Bunda Zahra



Aku keluar dari kereta, dan begitu juga Mahdi, terus aku memimpin tangan Mahdi dan berjalan perlahan-perlahan menuju ke sebuah masjid yang berada di kaki Gunung Darmavand. Dalam perjalanan kami menyusuri rumah Allahyarham Imam Ruhullah Musavi, yang kini dijadikan salah satu tempat wajib dipergi untuk pelancong. 15 minit kemudian, kami puntiba di masjid tersebut kedengaran bunyi bacaan doa bergema di sekitar alam, orang ramai memenuhi ruang luar dan dalam masjid, ada yang sedang berborak ada yang sedang meminum cha, ada yang sedang solat sebelum bermulanya majlis. Aku dan Mahdi terus masuk ke perkarangan masjid setelah mengambil wuduk, cuaca musim bunga disini baik-baik saja tidak lah terlalu sejuk yang membenarkan kami untuk tidak memakai jaket tebal bagaimanapun aku masih menyarungkan sweater pada si kecil ini. Aku duduk di bahagian tengah-tengah masjid sambil tanganku memutarkan tasbih memuji-muji nama Illahi, Mahdi duduk disebelahku sambil melihat keadaan sekeliling yang baginya bukanlah situasi asing kerana aku sering membawa dia ke majlis sebegini. Azan berkumandang, bermakna tiba waktu solat maghrib, orang ramai menyusuri masuk ker ruangan solat dan hampir seluruh ruang masjid dipenuhi dengan manusia, begitulah keadaan disini setiap hari di negara ini, masjid sentiasa dipenuhi dengan manusia tidak seperti di Malaysia yang saf solat hanyalah beberapa baris setiap kali tiba waktu solat walaupun masjid di Malaysia besar-besar belaka.

usai solat dan membaca doa, majlis pun bermula aku melihat Mahdi yang berada pada keadaan selesa dan sedikit pun tidak merungut, aku bangga memiliki anak yang baik ini. Majlis dimulai dengan bacaan Al-Quran, kemudiannya disusuli dengan bacaan ziarat Az-Zahra, dan ketika ini ramai manusia di sini menangis-nangis, kiri kanan depan dan belakang semuanya menangis. Aku tunduk sambil menghayati bacaan ziarah itu lalu serta merta air mata aku mengalir hangat di pipi. Aku sempat menjeling pada Mahdi untuk melihat keadaan dia, Mahdi hanya duduk diam membisu sambil matanya hanya melihat suasana sekeliling yang suram kemudian Mahdi memandang aku lantas dia meletakkan telapak tangannya yang sejuk itu di pipi aku lalu mengesat air mata aku. kata Mahdi

"Bonda Zahra bersama kita"

aku hanya tersenyum.

Selesai bacaan ziarat majlis diteruskan dengan ceramah dari Hujatul Islam Ghaffari, ceramah selama sejam tu benar-benar membuatkan aku terfikir banyak perkara, dan di pengakhiran majlis kami didendangkan dengan puisi musibah yang sangat menyedihkan dan sekali lagi setiap ruang masjid bergema dengan tangisan kesedihan baik lelaki mahupun wanita. Malam itu sekian lama Mahdi tidak bercakap soal itu tiba-tiba dia bertanya

"kan seronok kalau ummi bersama kita kan abi, sama sama datang ke majlis azadari"

dengan serta merta aku terbayangkan wajah dia yang diselebungi cadur hitam memandang ke arah kami. Aku rindu wajah itu dan aku yakin Mahdi juga rindu padanya. Sayu tapi hidup mesti diteruskan, aku tidak menjawab soalan Mahdi terus aku mengajak Mahdi pulang. Sebelum pulang kami singgah di sebuah restoran kegemaran Mahdi, dia makan dengan selera sekali, makanan di sini memang kena dengan selera kami. Aku melihat diluar jendela restoran seorang anak kecil yang sedang melihat kami yang sedang makan, aku pernah melihat budak ini, dia adalah anak yatim piatu yang dihaga oleh datuknya dan kehidupan mereka anak beranak amat susah dan sekadar cukup makan. Aku memesan 2 bungkus nasi kebab kemudian aku menyuruh Mahdi memberikan bungkusan makanan yang dipesan kepada budak lelaki itu. Mahdi keluar dan menyerahkan makanan itu lalu aku melihat bagaimana gembiranya riak wajahnya.

Masuk saja Mahdi ke kedai aku bertanya kepada Mahdi

"Apa yang Mahdi katakan kepada budak tu sampai dia gembira"

"Saya hanya berkata ini pemberian dari Allah, Rasulullah dan Ahlul Bait terutamanya dari bunda Zahra"

"lalu apa katanya?"

"tiada apa, dia hanya berkata semoga Allah merahmati kita sekeluarga dan mendapat syafaatnya Al-Kitsa di akhirat kelak"

dalam hatiku berselawat.














Comments

Popular posts from this blog

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih