Musim Gugur Tiada Beza



Aku jatuh,
Melutut di atas daun kekuningan
Bila aku genggam, daun itu berkecai
Layu, rapuh dan lemah di musim gugur
Apa begini hati aku?
Atau kau juga begitu?

Kita di dunia,
Kuning hijau merah
Berubah mengikut revolusi
Bukan saja alam punya perubahan
Manusia juga mahu bertukar

Kita rasa kita puas
Lalu mereka menindas
Kita yang tertewas
Sendiri melepas
Langit pun cemas

Musim gugur tiba lagi
Mereka masih tiada beza
Kita berubah
Mereka rebah
Ayuh!!








Comments

Popular posts from this blog

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih