Bukan Salah Anarki



Bukan Salah Anarki

Sedar kah kita laungan melawan kerajaan semakin hari semakin kuat dan ia berlaku tiap-tiap hari, mungkin ada yang tidak perasan kerana ia tidak berlaku di jalanan seperti yang sering kita lihat dari tahun reformasi 1998 sampailah yang terbaru Perhimpunan Bantah GST tetapi laungan melawan kerajaan ataupun pemerintah ini berlaku di media sosial seperti di Facebook sudah tentu yang paling famous dan di Twitter tak kurang juga hebatnya. Sebab itu bagi aku, laungan melawan kerajaan secara besar besaran berlaku setiap masa kerana rakyat merasakan apa yang kerajaan laksanakan ini tidak betul dan melanggar kemahuan rakyat lagi-lagi sejak GST diperkenalkan dan juga kejatuhan ekonomi negara yang merisaukan. Lalu mereka yang mengambil peduli tentang negara dan mahukan negara ini ke arah yang lebih baik akan keluar ke jalanan dan meluahkan perasaan di media sosial. Mereka ini digelar masyarakat sivil.

Sudah tentu akan ada yang mengatakan semua yang terlibat dalam perhimpunan (aku fokus pada perhimpunan atau demonstrasi untuk mendapat gambaran lebih jelas)ialah dari penyokong parti pembangkang yang sememangnya tugas mereka memberi tekanan kepada kerajaan sekiranya ada dasar yang tidak kena. Kalau macam tu yang korang rasakan maka ia salah kerana masyarakat sivil ini datang dari pelbagai latar belakang sudah tentu ada yang datang dari penyokong kerajaan itu sendiri, kelompok non-partisan, kelompok-kelompok yang mempunyai ideologi politik mereka tersendiri dan ada juga datang dari kelompok anarki. Sejak beberapa tahun ini kelompok Anarki mula menjadi perbualan para kaki demonstrasi kerana mereka mula mengambil tempat dalam masyarakat dalam masa beberapa tahun ini, pergerakan mereka selama ini senyap dan hanya berkongsi ideologi sesama mereka kini mereka mula keluar dari kepompong untuk bersama yang lain di luar sana. 

Kewujudan anarki perlu, kerana watak mereka adalah watak yang akan memberi tekanan kepada pemerintah tanpa mengira parti dengan cara tersendiri, apa yang masyarakat perlu tahu tentang mereka ini anarki menentang kezaliman, menentang hierarki dan juga sudah tentu mereka menentang kapitalisme, andai keganasan dikenakan ke atas mereka maka lawannya juga adalah keganasan
Jika dilihat sebelum ini, kelompok anarki terkenal dengan sifat budak nakal which is punk yang akan membuat kekecohan dan membawa satu kelainan jika mereka terlibat dalam perhimpunan. Misalnya sepanduk, banner, bom asap, personaliti yang lebih liar dan macam macam lagi dan kekecohan yang mereka cetuskan sehingga membawa perasaan kurang senang dari pada peserta yang lain.  Menurut mereka semasa berhimpun bukannya masa untuk memberi ceramah dan mendengar ceramah tetapi semasa perhimpunan berlangsung apa yang mereka harapkan adalah satu perubahan iaitu revolusi..iya revolusi. Sebab itu mereka sering melaungkan “revolusi” dan bukannya “reformasi” semasa menyertai perhimpunan.

Revolusi berbeza dengan reformasi, dan aku tak rasa perlu bincangkan apa itu revolusi, cukuplah apa yang korang tengok di Mesir semasa berlakunya Revolusi Mesir beberapa tahun lepas, kecoh bukan? Dan itu lah sepatutnya berlaku jika mahukan revolusi, seperti diinginkan oleh Karl Marx revolusi  tidak pernah berlaku secara aman, di mana sesuatu yang lebih radikal dan cepat harus berlaku jika mahu jatuhkan kerajaan oleh itu baru kita boleh nampak kesan daripada perhimpunan haram. Haram? Lantaklah…kalau semua nak permit baik pergi mati. Nak mati pun tak perlu ada permit tahu. Pembangkang dah selalu buat demo bagi aku enough lah, too much demonstration without good feedback ni menyampah jugak. Perhimpunan secara aman akan berakhir dengan hambar dan tidak akan mencapai sebarang resolusi, ia hanya melengkapi ciri-ciri demokrasi dan salah satu cara untuk menunjukkan kepada kerajaan di mana pembangkang punya pengaruh yang kuat dan rakyat bersama mereka kononnya ini sama sekali tidak betul. Jadi bagi aku, apa yang kekecohan yang berlaku angkara kelompok anarki ini adalah tidak salah atas nama revolusi.  Cuma aku sedikit hairan jika anarki mahukan revolusi kenapa mempromosikan kasih sayang dan keamanan semasa berhimpun. Ini aku rujuk dekat video demonstrasi di YouTube di mana sepanduk peace and love dijulang sedangkan perlakuan mereka adalah sebaliknya.


Aku tidaklah menyokong berlakunya revolusi jika melihat persekitaran sekarang di mana masih banyak perkara yang boleh diatasi dengan undang-undang dan sistem demokrasi tetapi jika suatu masa nanti Malaysia memerlukan revolusi, maka revolusi harus tercipta demi keadilan dan ketika itu kekecohan bukan salah anarki lagi. Seperti Revolusi Islam Iran dan Arab Spring, mereka yang mencetuskan revolusi bukanlah daripada parti politik tetapi datang dari golongan rakyat biasa, mahasiswa, sosialis, agamawan, golongan intelektual dan banyak lagi, jadi kerajaan harus sedar akan hal-hal seperti ini, kerajaan jangan sombong dalam menghadapi masyarakat. Sikap sombong seperti apa yang berlaku sekarang telah mewujudkan sikap benci daripada rakyat terhadap kerajaan.


Sekian dari saya,
Felo Kedah Aman Makmur

Comments

Popular posts from this blog

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih

berlagak padahal lembik