Dongeng Kampus


Sekian lama aku menatap skrin laptop, aku tenung lama sambil jari jemari aku sudah sedia melekat pada keyboard, bila-bila masa saja sedia untuk menghentak satu persatu huruf. Kerusi makin panas aku makin bosan menunggu idea menulis itu datang. Kalau aku perokok, bukan sebatang malah 5 kotak sudah habis untuk menyeru idea-idea itu datang. Aku pasang lagu, lagu melankolik kegemaran band Lifehouse menjadi pilihan, sedikit demi sedikit...aku mula tersenyum. Aku punya satu cerita pendek yang aku tidak pernah cerita dan aku rasa aku patut cerita

"Hasan, penyakit awak ni masih dalam pemeriksaan kami, kita tengah cuba kesan sama ada keadaan awak makin melarat atau tak, tapi jangan moral down just jalan awak punya life macam biasa, ingat pesan saya tu"

Hasan hanya mendiamkan diri dan sedikit kaget apabila mengetahui keadaan diri dia setelah mendengar penjelasan doktor, antara mahu tidak mahu dia harus terima, tak kan lah doktor tu nak psyco aku. Hasan terus keluar dari bilik pakar dan terus beratur untuk mengambil nombor giliran untuk mendapatkan ubat dan setelah selesai mendapatkan nombor dia duduk di belakang lalu mengeluarkan sebuah buku untuk dibaca. Keadaan Hasan ketika itu hanya tuhan saja tahu

makin melarat atau tak kata-kata itu masih terngiang-ngiang dalam hati Hasan.
       

                                                                            ****

Di satu sudut di tangga hotel Than Thruong, Ho Chi Min Vietnam, Hasan sedang memerhatikan setiap gambar di phonenya semasa ke Delta Mekong semalam, Hasan tersenyum melihat gambar candid telatah makcik-makcik yang dibawanya. Hasan bekerja di sebuah syarikat pelancongan dan dia telah diberi tanggungjawab untuk menjadi tour leader oleh itu Hasan punya kesempatan untuk melancong ke luar negara setiap bulan. Sedang asyik membelek gambar tiba-tiba satu titsan cecair merah menitik di skrin blackberry Hasan, Hasan memandang ke atas untuk mengenal pasti dari mana datangnya cecair itu, tiada apa yang dijumpanya tetapi sebaik saja Hasan menunduk semula tiba-tiba dia rasakan sesuatu yang hangat di lubang hidungya. Hasan dengan pantas menyentuh lubang hidungya dengan jari telunjuk dan di jari telunjuknya itu melekat cecair merah

"woi darah tu"

tiba-tiba ada yang menegur, Hadi salah seorang pelancong di bawa oleh Hasan rupanya Hadi telah terperasan darah di hidung Hasan semasa turun tanga depan hotel. Hasan dengan segera mengelap darah itu dengan sapu tangannya.

"tak de mende lah ni standard la sini kan panas sikit" kata Hasan cuba menenangkan Hadi dan juga dirinya, tapi Hasan tidak tahu darah yang mengalir di lubang hidungnya itu bakal memberi impak negatif terhadap diri Hasan.

****

Hasan tersedar dari lamunan setelah phone di tangannya berbunyi kesayangan whatssapp rupanya.

Kesayangan : u kat mana?

Hasan : i kat hospital  ni, why babe?

Kesayangan : haa.. u pergi hospital buat apa?

Hasan : i ambil ubat untuk mak

Kesayangan : ohh..i ingatkan u yang sakit 
                       sebab hari tu Siti cakap u pengsan dekat tempat kerja

Hasan : ish..itu i bukan pengsan i tertidur mati, penat sangat

Kesayangan : ye ke ni...?? hehe
                      whatever it is..u jaga la kesihatan
                      ni kerja je sampai abai diri sendiri

Hasan : ye la..i tau la, no worry k
eh..nombo i dah sampai. 
text u later yah!!              
              
Kesayangan : Gile u tak risau
                       pakwe kotttt...
                       orait than..bye take care



Hasan hanya senyum tawar dan dia bingung selepas apa yang terjadi, Hasan terus ke kaunter farmasi untuk mengambil ubatnya, 

"awak Azril?" tanya makwe yang serah ubat tu

"ye saya"

"sayang muda lagi, muka hensem, tapi..."

"ajal maut kat tangan tuhan kak, doa je la untuk saya"

"yela..akak doa kan ni ambik ubat ni, makan ikut arahan, jaga kesihatan ye..jangan moral down"

"ok, terima kasih"

Hasan berjalan ke parkir kenderaan dan dia bercadang untuk tidak memberi tahu sesiapa tentang penyakitnya hatta family dia tapi seseorang kena tahu...LEMAN. Setelah Hasan dan Leman membuat temu janji seperti pasangan kekasih di kedai mamak berhampiran stadium, Hasan terus ke sana dan beberapa minit kemudian Leman turut sampai, Leman terus tanya kepada Hasan tujuan mereka berjumpa sambil merungut terpaksa meredah jam di simpang empat hadapan stadium yang terkenal dengan kesesakan tanpa banyak bicara Hasan terus menyerahkan laporan doktor kepada Leman,Berkerut Leman membaca satu persatu tulisan doktor.

