Posts

Showing posts from 2014

Puisi untuk bodyguard

puisi untuk bodyguard aku kau bodyguard aku bila waktu aku sedih kau bawa segenggam cahaya cahaya dari syurga untuk aku terus hidup kau bodyguard aku ketika aku luka kau bawa serum penyembuh kau cuci luka aku tanpa bedah dada aku kau bodyguard aku saat aku jatuh kau bawa talinya tarik aku naik keatas lalu kau bilang jangan rebah lagi kau bodyguard aku ikut aku ke syurga kalau aku ke neraka lepas kan tangan kau biar aku sendiri rasa sakitnya kerna aku tak mahu kau sakit cukup kau menjadi sisik luar aku di dunia sisik tebal kesayangan tuhan kau bodyguard aku sampai mati

Balada sedih dan gembira

Kehidupan ini ada dua fakulti, gembira dan sedih. Gembira bila kau membelah duri sedikit pun kau tidak rasa sakit malah kulit kau bersih tidak tercalar. Sedih pula bila kau pijak semut kaki akan kau mengalami pendarahan dalaman menyebabkan kaki kau harus dipotong dan kau cacat seumur hidup..ya itu sedih. Itu semua retorik dulu, kini gembira tidak lagi macam tu dan sedih tidak pula begitu. Kadang-kadang ada manusia menggunakan perasaan gembiranya semaksimum mungkin hingga akhirnya dia tiada lagi perasaan itu lalu penghujungnya apa yang dia jumpa hanyalah kemurungan, manakala ada manusia yang menggunakan kesedihannya semaksimum mungkin di dunia ini dan penghujungnya dia mendapat kegembiraan yang berpanjangan, bangun berdiri tanpa lelah. jadi sekarang kita boleh pilih gembira atau sedih, maksimum atau minimum. jawapan ada pada tangan kita jangan tunggu tuhan hantar jawapan pada kita. tuhan mahu kita cari jawapan. cari...

Is not fun anymore

For everytime i lose myself i will let my body fly away just go wherever you wanna go until you found your own destination you will land safely on the right path and that time you will get your life back One by one memory will appeared so you will realized one thing...... SIN

Definisi Cinta

Buat modal bosan bosan "Kau tahu apa itu cinta?" tanya Amri "Cinta itu sebuah perasaan yang lahir dari hati yang menghasilkan satu yang istimewa" Sambil membaca aku jawab acuh tak acuh, sebab aku dah malas fikir pasal cinta "Apa yang istimewa?" tanya Amri lagi "hmmmm...istimewalah, kasih sayang..." belum sempat aku menghabiskan ayat aku terus Amri potong cakap aku. "Salah! kau dah salah kat situ, cinta dan kasih sayang adalah dua perkara berbeza, cinta dan kasih sayang itu berpisah keputusannya" aku memandang ke arah Amri yang sedang membelek-belek lebai buatan Pakistan miliknya. Ingin aku tahu apa yang ingin diterangkan Amri dan aku pasti ini sesuatu yang menarik. Amri seorang pelajar dalam bidang kejuteraan tetapi dia menyambung pelajaran dalam bidang Al-Quran dan hadis di Syria tetapi akibat pergolakan yang berlaku di Syria dia terpaksa menangguhkan pelajarannya di sana. Petang itu kami berdua baru sahaja lepas jamming untu

Konservatif VS Liberal

Assalamualaikum Aku benci mereka yang menggunakan sikap konservatif dengan cara paling jahanam sekali. Konservatif ini banyak membataskan kau punya pemikiran apatah lagi pergerakan. Bila kau berhujah kau mematikan hujah kau dengan dosa dan pahala, kepala bana apa semua ni. Itu je yang kau mampu, kau pandai menghukum seseorang itu atas alasan apa? atas alasan kau selalu pergi dengar ceramah agama dan orang lain tak. Thats not the point bro! aku akan melawan mati matian siapa yang bersikap konservatif dengan aku. Dunia ni luas maka ilmu pun luas dan kalau kau rasa kau punya ilmu dah cukup power bila pergi ceramah dekat surau surau rumah kau. Kau silap! Aku lebih suka mereka yang liberal, bukan islam liberal dalam Islam tak de istilah liberal tapi aku guna jugak supaya kau faham apa yang aku nak kata. Sebab liberal buat aku berfikir, buat aku nak lagi tahu dengan hujah-hujah mereka yang bernas. Liberal tak cakap dosa dan pahala tapi Liberal tak hukum siapa dapat dosa siapa dapa

