Posts

Showing posts from May, 2015

Bukan Salah Anarki

Bukan Salah Anarki Sedar kah kita laungan melawan kerajaan semakin hari semakin kuat dan ia berlaku tiap-tiap hari, mungkin ada yang tidak perasan kerana ia tidak berlaku di jalanan seperti yang sering kita lihat dari tahun reformasi 1998 sampailah yang terbaru Perhimpunan Bantah GST tetapi laungan melawan kerajaan ataupun pemerintah ini berlaku di media sosial seperti di Facebook sudah tentu yang paling famous dan di Twitter tak kurang juga hebatnya. Sebab itu bagi aku, laungan melawan kerajaan secara besar besaran berlaku setiap masa kerana rakyat merasakan apa yang kerajaan laksanakan ini tidak betul dan melanggar kemahuan rakyat lagi-lagi sejak GST diperkenalkan dan juga kejatuhan ekonomi negara yang merisaukan. Lalu mereka yang mengambil peduli tentang negara dan mahukan negara ini ke arah yang lebih baik akan keluar ke jalanan dan meluahkan perasaan di media sosial. Mereka ini digelar masyarakat sivil. Sudah tentu akan ada yang mengatakan semua yang terlibat dalam perh