Kelana

Akan aku sebatikan segala rasa dengan alam.
Untuk sekalian kalinya bibir kering merintangi kesejukan kota.
Aku bingung antara benua yang indah dan kampung halaman
Seringkali merobek robek hati yang sunyi bersama usia.
Itu sahaja dan aku mau pergi.

Untuk yang terlepas jiwa


Aku tahu, aku sedar akan perubahan jiwanya. Tak mengapa, ini hukuman untuk aku kerana aku jahat pada manusia. Lalu untuk siapa lagi ku mahu serahkan jiwa ini. Bonda bantu aku.

Zeera
5/8/16

Untuk jiwa dalam pelukan


Ketika kita meninggal dunia, percayalah yang kita sudah berhenti berfikir soal dunia.

Jasad masih di dunia tetapi tidak jiwa. Dunia yang dimaksudkan ialah apa sahaja yang keluar dari mulut kita hasil dari fikiran kita.

Lalu ada bijaksana agamawan mengatakan orang beriman ketika bersolat sebenarnya ia telah meninggal dunia. Ia melepaskan dunia dan memilih tuhan.

Kalau aku meninggal dunia hari ini, percayalah bahawa aku mahu peluk tuhan.

Untuk Kali ini sahaja

Perlahan angin sore Jakarta pergi
Berpindah ke sebuah atma baharu
Mencari cinta
Kapan saat akhir kita berbicara?
Sehingga tiada lagi resah rindu
Dan aku mahu hidup seratus tahun lagi bersama kamu.


Zeera
8/5/16

Tidak Ada Aloq Staq Hari Ini


Apa kabar ari ini?
Lihat tanda tanya itu,
Jurang antara kebodohan dan keinginanku untuk memilikimu sekali lagi!

Love You Zeera