Masa depan kelabu asap

Assalamualaikum semua Baru-baru ni aku dapat interview lagi..and this time interview yang bagi aku penentu kerjaya aku untuk beberapa tahun akan datang dan kalau ada rezeki aku dapat diserap terus kat tempat keje tu. So aku mengharapkan doa kalian dan jika kalian wanita, aku akan masuk meminang kalian jika aku dapat kerja kat situ. Aku tahu kerja dengan exco kerajaan negeti ni bukan sesautu yang mudah. So aku harap dapat buat yang terbaik. #prayforazril

Pendosa

Shalom Malam-malam Ramadhan macam ni, suatu ketika dulu aku pernah rajin baca doa khusus untuk Ramadhan ni tapi itu semua dahulu, masa aku mula-mula kenal apa itu Islam, tapi berbeza dengan sekarang aku rasa aku sedikit jauh dengan perbuatan ritual macam tu. Macam-macam alasan aku reka untuk diri sendiri dan juga untuk tuhan, semata-mata mahu meyakinkan tuhan yang aku ni masih tidak melupakannya. Aku tenang, sangat tenang, Bila aku sedar aku banyak dosa pada tuhan. Sekurang-kurangnya aku sedar aku punya dosa daripada kau yang tak mengaku berbuat dosa.  Ohh ya..jangan jadi hipokrit. Talam dua muka pun jangan. Tuham tak suka kau punya dua watak. Watak jahat dan watak bangang. please jangan.

Kisah Satu Perjalanan

Solawat serta Salam ke Atas Junjungan besar Rasulullah dan Ahlul Bayt. Aku naik komuter dari KL Sentral ke Nilai hanya untuk berjumpa seorang rakan aku masa study dekat UUM dulu. Di sebabkan perjalan aku agak jauh, aku mengeluarkan sebuah buku nota kecil untuk di coret apa yang aku rasa waktu itu. Disumbat telinga dengan earphone sambil mendengar lagu Lifehouse berjudul Take Me Away sebuah lagu melankolik dari band ni yang buat siapa yang tengah down akan lagi down. Di dalam fikiran aku, aku memikirkan satu persatu gadis yang pernah hadir dalam hidup aku. Bermula dengan Hakimah, boleh dikatakan teman tapi mesra aku yang masing-masing simpan perasaan tak nak bagitahu apa yang masing-masing rasa. End up rasa istimewa tu hilang macam tu je. Macam mana pun kami still contact walaupun jarang sekali and apa yang aku tau sekarang dia kerja dekat Shah Alam as a interior designer. Aku tak tau la dia dah ada teman hidup atau belum. Izani, entah apa khabar dia sekarang. Last pasal dia yan

Sebuah Pengembaraan Spiritual

Hye Assalamualaikum, first of all solawat serta salam ke atas junjungan besar Rasulullah dan itrah ahlul bait.. Aku baru je balik dari tunaikan ibadah umrah and Alhamdulillah its a wonderful experience. Aku punya sedikit perkara yang mahu dikongsikan apa yang aku rasa masa berada di baitullah al haram. Tawaf, bila mana aku akan pusing mengelilingi kaabah tujuh kali mula dari hajar aswad dan habis di hajar aswad. Sesak tapi itu lah pengorbanan yang kau tempuhi untuk melakukan satu bentuk amalan spiritual. Kau tidak akan rasa penat semasa bertawaf kerana kau mahu melakukannya bukan atas paksaan siapa-siapa. Ya, disebelah kau ada kaabah..kiblat umat islam, sebelum ni aku hanya lihat sebongkah bangunan kecil berbentuk empat segi ini dalam gambar dan tv je tapi kali ni benda tu ada depan kau. Memang ada sikit perasaan sentimental waktu tu, apatah lagi bila kau dapat sentuh kaabah. Its nothing, hanya seketul batu tapi nilai spiritual yang ada pada kaabah buat kau rasa something differen

Labaykka Allah Humma La Baik

Setiap manusia pasti akan bertemu tuhan..lambat atau cepat. aku ingin bertemu tuhan Selamat Tinggal untuk masa ini.

Utopia Sebuah Fahaman

Satu hari di dini hari man : aaaa boringla marxisme, aku dah bosan dengan marxisme, nape diorang masih berminat dengan Marxisme haa? (merujuk kepada gang benz ali) aku : diorang ni minat tang anti establishment je, lawan gomen man : boleh ke jadi anti establishment? aku : haha, mana boleh man : bukan munafik ke anti establishment zaman moden macam ni aku : tu la die man : bosannya marx, bosaaannnn, kenapa ira masih beminat dan kaji betul pasal marx tu. Ah biarla dia. Satu masa nanti berenti la tu. aku : idea diorang sangat utopia man : tau tak ada pepatah dikalangan akademia berkata? aku : apa? man : intelektual komunisme ni adalah satu anti thesis kepada kapitalisme kerana tak berjaya melawan mereka aku : betul man : maksudnya, ko cakap apa pun yang kontrol, aku, Kapitalis, Kau pakai game aku jugak. Ish munafiknya kalau kata rebellious la, anti establishment la. aku : Iran pun kapitalis. man : itula, nak lawan kapitalis kena jadi kapitalis jugak (Amerik

Bunda Zahra

Aku keluar dari kereta, dan begitu juga Mahdi, terus aku memimpin tangan Mahdi dan berjalan perlahan-perlahan menuju ke sebuah masjid yang berada di kaki Gunung Darmavand. Dalam perjalanan kami menyusuri rumah Allahyarham Imam Ruhullah Musavi, yang kini dijadikan salah satu tempat wajib dipergi untuk pelancong. 15 minit kemudian, kami puntiba di masjid tersebut kedengaran bunyi bacaan doa bergema di sekitar alam, orang ramai memenuhi ruang luar dan dalam masjid, ada yang sedang berborak ada yang sedang meminum cha, ada yang sedang solat sebelum bermulanya majlis. Aku dan Mahdi terus masuk ke perkarangan masjid setelah mengambil wuduk, cuaca musim bunga disini baik-baik saja tidak lah terlalu sejuk yang membenarkan kami untuk tidak memakai jaket tebal bagaimanapun aku masih menyarungkan sweater pada si kecil ini. Aku duduk di bahagian tengah-tengah masjid sambil tanganku memutarkan tasbih memuji-muji nama Illahi, Mahdi duduk disebelahku sambil melihat keadaan sekeliling yang baginya b

Tasbih Biru Firus

Di sebuah kota yang teramat nyaman sekali untuk diduduki, jauh dari hituk pikuk metropolitan. Berdiri kamu disitu, fizikal mu kecil, tak begitu tinggi, kulit putih bersih, senyum menarik dengan sederet gigit putih. Manis, atau lebih tepat cantik. Aku pasti semua lelaki disekelilingmu memandang kamu. Seolah-olah mereka takut jika tidak melihat kamu bermakna diri mereka itu tidak wujud langsung di dunia, mereka perlu melihat kamu untuk menyedari kewujudan mereka. Subuh hari ini kita bertemu, bila kamu tersenyum aku hampir hilang pandangan kerna ia membunuh. Berjanji mahu berjemaah subuh di masjid Ma'sumah, dua langkah pertama azan terus berkumandang terus kita bergegas ke masjid, ini gila dalam suhu 0 darjah celcius aku hanya memakai selipar dan ketika itu aku rasa hampir pengsan dek kerana kesejukan tapak kaki, kamu sedar keadaanku ketika itu dan menyuruh aku berjalan pantas. Tiba di masjid terus aku bergegas ke dalam ruang utama kerana disitu lebih suam udaranya. Lega, keadaank

Kisah Maya Library

Aku lately ni rajin pulak lepak library Alor Setar, bukan apa actually aku tak tau mana lagi nak lepak satu tempat berjam-ham, kalau nak lepak mamak sampai 4-3 jam macam merepek je. So aku ambil keputusan aku pergi library dari pagi sampai petang and tak de sapa pedulik apa aku buat dekat sini. Bajet educated lepak library kan..padahal bukan buat apa pun cuci mata tengok makwe disamping online kat sini. But today, meja yang selalu aku duduk lepak ni ada sorang makwe dah ambik dulu. Dia sorang je la, aku macam "shit ada orang pulak kat meja ni" tapi aku nak tak nak aku kena juga duduk situ sebab meja tu satu-satunya dekat dengan plug elektrik, oh ya dekat library ni kalau aku nak pakai plug aku kena bayar 3 ringgit tapi sepanjang aku lepak dekat sini aku tak pernah bayar pun, and akak akunter tu pun tak kata so biaq pi la.Aku tak mau buang masa aku pun pergi dekat meja tu terus aku say hello kat makwe tu "boleh i duduk sini?" dia pandang aku terkejut beruk dan

Dongeng Kampus

Sekian lama aku menatap skrin laptop, aku tenung lama sambil jari jemari aku sudah sedia melekat pada keyboard, bila-bila masa saja sedia untuk menghentak satu persatu huruf. Kerusi makin panas aku makin bosan menunggu idea menulis itu datang. Kalau aku perokok, bukan sebatang malah 5 kotak sudah habis untuk menyeru idea-idea itu datang. Aku pasang lagu, lagu melankolik kegemaran band Lifehouse menjadi pilihan, sedikit demi sedikit...aku mula tersenyum. Aku punya satu cerita pendek yang aku tidak pernah cerita dan aku rasa aku patut cerita "Hasan, penyakit awak ni masih dalam pemeriksaan kami, kita tengah cuba kesan sama ada keadaan awak makin melarat atau tak, tapi jangan moral down just jalan awak punya life macam biasa, ingat pesan saya tu" Hasan hanya mendiamkan diri dan sedikit kaget apabila mengetahui keadaan diri dia setelah mendengar penjelasan doktor, antara mahu tidak mahu dia harus terima, tak kan lah doktor tu nak psyco aku. Hasan terus keluar dari bilik paka

Keluarga Adalah Cinta Sebenar

Image
Allah Humma Solli Ala Muhammad Wa Aali Muhmmad Tadi aku beli buku Liverpool di Ulu Yam, actually aku dah lama  nampak buku ni tapi tak de interest nak beli, padahal aku suka buku-buku macam ni, nak nak genre travelog or depa cakap pasal perjalanan hidup depa dekat negara asing. Disebabkan kokping a.k.a. Fynn Jamal suggest baca buku ni dekat Facebook so aku pun macam terpengaruh, damn cliche gila kan, perangai macam budak budak baru nak up..hahaha. mampus. After that aku cari satu port nak baca buku ni, aku cari kopitiam sebab ada plug so aku boleh charge phone skali, sampai kopitiam plug aku nak guna tu tak function, damn gila but who care misi aku nak baca buku tu je. So aku pun selak selai selai buku tu. Aku suka dan jatuh cinta dengan apa yang diceritakan oleh penulis dalam buku tu, setiap kali habis satu bab aku pandang ke depan, menung lama than aku sambung baca. tau kenapa? Actually aku tahan nangis ataupun aku tengah sebak. Dia banyak cakap pasal pengorbanan family dekat di

Tukar Selera

Lately ni banyak plak post aku pasal puisi-puisi segala ni..and suddenly aku rasa macam nak ubah cara penulisan. Moga mendatangkan hasil.

Bukan Salah Aku

Kau yang melarikan diri dari aku Lalu aku pula yang dipersalahkan Bukannya aku tak cuba kejar Makin dikejar makin laju kau lari Aku penat mengejar Bila aku penat, aku berhenti terus.... Kau menyalahkan aku  Nakalnya...

