baki kuasa yang masih kau ada. kau tinggalkan sang kelembai yang kau racuni dengan metafora indah tika dahulu. Alangkah baiknya sebelum kau pergi kau serap semua sisa-sisa racun ini agar aku tidak sakit dan tidak menderita keseorangan. Aku juga ingin bahagia. kejam~

Bicara Hujung Jari

Assalamualaikum Harapan yang kau sinonim kan dengan sang lilin satu persatu kau nyalakan satu persatu kau padamkan Yang sentiasa terbakar..cair...lalu mati Jangan berasa kosong Tuhan Bersama kau sumpah  Rahmat Ke Atas Muhammad Wa Aali Muhammad 

Fajar Sabtu

Image
Assalamualaikum Cahaya fajar sabtu mula menghiasi kamar aku, dia bangun sambil memerhati aku yang sedang menilai semula mimpi-mimpi semalam. Dia memberi seukir senyuman pagi kepada aku, Aku membalas senyuman itu. sumpah aku tidak mahu kehilangan senyuman itu lalu aku berdiri mengadap jendela kayu kamar aku..dari jauh aku melihat pembentukan silhoutte pohon nan indah..ia berdiri arogan di hadapan aku, seolah - olah pohon itu berkata aku..hidup kau tak seindah aku wahai bani melayu.  Gelak sinis bersendirian,Kau silap wahai pokok, seindah mana kehidupan kau..kau akan mati, dan aku pun akan mati, tapi siapa dahulu aku pun tidak tahu.Cuma kau tetap indah dengan ratusan cahaya yang sedang memeluk kau meskipun kulit kau buruk.  Dan bauan itu semakin menghampiri, dan aku tahu hanya dia sahaja sering menyelimuti dirinya dengan bahan kimia yang aku berikan dahulu. ke mana sahaja.Dia datang memeluk ku dari belakang, sambil membisikkan... "selamat pagi cinta" Hany