Posts

Showing posts from March, 2014

Utopia Sebuah Fahaman

Satu hari di dini hari man : aaaa boringla marxisme, aku dah bosan dengan marxisme, nape diorang masih berminat dengan Marxisme haa? (merujuk kepada gang benz ali) aku : diorang ni minat tang anti establishment je, lawan gomen man : boleh ke jadi anti establishment? aku : haha, mana boleh man : bukan munafik ke anti establishment zaman moden macam ni aku : tu la die man : bosannya marx, bosaaannnn, kenapa ira masih beminat dan kaji betul pasal marx tu. Ah biarla dia. Satu masa nanti berenti la tu. aku : idea diorang sangat utopia man : tau tak ada pepatah dikalangan akademia berkata? aku : apa? man : intelektual komunisme ni adalah satu anti thesis kepada kapitalisme kerana tak berjaya melawan mereka aku : betul man : maksudnya, ko cakap apa pun yang kontrol, aku, Kapitalis, Kau pakai game aku jugak. Ish munafiknya kalau kata rebellious la, anti establishment la. aku : Iran pun kapitalis. man : itula, nak lawan kapitalis kena jadi kapitalis jugak (Amerik

Bunda Zahra

Aku keluar dari kereta, dan begitu juga Mahdi, terus aku memimpin tangan Mahdi dan berjalan perlahan-perlahan menuju ke sebuah masjid yang berada di kaki Gunung Darmavand. Dalam perjalanan kami menyusuri rumah Allahyarham Imam Ruhullah Musavi, yang kini dijadikan salah satu tempat wajib dipergi untuk pelancong. 15 minit kemudian, kami puntiba di masjid tersebut kedengaran bunyi bacaan doa bergema di sekitar alam, orang ramai memenuhi ruang luar dan dalam masjid, ada yang sedang berborak ada yang sedang meminum cha, ada yang sedang solat sebelum bermulanya majlis. Aku dan Mahdi terus masuk ke perkarangan masjid setelah mengambil wuduk, cuaca musim bunga disini baik-baik saja tidak lah terlalu sejuk yang membenarkan kami untuk tidak memakai jaket tebal bagaimanapun aku masih menyarungkan sweater pada si kecil ini. Aku duduk di bahagian tengah-tengah masjid sambil tanganku memutarkan tasbih memuji-muji nama Illahi, Mahdi duduk disebelahku sambil melihat keadaan sekeliling yang baginya b