Posts

Showing posts from February, 2019

Kemahuan Hidup

Kita manusia mesti ada kemahuan hidup, ada yang ingin berjaya, ada yang ingin bersederhana, ada yang ingin kaya raya. Semua ini satu bentuk positive vibe yang bila mana boleh bikin hati manusia itu sentiasa tenang dan ceria walau apa pun yang berlaku dan postive vibe ini yang akan membawa kepada kemahuan hidup yang diangankan. Jarang sekali kemahuan hidup seseorang itu adalah untuk gagal dan terus gagal. Macam aku, aku pernah lalui kegagalan yang sangat dasyat, waktu itu aku tidak memiliki apa-apa sebarang bentuk materi. Aku tetap positif biar waktu itu agak sukar untuk aku lalui, aku tetap tenang sabar dan ceria. Kadang-kadang perasaan down tu tetap ada, ye lah kita ni manusia biasa tapi paling penting adalah macam mana kita nak kawal semua tu. Orang lain tak kan boleh kawal diri kita, hanya diri sendiri.

Surat

Sebagai manusia, kita akur pada segala kawalan tuhan. Yang buruk, yang baik semua itu bermain di hadapan kita. Buruk untuk kita tak semestinya buruk untuk orang lain dan baik untuk kita tak semestinya baik untuk orang lain Itu lah salah satu corak kehidupan. Ketika Adam dan Hawa diciptakan muncul sebuah corak kehidupan manusia. Kita manusia alaf baru, sering terperangkap dengan diri sendiri. Kadang kita keliru corak manakah mahu kita corakkan pada persembahan hidup. Kita berpegang pada sesuatu utopia sehingga kita lupa pada realiti. Ada manusia yang boleh berpegang pada utopianya ada manusia tidak mampu berpegang dan terperangkap, akhirnya menjadi bingung. Ada diantara kita akhirnya kembali pada agama samawi dan itu sebaik jalan. Agama yang haq menjadi ikutan ratusan tahun. Akhirnya kita akur semula pada kawalan tuhan dan kita redha. Syu, awak punya bermacam watak, bukan misterius kadang hampir senang dibaca. Awak orangnya ringan dan mudah, dengan kerana itu supaya fikir mahu berka

2019

Ingin sekali aku mengenali dia