Dari Jendela Padang Pasir

Kalau lihat kondisi aku sekarang ini, orang boleh jadi tak tahu aku sedang dirudung kesedihan, kecuali jika aku menceritakannya. Well, tentu saja sebenarnya aku sangat sedih dengan waktu-waktu sukar yang aku lalui sekarang ini, aku menahan segala kesedihan, di depan tuhan aku tumpahkan segalanya. Aku hampir-hampir menyalahkan tuhan dan menuduh-Nya telah menzalimi diri aku. Aku merasa, Ia sedang bermain-main dengan diriku. Ia beri aku aroma dan kabar gembira, tapi dengan cepat Ia rampas kembali kebahagiaan itu sebelum aku sempat raih. Tapi Alhamdulillah, kelancangan itu hanya memercik sesaat. Allah masih melindungiku dari fikiran-fikiran yang buruk; dari bisikan syaitan yang terkutuk. Semasa di satu tempat yang tak perlu aku bagitau dekat mana, lama sekali aku merenung. Kuperhatikan orang ramai lalu lalang pergi berziarah. Di sekitar zarih seperti biasa aku menemui banyak sekali orang yang menangis. Dari arah bahagian perempuan, suara jerit tangis juga masih seperti dulu, Aku dulu s

Aku, Kain pelikat dan Pemuda

Well, after doa lepas maghrib aku pun keluar la dari surau tu, jalan ke rumah aku ni gelap sikit tapi jarak tu tak jauh dalam 50 meter je, dalam perjalanan aku tersempak dengan dua orang anak muda sedang menolak motorsikal mereka. Wajah diorang aku tak berapa nak cam sebab gelap kan and for sure diorang pun tak nampak muka aku. Pemuda : Assalamualaikum Aku : Waalaikumsalam, apa hal tolak motor ni? minyak habis ka? Pemuda : Minyak ada PAKCIK tapi tangki masuk ayaq dan mereka terus menolak motorsikal mereka tanpa menghiraukan aku selepas tu yang dengar hanya gelak ketawa mereka dan aku pula berhenti agak lama sambil memandang mereka. Gua sentap...serius gua sentap!!!! aku punya lam tampan gaya macam ASyraf Muslim depa boleh panggil aku pakcik. kenappaaaaa!!!! mungkin disebabkan busana aku berkain pelikat dan berbaju melayu yang bisa buatkan makwe-makwe hijabista ghairah melihat aku menyebabkan diorang menyeru aku sebagai pakcik...ini dah dua kali tau. pakcik kome.

Menara Senja

Pulang saja dari kerja, aku terus ambil port di atas sofa mengadap telivisyen LED 42 inci yang aku beli dengan usaha aku sendiri. Aku termenung lama memandang kotak hitam itu, jam baru sahaja menunjukkan pukul 6.30pm dan aku pejam sahaja mata, cahaya senja dari luar bernada rumah aku menyucuk segala wajah aku dari dahi sampailah ke dagu dan aku membuka mata perlahan-lahan.Aku memasang lagu band "mono - pure as snow" di mana kedamaian susunan muzik mereka bikin aku ketenangan. lalu bangun menuju ke arah beranda. Aku buka sliding door itu terus aku angin petang menerjah masuk ke rumah aku dan menerjah aku sekuat mungkin, ya itu bukan satu siksaan itu satu keindahan dan perlahan-lahan aku menikmati rasa indah itu aku terus ke beranda seraya itu dua ekor burung yang hinggap di beranda aku terus terbang di atas kehadiran aku. Aku melihat sekeliling permandangan aku, alam mempersembahkan aku sebuah pandangan yang berbeza dikiri aku ialah jalan raya yang tidak begitu seksa, dihada

Lyrics For Second River

Life is not a fairy tale Because we're all knows that There's not always life end with "Happily Ever After" Shut Up and Listen I just want you Don't run away too far from me I try to catch you up I'm not haunting you i know a don't need too but someday if you want this over i'm begging you please count me in honey i heart you Second River There is no one else  Who can take your place Please don't fuck it up