Posts

Showing posts from 2018

Tentang Sesuatu

Di kiri dan kanan Ali semua orang sedang asyik mendengar bacaan maqtal ke Al-Husain, hampir kesemuanya sedang menangis kedukaan begitu juga Ali tetapi di sini lebih deras tangisan, mereka menangis semahu-mahunya. Bagi Ali ini sesuatu yang baru walalupun dia sudah biasa melihat aksi yang serupa di dalam internet cuma kali ini semuanya berlaku di hadapan matanya. Ali memerhatikan Jimi yang seakan bingung dengan apa yang berlaku dihadapannya, dan Jimi pula sedang memandang sekeliling seperti rusa masuk kampung kerana semua ini sesatu yang baru untuk Jimi, tidak pernah dia lihat majlis "menangis" beramai-ramai ini, pucuk pangkal sedikit pun Jimi tidak tahu. Ali  cuba menghayati syair-syair bahasa parsi yang dilantunkan oleh seorang talabegh yang memakai baju serba hitam berdiri di atas sebuah pentas kecil di hadapan mereka, walaupun Ali tidak memahami tapi dia masih cuba untuk bersama persekitaran duka lara sempena musibah yang menimpa Ahlul Kisa dan di atas kepala mereka langi…