Posts

Showing posts from October, 2013

Musim Gugur Tiada Beza

Aku jatuh, Melutut di atas daun kekuningan Bila aku genggam, daun itu berkecai Layu, rapuh dan lemah di musim gugur Apa begini hati aku? Atau kau juga begitu? Kita di dunia, Kuning hijau merah Berubah mengikut revolusi Bukan saja alam punya perubahan Manusia juga mahu bertukar Kita rasa kita puas Lalu mereka menindas Kita yang tertewas Sendiri melepas Langit pun cemas Musim gugur tiba lagi Mereka masih tiada beza Kita berubah Mereka rebah Ayuh!!