Posts

Showing posts from 2015

Muharram

Muharram datang lagi, kali ini persis seperti sebelumnya, seluruh alam berduka atas tragedi yang telah menimpa cucu Rasulullah SAW yakni  Saidina Hussain AS. Tragedi pengorbanan yang paling besar dalam sejarah umat Islam manakan tidak seorang yang bergelar pemuda pemuka syurga ini telah disembelih di padang pasir karbala oleh mereka yang tamak dan rakus terhadap kekayaan dunia. Setiap kali Muharram tiba, hujan pun turut tiba dengan keadaan yang amat suram seolah olah bumi juga turut berduka atas pemergian cucu kepada pembawa rahmat sekelian alam saiyidul Mustafa. Ada yang mrngatakan kisah ini hanya milik syiah sahaja, bukan...al hussain milik semua umat yang cintakan keadilan. Bahkan pemimpin revolusi, pemimpin aktivis yang melawan kezaliman banyak mengenali Al-Hussain dan menjadikan imam sebagai salah satu pemangkin semangat kepada mereka untuk berjuang. Maka sahutlah panggilan Al Hussain.

Bukan Salah Anarki

Bukan Salah Anarki Sedar kah kita laungan melawan kerajaan semakin hari semakin kuat dan ia berlaku tiap-tiap hari, mungkin ada yang tidak perasan kerana ia tidak berlaku di jalanan seperti yang sering kita lihat dari tahun reformasi 1998 sampailah yang terbaru Perhimpunan Bantah GST tetapi laungan melawan kerajaan ataupun pemerintah ini berlaku di media sosial seperti di Facebook sudah tentu yang paling famous dan di Twitter tak kurang juga hebatnya. Sebab itu bagi aku, laungan melawan kerajaan secara besar besaran berlaku setiap masa kerana rakyat merasakan apa yang kerajaan laksanakan ini tidak betul dan melanggar kemahuan rakyat lagi-lagi sejak GST diperkenalkan dan juga kejatuhan ekonomi negara yang merisaukan. Lalu mereka yang mengambil peduli tentang negara dan mahukan negara ini ke arah yang lebih baik akan keluar ke jalanan dan meluahkan perasaan di media sosial. Mereka ini digelar masyarakat sivil. Sudah tentu akan ada yang mengatakan semua yang terlibat dalam perh

Mabuk

Tiba satu saat nanti, kita akan bina satu waktu ketika itu genggaman penuh ini aku tak lepas aku mahu kita terperangkap dalam waktu yang kita bina gembira sedih pahit manis menyumpah dan disumpah kita masih terperangkap aku pasti tuhan akan sebarkan cintanya dalam perangkap waktu ini Zeera 26/3/15

Update sikit

Assalamualaikum Ya tuhan, berhabuknya blog aku ni dah lama tak update rasanya. Semenjak kerja ni bukan tak de masa tapi malas but after this maybe aku akan rajin kan balik update. No Worries