Kronologi : Sebuah Kehilangan Kali Kedua

Assalamualaikum

tanggal 21 Mei 2012 aku menerima SMS dari Adi (presiden kelab kembara)

Adi : keadaan abg mie sekarang makin teruk..

bila aku dapat je mesej tu..terus aku bergegas nak ke hospital..mula-mula aku ingat nak naik motor je..tetapi memandangkan aku nak cepat..aku terpaksa cari kereta..and option yang aku ada sekarang..kereta syahmi..aku pun tebal muka pegi pinjam kereta dia. nasib baik bilik dia depan bilik aku je.and alhamdulillah dia bagi pinjam kereta.

dalam  pukul 5.45 ptg aku pun drive la pergi hospital..bawak tak laju mana pun..biasa la time ni kereta banyak orang balik kerja. dalam pukul 6 aku sampai area jitra..and tiba-tiba mesej masuk.

"sedekahkan al-fatihah utk abg mie"

badan aku jadi lemah, aku rasa macam nak menjerit..sebagai protes aku tak sempat sampai hospital tengok abang mie aku tekan hon kereta 2,3 kali. Kecewa gila time tu, tapi alang-alang dah keluar..aku drive je pergi hospital alor star.

Sampai hospital. aku terus pergi wad 3b..sampai dekat wad..aku tengok orang ramai dekat situ..sampai katil 21..aku nampak staf uum, keluarga abang mie, aku terus cari adi..and aku jumpa dia..shafa,tali,madi pun ada kat situ. aku terus pergi kat katil arwah abang mie, muka dia jelas kelihatan,aku macam tak percaya abang mie dah tak de, seorang yang ceria, baik, kuat..

aku membaca apa yang patut usai melihat arwah abang mie..

pukul 7 aku pun gerak pergi rumah abang mie..sebab nak tolong apa yang patut dekat rumah dia. dalam 7.30 aku sampai rumah abang mi, orang tak ramai..yang ada just family dia, jiran-jiran terdekat..tu je la.lepas sembahyang maghrib..orang makin ramai, termasuk budak-budak kelab..dalam pukul 8.30 jenazah tiba kat rumah. aku tolong angkat jenazah and ada beberapa orang lagi.after that ada tahlil and bacaan yassin.malam tu aku terpaksa balik awal..cuz aku nak pergi KL ada seminar..aku gerak balik dengan fadz sebab dia pun nak pergi KL dengan aku malam tu.

Allah Humma Bihaqqi Muhammad Wa Aali Muhammad, semoga roh abang mie berada di kalangan orang yang baik-baik, dan tenang-tenang sahaja.

Mati itu pasti
sedih itu pasti
Mana mungkin kau bisa menghalang aku untuk bersedih
kerana aku manusia biasa
dan itu fitrah aku untuk bersedih.

Comments

Popular posts from this blog

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih