Kisah Satu Perjalanan


Solawat serta Salam ke Atas Junjungan besar Rasulullah dan Ahlul Bayt.


Aku naik komuter dari KL Sentral ke Nilai hanya untuk berjumpa seorang rakan aku masa study dekat UUM dulu. Di sebabkan perjalan aku agak jauh, aku mengeluarkan sebuah buku nota kecil untuk di coret apa yang aku rasa waktu itu. Disumbat telinga dengan earphone sambil mendengar lagu Lifehouse berjudul Take Me Away sebuah lagu melankolik dari band ni yang buat siapa yang tengah down akan lagi down. Di dalam fikiran aku, aku memikirkan satu persatu gadis yang pernah hadir dalam hidup aku.

Bermula dengan Hakimah, boleh dikatakan teman tapi mesra aku yang masing-masing simpan perasaan tak nak bagitahu apa yang masing-masing rasa. End up rasa istimewa tu hilang macam tu je. Macam mana pun kami still contact walaupun jarang sekali and apa yang aku tau sekarang dia kerja dekat Shah Alam as a interior designer. Aku tak tau la dia dah ada teman hidup atau belum.

Izani, entah apa khabar dia sekarang. Last pasal dia yang aku tau dia jadi nurse sekarang ni. Dia ni Gadis cinta monyet aku masa sekolah dulu, and one of the hottest girl dekat quarters rumah dia and waktu sekolah dulu and guess what aku break dengar dia dulu sebab dia pakai tudung and sometime free hair well aku time tu bajet-bajet alim. Tapi aku rasa cara aku nak dapat kan dia dulu agak romatik, biarlah aku sorang je tahu.

Lydiawati, junior sekolah aku yang admire dengan aku and dia ni agak berani sebab dia sendiri confess dekat aku. Tapi sayang waktu dia confess dekat aku tu dia tengah couple dengan Naim Akademi Fantasia which is member baik aku. Aku fikir time tu, tak kan aku nak couple dengan makwe member sendiri. So aku terus terang dekat dia yang aku tak boleh ada relation dengan dia sebab naim, baik kan aku. Last aku jumpa dia time aku jadi manger McDonald dekat McD Ulu Kelang and masa tu aku tengah serve bahagian Drive Thru and dunia ni kecik orang yang aku serve tu Lydia, and aku masih kenal dia, and dia still kena aku. We just say Hi and...disappear. Good.

Waktu aku dekat UUM, time ni agak loser sebab aku tak couple dengan sapa-sapa pun even crush pun takde until aku sem 5. Come Aeefi Al-Ghazali dalam hidup aku. Boleh kata my first love, the real one. Kasar but manja..hmm, i dont how to say but macam tu lah. No jodoh dengan dia but were still friend till today and now dia dah kahwin dengan pilihan dia sendiri from KL. Aku pergi kenduri kahwin dia aku jumpa dia and i said in front of her husband that time "congrats scandal"

Before i finish my study aku tersangkut dengan sorang makwe ni, nama dia Aja, nice girl pada mulanya, i repeat..pada mulanya. Dengan aku dia tak banyak berahsia sampai dia cerita macam-macam dekat aku. One day aku kena dumb dengan dia, dia flirt tanpa pengetahuan aku (of course la kan) dia pergi dekat boyfriend lama dia. Aku down teruk waktu tu, because dengan dia aku serius. i plan my future dengan dia end up dia buat aku jadi bangang. Apa yang aku tau, sekarang ni dia tengah praktikal in middle of no where.

Than Hazwani, seorang gadis kecil molek yang punya background Degree in Law. Aku tak tau nak cakap apa sangat pasal dia ni. Ayah dia merupakan seorang wakil rakyat di Sungai Dua, Pulau Pinang yang mewakil parti dacing atau parti cap keris merah putih. Kami couple tak lama sebab jarak aku kat KL dia dekat Kedah. Maybe one of the reason, and sekarang rasanya dia dah ada BF baru, cuma aku nak cakap dia ni gadis-gadis yang punya watak typical islamik, the jannah all thing, tau-tau la kan.

Lastly Ummi Aiman seorang makwe tinggi lampai, look like macam arabic sikit. Dia junior aku masa sekolah duul. She's love literature so much, aku introduce pasal scene puisi and guess what sampai skrang dia aktif dengan scene tu and she's write better than me. I do love her and wanna have a serious relationship, Dia gadis yang baik, manja and macam budak-budak sikit. For this time aku break dengan dia for a several reason yang aku tak boleh bagitau. I know until now dia marah dekat aku even dia cakap dekat aku yang dia tak marah dekat aku. Sampai sekarang aku tak tau dia ada boyfie ke tak.

Macam mana pun aku punya seorang gadis yang aku sayang, sekarang dia cuma hidup dalam kenangan aku. Dia dah mengadap ilahi beberapa tahun yang lepas. Shahrileen Sharul Anuar. Dalam diam nama dia pernah terpahat dekat hati aku. And selamanya dia hidup disitu. Aku hanya pendamkan saja apa yang aku rasa.

Lagu Yuna- Tourist mula menyapa telinga aku, just perfect time sebab aku suka lagu ni. Diam tak diam komuter ni dah sampai stesen Nilai. Aku keluar and tiba-tiba aku nampak seorang gadis hipster rambut pendek sedikit merah paras bahu, berkaca mata binkai tebal Rayban Wayfarer, baju kemeja lengan panjang and agak besar untuk dia, skinny jeans warna biru denim sedikit singkat and a beach sandal. Lama aku wusha dia tengah call somebody boyfriend maybe. Aku sedikit tersenyum dan ini bukan senyuman biasa.

Lepas tu terus dia jalan macam tu je..dalam hati aku macam damn! nak kejar ke tak nak ni tapi kalau aku kejar dia aku nak buat apa. Aku buat keputusan untuk follow dia pelan-pelan dari belakang but orang ramai and sesak buat aku hilang pandangan dari dia. Aku terus lajak ke depan sikit and aku dah tak jumpa dia dah, she's gone and maybe aku tak kan jumpa dia dah.

"Dude, apsal follow i nih?"

aku terkejut and aku pusing belakang, damn budak perempuan tadi.

"aarrr...mana ada" aku cakap dalam slang utara.

"jangan tipu la dude, ingat i tak nampak dari atas lagi"

"ok, memang saya follow awak daqi tadi"

"tak banyak..i nak dua reason je, sebab apa?"

good, dia mintak dua je sebab memang aku ada dua sebab je kalau dia mintak tiga, yang ke tiga tu aku terpaksa bohong

"hmm, first saya suka style awak and second awak macam Shahrileen"

"Shahrileen, siapa tu, kejap"

dia tarik aku pegi depan seven eleven

"ok now, siapa Shahrileen"

"My crush skrang dia dekat" aku menunjukkan jari ke langit so aku harap dia faham.

"ohhh, so this is what we call kebetulan ke macam mana?" Gadis itu bertanya sambil dia membelek-belek phone

"saya tak tau la, ye la kot"

"nak rokok?" tanya gadis itu

"tak merokok"

"good, saja nak test u"

dalam satu minit aku dan dia senyap seketika sambil memerhati apa-apa saja pemandangan depan kami.

"u suka Paramore ke?"

"Mana awak tau?"

"Button dekat beg tu, same as mine" dia menunjukkan button Paramore pada sling bag dia memang sama macam aku punya.

"come" dia ajak aku follow dia entah pergi ke mana

sepanjang aku follow dia banyak benda dia cerita kat aku semuanya pasal buku which is antara benda yang aku minat. Ada buku-buku yang dia sebut aku kenal dan pernah baca berulang kali antaranya Awek Chuck Taylor, Enam Darjah, Bedah Tuntas Fitrah and buku Langit Vanilla by Wani Ardy, makwe puisi jugak dia ni.

"u minat baca buku ke?"

aku tak cakap banyak terus aku bukak beg aku show her dua buah buku yang aku tengah baca. Dia tersenyum melihat buku-buku yang aku tunjuk tu seolah baru jumpa benda yang dah lama hilang, and tekaan aku hampir tepat memang dia sedang mencari tapi bukan benda yang hilang tapi benda yang dia nak tapi tak jumpa.

"i suka buku ni, dah lama i cari..mana u jumpa"

"somewhere around Jalan Masjid India, and kalau awak nak saya boleh bagi pinjam tapi lepas saya baca habis buku ni, ok"

"ok, janji k"

aku hanya mengangguk. Suddenly ada sebuah kereta viva hitam berhenti depan kami,seorang makwe bertudung bawal putih rupanya dia kawan kepada gadis hipster tu. Mereka berpelukan seolah-olah dah lama tak jumpa.

"sorry, whats ur name" tanya gadis hipster tu

"just call me Hussain"

"nice name Hussain, i need to go now"

time aku rasa macam maybe this is the last time yang aku akan jumpa and sembang dengan dia, frust jugak la tapi macam mana pun aku kena beranikan diri jugak

"Agak-agak bila kita boleh jumpa lagi?"

Makwe hispter tu yang baru nak masuk ke dalam kereta berhenti dan patah balik ke arah aku dan mengeluarkan sebatang pen dari beg dia

"give me your hand"

aku menghulurkan tangan aku, kemudian dia menulis sesuatu dekat tangan aku "@luna_lunnaby"

"ini tweet handle i, u boleh ngorat i dekat situ" aku hanya ketawa

"i meant it Hussain" dia pandang aku, lalu serta merta aku berhenti ketawa.

kemudian terus dia pergi than aku jerit "wait, nama awak apa!!?"

"Sharileen!!" dia membalas jeritan aku

Aku diam terkesima dan hampir terduduk, permainan apa pulak ni yang tuhan atur untuk aku.

What defffff....



*inspired by teh tarik gelas besar by Nami





2 comments:

silverhythm said...

serious bro?? ak saja search shahrileen sbb tringat dia.. ttbe tbaca benda ni

Pujangga Bercerita said...

hahaha, kebetulan ke?