Posts

Showing posts from July, 2013

Bukan Petualang

paku sayap sakti hilang duduk diam kaki silang kau bidadari bukan petualang janji aku tidak lekang

Aku dan Lipas

Aku tengah baca buku yang baru aku beli dekat kedai lejen press dekat danau itu hari, buku yang aku baca ni bertajuk KA+WAH daripada pipiyapong, salah sorang penulis yang aku respek dalam bidang penulisan, well ini bukan pasal aku nak review pasal buku ni..just nak bagitau time aku tengah baca buku ni, tiba-tiba ada sekor lipas lalu depan aku yang sedang meniarap depan laptop dan sebuah buku, lipas ini lalu dengan keadaan tersipu-sipu malu bagaikan Datuk K yang sedang melamar Siti Nurhaliza Taruddin..memandangkan aku ni tak takut pada lipas merayap dan perasaan kasih kan binatang yang dipegang oleh aku semasa menjadi pengakap time sekolah dulu aku tak bunuh lipas tu just halau lemah gemalai amboi cenggitu je, and lipas itu melarikan diri, benarlah kata orang lipas kudung laju lariannya. 15 minit kemudian ketika aku sedang membaca buku yang sama dan mendengar lagu Ballad For Layla tiba-tiba terbang seekor serangga yang bernama cockroach hinggap di screen laptop aku...dan ketika itu ak

manusia biasa

Kadang kita lupa.. kita hanya manusia biasa Tinggi mana kedudukan kita kita hanya manusia biasa aku baru berjinak dengan tempat kerja aku, tapi orang bawahan mengharapkan sesuatu yang power dari aku, kerana mereka sudah terbiasa dengan sikap orang atasan yang duduk dan perintah. Tapi aku bukan macam tu..aku tak suka perintah walaupun aku memerintah, cara aku aku bersama dengan semua..bukan duduk dan memerintah. Kalau kau mahu yang suka titah dan perintah cari yang lain, tapi bukan aku. "manager baru tak boleh harap" hanya kerana aku tidak titah dan perintah, gelaran itu keluar dari seorang sundal. "tapi aku kisah apa, bukan sundal itu yang bayar gaji aku"