Journey To The North Part 3

 





4 hari sebelum bertolak ke Abisko dan petang itu, rumah sewa kecil mereka berubah jadi macam stor barangan ekspedisi. Ruang tamu penuh dengan gear — jaket waterproof tergantung di kerusi, beg kembara tersadai atas lantai, stokin thermal bergantungan macam bendera Hari Kebangsaan.

Ali tengah duduk bersila atas karpet, sibuk labelkan pek makanan. Mee segera, tuna dalam tin, energy bar, dan uncang teh disusun ikut hari.

"Kau label semua makanan ni kenapa?" tanya Jimi sambil kunyah roti dengan selai Nutella.

"Sebab aku kenal kau, bro. Nanti baru hari ketiga semua stok habis," jawab Ali tanpa angkat kepala.

"Eh, kau underestimate nafsu makan aku ke?"

"Tak. Aku realistic."

Jimi tergelak, sambil capai sleeping bag yang baru sampai dari pos. Dia buka plastik dan terus test baring atasnya.

"Weh Ali, aku rasa sleeping bag ni tak cukup tebal. Kalau aku beku kat dalam tu, kau jangan lupa post tribute kat Instagram aku."

Ali jeling.

"Kalau kau beku, aku tanam kau kat lereng gunung. Letak caption ‘Jimi: frozen but forever annoying’."

Jimi gelak lagi, walaupun dalam hati cuak sikit.

Petang itu juga, Elsa datang ke rumah mereka. Dia bawa kek kayu manis panas yang baru dibakar. Bau rempah dan gula perang menyebar dalam ruang tamu yang sejuk.

"Just a little something before you guys freeze to death," kata Elsa sambil letak loyang kek atas meja.

"How thoughtful," Ali senyum, ambil dua pinggan.

"Kalau kami betul-betul mati kat Abisko, at least last makan kami sedap," Jimi tambah sambil potong kek.

Elsa duduk atas sofa, pandang gear trekking yang bersepah.

"You guys serious about this trip, huh?"

Ali angguk.

"More than serious. This is once in a lifetime."

Elsa tersenyum kecil.

"I'm proud of you both. Most people just sit in cafés and talk about adventure. You guys... you're actually doing it."

Jimi angkat kening.

"Ada harapan masuk Netflix tak?"

Elsa tergelak.

"Kalau korang tersesat dan diselamatkan helicopter, maybe."

Sambil makan kek, mereka dengar lagu Threads pelan-pelan. Elsa mainkan dari telefon dia, sama seperti selalu. Lagu tu dah jadi semacam soundtrack tak rasmi untuk kawan-kawan tiga sekawan itu.





Ali dan Jimi keluar pagi-pagi ke taman belakang rumah, jogging dan buat latihan ringan.

"Aku rasa lutut aku dah bagi signal SOS," kata Jimi lepas 20 minit lari-lari anak.

"Kau kena kuat, bro. Salji tak tanya kau dah makan ke belum. Dia rempuh je," kata Ali sambil lompat skipping.

Jimi baring atas rumput basah.

"Kau rasa kita perlukan flare kecemasan tak?"

"Kalau kau hilang, aku hanya tinggalkan nota ‘Jimi suka menyimpang’."

Mereka habiskan sesi latihan dengan stretching dan gelak-gelak, diselang seli dengan batuk kecil sebab sedut udara sejuk terlalu kuat.

Malam itu, Ali baring atas katil sambil buka Google Maps, tanda semua hentian penting. Dia catat semua maklumat dalam buku kecil — jarak, cuaca ramalan, nama checkpoint, dan nombor kecemasan.

Jimi pula duduk atas lantai, susun playlist Spotify.

"Weh, playlist kita dah ada 28 lagu. Campur Siti Nurhaliza, Yuna, Lepaskan – Haqiem Rusli, lepas tu Threads, First Aid Kit, dan satu lagu metal Sweden yang aku tak tahu maksud dia."

Ali senyum.

"Nak adventure, feeling pun kena international."

2 hari sebelum bertolak mereka pergi beli barang last minute – ubat panadol, tisu basah, coklat.

Dalam perjalanan balik, suasana kereta senyap sikit. Ali tenung jalan.

"Weh Jimi, kau takut tak?"

Jimi pandang luar tingkap.

"Ada la sikit. Tapi bukan takut nak mati. Takut kalau trip ni tak jadi macam kita bayang."

Ali angguk perlahan.

"Kau tahu tak, dari kita sampai Sweden, ni kali pertama aku rasa aku buat something besar untuk diri sendiri."

Jimi pandang Ali.

"Same. Aku datang sini dulu sebab mak ayah suruh. Tapi trip ni, kita yang pilih. Kita yang buat."

Ali senyum kecil.

"Kalau kita survive, kita cerita kat cucu kita nanti."

"Kalau tak survive?"

"Harap ada orang jumpa phone kita."





Malam Sebelum Bertolak

Rumah mereka senyap. Semua barang dah siap. Beg dah kemas, kasut dah dibersihkan, dan tiket flight dah print dua salinan.

Ali duduk depan laptop, tulis status pendek di Facebook:

“Abisko. Arctic Circle. Doakan kami. 🇸🇪❄️ #KungsledenTrek #MalaysiaToAbisko”

Jimi buat Insta Story: selfie dengan beg galas sambil caption:

"Kalau esok aku hilang, cari aku kat kawasan bersalji. Mungkin tengah baring tengok aurora. 🌌❄️"

Elsa balas story tu dengan emoji ❄️💪🏼 dan satu mesej:

"Don’t fall into rivers or flirt with moose. Take care!"

Ali keluar dari bilik, tengok Jimi dah baring depan TV, mata terbuka pandang siling.

"Kau tak tidur ke?"

"Tak boleh la bro. Aku excited."

Ali gelak kecil.

"Esok pukul 6 kita gerak. Kau jangan bangun pukul 6.10 sudahlah."

Jimi geleng.

"Aku dah set tiga alarm. Satu untuk bangun, satu untuk minum air, satu untuk panik."

Ali duduk di sofa, tarik selimut nipis.

"Weh..."

"Apa dia?"

"Thank you sebab nak join aku. Kalau sorang-sorang aku malas."

Jimi senyum sambil tutup mata.

"Kau takkan sorang bro. Kita dua. Trek berapa kilometer pun, kita conquer sama-sama."

Dan malam itu, dua sahabat itu tidur dalam diam, diapit suhu dingin dan semangat yang perlahan-lahan membara, menunggu hari esok — hari di mana kaki mereka akan jejak trek beratus kilometer, dan jiwa mereka akan jejak pengalaman yang takkan pernah sama.

Comments

Popular posts from this blog

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih

people killing people dying