"woi ni apa dia tulis ha celaka?"

"engko ni Leman, dulu orang suruh jadi doktor nak jadi kutu kampung"

"sial..engko pun kutu nasib je abang wan nak ambik ko keje dulu, doktor cakap apa ni?"

"barah otak. Aku ada barah otak level 1"

Leman hampir menyemburkan air limau suam yang diminumnya bila mendengar apa yang dikatakan oleh Hasan, Hasan menceritakan segalanya pada Leman.

"so ko boleh mati la ni" tanya Leman

Hasan hanya mengangguk perlahan

"ko tak nak bagitau Namia?"

"tak kan" jawab Hasan ringkas

"suka hati engko la, yang penting jangan putus harapan, doa la dekat Allah minta pertolongan dia"

Muka Hasan hanya kelat dan tuhan sahaja yang tahu keadaan dia sekarang, hidup segan mati tak mahu. Selepas itu kehidupan seharian Hasan mula tidak terurus, Namia kesayangannya hanya dilayan mahu tidak mahu nampaknya kali ini Hasan benar-benar moral down terhadap dirinya. Hasan banyak mendiamkan diri dan pernah satu ketika Hasan rasa seperti mahu bunuh diri tetapi dia masih waras untuk tidak melakukan semua itu. Pada akhir tahun 2012 Hasan mengambil keputusan untuk berhenti kerja setelah dia mendapat gaji bulan itu. Pada satu ketika Hasan telah menerima pesanan whatsapp daripada Namia.


Kesayangan : I dont know what happen to us, but i already feel that kita dah tak macam dulu, i feel                         strange and i tak tau ini maybe perasaan i je ke or something else. u ok ke?\


Lama Hasan memikirkan apa yang hendak dikatakan kepada Namia, kali ini dia benar buntu..buntu apa langkah yang harus diambil, perlu atau tidak, DEMMIT! tapi satu keputusan perlu dibuat demi kebaikan Namia.

Hasan : Namia, i tau lately ni mmg i jarang contact u, text u
i ada beberapa perkara perlu difikirkan,
  i sayang u namia, u the one who really understood
me, but i need some space right now,
it doesnt meant i dont love u anymore
i just tak tau nak cakap mana
just give me a break,
love u Namia



Hasan berfikir panjang sebelum dia menekan butang send, agak lama juga dia fikir dan akhirnya dia mengambil keputusan untuk send text tersebut. Selepas beberapa minit tiada apa-apa text yang sampai, mungkin Namia terlalu sedih..Hasan lemah dan tak tahu mau fikirkan apa lagi dia terus tidur dalam keadaan sedih. Selepas itu, kehidupan Hasan banyak dihabiskan di rumah dan kadang-kadang ke hospital untuk membuat rawatan susulan, rambut Hasan mula gugur akibat kimo tapi dia tak kisah untuk berimej skinhead pada masa yang sama Hasan tidak berhenti berdoa pada Allah untuk perjuangan hidupnya. Setiap malam Hasan akan menerima text dari Namia yang masih sayangkan dia, tetapi Hasan tidak mahu memikirkan tentang Namia dan setiap kali Hasan melihat sms dari Namia, dia akan terasa sebak. Sampai satu saat Namia mula tidak menghantar sms kepada Hasan lagi mungkin itu tandanya yang Namia telah melupakan Hasan. Beberapa bulan kemudian Hasan telah mendapat satu berita gembira, doktor telah mengesahkan Hasan semakin pulih dan ketumbuhan yang ada di otaknya itu telah pun hilang, Kes Hasan ini merupakan satu keajaiban di hsopital itu dan ianya jarang berlaku, kuasa tuhan siapa yang tahu. 

Kini Hasan kembali ok, kehidupan semakin terurus, dia mula mendapat keyakinan semula, Namia? Hasan hampir melupakannya tapi pada satu hari...

Sial la, mana aku simpan sijil-sijil aku ni ha, esok nak gi interview ni..fuck ar

Hasan terus menggeledah almari biliknya dan tiba-tiba dia terjumpa sesuatu, sesuatu yang buat dia terkenang kembali memori lama, umpama ada satu kuasa yang membuatkan setiap kenangan bermain di kepala Hasan, dan benda itu adalah 2 buah buku hadiah daripada Namia untuk Hasan tahun lepas, Hasan membelek lama buku itu dan tiba-tiba perasaan sentimental menyelubungi Hasan, dia memeluk erat buku itu.

"Ya Allah, apa aku dah buat dekat Namia ni"








Comments

Popular posts from this blog

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih