Aku dan Lipas



Aku tengah baca buku yang baru aku beli dekat kedai lejen press dekat danau itu hari, buku yang aku baca ni bertajuk KA+WAH daripada pipiyapong, salah sorang penulis yang aku respek dalam bidang penulisan, well ini bukan pasal aku nak review pasal buku ni..just nak bagitau time aku tengah baca buku ni, tiba-tiba ada sekor lipas lalu depan aku yang sedang meniarap depan laptop dan sebuah buku, lipas ini lalu dengan keadaan tersipu-sipu malu bagaikan Datuk K yang sedang melamar Siti Nurhaliza Taruddin..memandangkan aku ni tak takut pada lipas merayap dan perasaan kasih kan binatang yang dipegang oleh aku semasa menjadi pengakap time sekolah dulu aku tak bunuh lipas tu just halau lemah gemalai amboi cenggitu je, and lipas itu melarikan diri, benarlah kata orang lipas kudung laju lariannya. 15 minit kemudian ketika aku sedang membaca buku yang sama dan mendengar lagu Ballad For Layla tiba-tiba terbang seekor serangga yang bernama cockroach hinggap di screen laptop aku...dan ketika itu aku adalah seekor gorilla gergasi yang asalnya adalah seorang superhero bernama Son Goku. Aku menjerit....lagi dan lagi.

Ye..aku benci lipas terbang...dan perasaan benci itu telah mendorong aku melakukan jenayah sopan.sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih