Tentang Sesuatu



Di kiri dan kanan Ali semua orang sedang asyik mendengar bacaan maqtal ke Al-Husain, hampir kesemuanya sedang menangis kedukaan begitu juga Ali tetapi di sini lebih deras tangisan, mereka menangis semahu-mahunya. Bagi Ali ini sesuatu yang baru walalupun dia sudah biasa melihat aksi yang serupa di dalam internet cuma kali ini semuanya berlaku di hadapan matanya.
Ali memerhatikan Jimi yang seakan bingung dengan apa yang berlaku dihadapannya, dan Jimi pula sedang memandang sekeliling seperti rusa masuk kampung kerana semua ini sesatu yang baru untuk Jimi, tidak pernah dia lihat majlis "menangis" beramai-ramai ini, pucuk pangkal sedikit pun Jimi tidak tahu. Ali  cuba menghayati syair-syair bahasa parsi yang dilantunkan oleh seorang talabegh yang memakai baju serba hitam berdiri di atas sebuah pentas kecil di hadapan mereka, walaupun Ali tidak memahami tapi dia masih cuba untuk bersama persekitaran duka lara sempena musibah yang menimpa Ahlul Kisa dan di atas kepala mereka langit kelam sedang menyaksikan majlis Al-Husain, tiada bintang, tiada bulan hanya langit.

Seteleh beberapa jam di situ, Ali dan Jimi pulang ke hostel mereka, mereka keluar melalui pintu Babul Ridha yang bermaksud Pintu Ridha. Makam di sini terlalu luas, pintunya ada puluhan buah bagi memudahkan pengunjung keluar masuk, makam ini bergabung dengan sebuah masjid yang berfungsi 24 jam, tidak pernah tiada orang di masjid ini, ada sahaja pengunjung yang datang beribadah di dalamnya. Jimi memandang Ali yang keluar dalam keadaan mengundur dan seakan-akan memberi salam ke arah makam tersebut setelah melewati pintu keluar dan sekali lagi dia menjadi bingung. Ali memandang Jimi, ia tahu kawan dia yang sorang ni sedang mengalami kebingungan yang amat dasyat tetapi Ali yakin suatu hari nanti Jimi akan faham.

"Jimi, jom pergi bazar jap aku nak cari makanan, lapar pulak"
"Ok, tapi bukan dah tutup ke?" Tanya Ali
"Kita jalan dulu, pastu kita tengok lah mana kedai yang buka, beli bungkus dah lah."

Mereka berdua menuju ke bazar yang tidak jauh dengan hostel yang mereka tinggal sepanjang berada di Mashhad, ternyata memang banyak kedai dah tutup hanya tinggal beberapa kedai sahaja yang buka dan nasib mereka baik kerana masih ada kedai makan yang masih buka. Ali dan jimi memesan burger dan jus tembikai untuk makan malam mereka hari ni. Ali melihat handphone, suhu di Masshad menunjukkan 3°c.

"Cilake, patutlah sejuk lain macam malam ni, dah turun sampai 3 ni" kata Ali sambil menunjukkan handphone pada Jimi.

"Haah lah lain macam ni, entah-entah turun snow tak esok" Jimi terus menjenguk di luar kedai melihat langit.
"Tak de maknanya Jimi kau tengok macam tu, bukan boleh tahu pun" Ali hanya ketawa melihat Jimi yang berada di luar kedai.
"Ali, aku nak tanya satu benda lah dekat ko"
"Apa dia?"
"Fatimah apa cerita?"
Ali hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu
"Takkan ko tak tahu, bukan dia crush ko ke?"
Ali berhenti di sebelah Jimi dan mencebikkan bibirnya
"Aku dah lama tak contact dia, dia pun tak contact aku so chill la lagipun kitorang bukan ada apa-apa pun"
"Takde lah aku tanya je, manalah tahu ko ada contact dia ke, stalk dia dekat facebook or ig"
"Tak de lah Jimi, malas"
Jimi hanya diam dan mereka berdua terus melangkah ke hostel. Malam itu tak banyak yang mereka lakukan, usai saja makan mereka berdua terus tidur, televisyen yang masih terbuka menunjukkan pembaca berita sedang melaporkan perubahan cuaca di Mashhad. Di luar jendela, salji mulai turun sikit demi sedikit. Salji-salji halus turun perlahan-lahan memutihkan setiap permukaan muka bumi, suasana sekitar mulai bertambah sejuk tetapi makam Imam Reza sentiasa panas dengan ritual ibadah pengunjung yang berziarah ke sana.

Dari Mashhad mereka mengambil keretapi menuju ke Esfahan, dari Esfahan mereka menaiki bas menuju ke Qom semula dan destinasi terakhir mereka addalah Tehran. Di Tehran tidak banyak yang mereka lakukan kerana Ali dan Jimi cuma tinggal sehari di Tehran kerana keesokan harinya mereka akan pulang ke Malaysia. Hanya beberapa tasbih, kitab, AlQuran dan wangian yang dibeli oleh mereka untuk di bawa pulang ke Malaysia sebagai kenang-kenangan. Sebelum tidur Ali sempat menghantar mesej kepada seseorang

"Esok saya sampai Malaysia, jangan cari saya"


Comments

Popular posts from this blog

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih