Muharram



Muharram datang lagi, kali ini persis seperti sebelumnya, seluruh alam berduka atas tragedi yang telah menimpa cucu Rasulullah SAW yakni  Saidina Hussain AS. Tragedi pengorbanan yang paling besar dalam sejarah umat Islam manakan tidak seorang yang bergelar pemuda pemuka syurga ini telah disembelih di padang pasir karbala oleh mereka yang tamak dan rakus terhadap kekayaan dunia.

Setiap kali Muharram tiba, hujan pun turut tiba dengan keadaan yang amat suram seolah olah bumi juga turut berduka atas pemergian cucu kepada pembawa rahmat sekelian alam saiyidul Mustafa. Ada yang mrngatakan kisah ini hanya milik syiah sahaja, bukan...al hussain milik semua umat yang cintakan keadilan. Bahkan pemimpin revolusi, pemimpin aktivis yang melawan kezaliman banyak mengenali Al-Hussain dan menjadikan imam sebagai salah satu pemangkin semangat kepada mereka untuk berjuang.

Maka sahutlah panggilan Al Hussain.


Comments

Popular posts from this blog

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih