phone, herba dan keseronokan


Alhamdulillah, gaji dah masuk. Semalam terus aku ke kedai phone ya lah apa lagi mesti la mau beli phone baru kerna phone lama tu bagai hidup segan mati tak mahu, nak ajak orang selfie pun aku segan dengan phone buruk tu.

Jadi aku pergi la angkat phone baru, which is iphone 7 plus, alang-alang nak beli aku beli yang terbaik terus dari sudut kualiti gambar dan spec yang lain supaya balik rumah nanti aku tak menyesal. Seba aku punya satu perangai, beli lah apa pun, semasa beli aku akan ok bila balik rumah baru aku akan fikir macam-macam dan menyesal tapi tidak hari ini.

Dalam perjalanan balik ke rumah tiba-tiba ajib mesej aku ajak aku ke bengkelnya katanya malam ni dia buat sedikit jamuan dan sedikit herba untuk dikongsi bersama aku hanya ketawa, wahh aku sudah berhenti ambil herba itu kalau kau nak tahu. Kalau aku pergi pasti aku dipaksa untuk seronok bersama, aku tak nak. jadi aku decide aku tak kan pergi ke bengkel ajib. Tak kan!

Malam itu aku ke bengkel Ajib, ternampak beberapa orang rakan sedang membakar ayam (bbq) wah ini menarik tambah pulak aku memang lapar waktu tu hanya ada beberapa orang kata mereka akan ada yang datang lagi malam ini selepas menonton bola di stadium. Ajib datang beberapa minit setelah aku tiba di situ, Ajib fikirkan aku tidak mahu datang iya lah selalunya kalau melepak bersama Ajib bukan sekejap tapi silap-silap sampai Subuh manakala aku pula bekerja keesokan hari. Usai kami makan dan bersembang, aku pergi membantu beberapa orang lagi rakan untuk membakar ayam, ketika itu Ajib menghulurkan herba kepada aku setelah Ajib terlebih dahulu menggunakannya, aku hanya melihat agak lama, aku menolak, maaf aku dah berhenti. Ajib hanya ketawa kerana tidak percaya, ia memang aku dah lama tidak ambil herba ini walaupun khasiatnya bagus tapi aku tidak ambil ianya lagi. Ajib menghormati aku walaupun dia masih tidak percaya. Aku hanya ketawa ia ketawa walaupun aku tahu kalau aku ambil herba itu, aku boleh melupakan sedikit sebanyak boleh melupakan masalah aku tapi aku tak nak. Biar aku layan perasaan dengan cara lain,


5/3/2017







Twilight Zone



Ratusan purnama berlalu
tapi cinta tak pernah berlalu
walau kau usir aku dihidupmu
tapi cintaku tetap diam

Ratusan purnama berlalu
sendirian aku tanpa cinta
tak pernah ada cinta yang lain
hariku terbuka hanya untukmu

Duhai cinta enggan menawar rasa
Gelombang marahmu terlalu berlebih

Berderik-derik bunyi jantungku
bila ku kenang wajahmu
Biar jauh jarak pandang kita
namun hati dan jiwaku selalu merasa di sisimu

Duhai cintaku sulit ku meraba
diam dan dinginmu mengapa
ribuan hari ku mengingatmu
membaca semua puisimu
mengering raga ini menantimu
ratusan purnama cinta kita kembali

















Zeera
1/3/2017