this is the month..this is the day.

Allah Humma Solli Ala Muhammad Wa Aali Muhammad

Salam Ke atas mu duhai Aba Abdillah
Salam Ke atas para syahid di nainawar
Salam Ke atas kesucian mu Ya Zahra
Salam Ke atas duka padang Nainawar

10 Muharram pun menjelma
mengalir sebuah air mata
sebak hati kian terasa
bacaan maqtal pembuka jiwa

duhai pemuda pemuka syurga
aku tunggu kedatangan mu pada hari ini
aku tunggu sekalian keluarga mu pada hari ini
untuk bersama mereka dalam sebuah musibah

Para syahid yang dizalimi
terima lah air mata aku
kirimkan pada saiyidul wujud
agar baginda tahu, aku cintakan mereka

cinta, cinta, cinta
Merekah lah lambang percintaan ini
tapi pecintaan mereka dikhianati
dibunuh dicincang sang pendurjana hakiki (laknatullahi alaik)

Ya Mazlum, Ya Mazlum, Ya Mazlum
ku persembahkan jiwa ini
untuk hari ini
semoga ku peroleh syafaat dari Mu.

Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wabarakatuh


Air Mata Cinta

Assalamualalaikum

tiba-tiba aku terfikir tentang airmata, ya air yang terhasil dari mata tak kira apa sebab sekalipun, sakit, marah, geram,happy, and of course benda paling typical...sedih.

cuma aku terfikir sejenak, benda ni aku selalu dengar bila ada kematian, than dah mandi jenazah apa semua, selepas jenazah dikafankan its time for nak kucup jenazah..and pasti aku akan dengar "jaga air mata, jangan sampai jatuh dekat jenazah" .

this...what is that? kenapa air mata tak boleh jatuh dekat jenazah, kalau jatuh apa kesan ke atas jenazah,?jenazah kena mandi balik semula? mayat tu hidup balik..kenapa dan kenapa?

air mata itu bukan najis, bukan sesuatu yang haram, bukan sesuatu yang membuatkan kita perlu mandi wajib jika air mata mengalir keluar dari mata, bukan perlu disamak muka kita jika air mata mengalir.

bagi aku air mata ialah lambang kesaksian sebuah perasaan, ianya tidak perlu ditahan daripada mengalir keluar. dan tidak perlulah kecoh jika air mata itu jatuh ke atas jenazah..itu lambang keinsafan, kasih sayang dan cinta. jadi menangislah.

p/s : tak nak tulis panjang-panjang.