Posts

Showing posts from July, 2014

Pendosa

Shalom

Malam-malam Ramadhan macam ni, suatu ketika dulu aku pernah rajin baca doa khusus untuk Ramadhan ni tapi itu semua dahulu, masa aku mula-mula kenal apa itu Islam, tapi berbeza dengan sekarang aku rasa aku sedikit jauh dengan perbuatan ritual macam tu. Macam-macam alasan aku reka untuk diri sendiri dan juga untuk tuhan, semata-mata mahu meyakinkan tuhan yang aku ni masih tidak melupakannya.
Aku tenang, sangat tenang, Bila aku sedar aku banyak dosa pada tuhan. Sekurang-kurangnya aku sedar aku punya dosa daripada kau yang tak mengaku berbuat dosa. 
Ohh ya..jangan jadi hipokrit. Talam dua muka pun jangan. Tuham tak suka kau punya dua watak. Watak jahat dan watak bangang. please jangan.







Kisah Satu Perjalanan

Solawat serta Salam ke Atas Junjungan besar Rasulullah dan Ahlul Bayt.


Aku naik komuter dari KL Sentral ke Nilai hanya untuk berjumpa seorang rakan aku masa study dekat UUM dulu. Di sebabkan perjalan aku agak jauh, aku mengeluarkan sebuah buku nota kecil untuk di coret apa yang aku rasa waktu itu. Disumbat telinga dengan earphone sambil mendengar lagu Lifehouse berjudul Take Me Away sebuah lagu melankolik dari band ni yang buat siapa yang tengah down akan lagi down. Di dalam fikiran aku, aku memikirkan satu persatu gadis yang pernah hadir dalam hidup aku.

Bermula dengan Hakimah, boleh dikatakan teman tapi mesra aku yang masing-masing simpan perasaan tak nak bagitahu apa yang masing-masing rasa. End up rasa istimewa tu hilang macam tu je. Macam mana pun kami still contact walaupun jarang sekali and apa yang aku tau sekarang dia kerja dekat Shah Alam as a interior designer. Aku tak tau la dia dah ada teman hidup atau belum.

Izani, entah apa khabar dia sekarang. Last pasal dia yang aku …