Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!


Pengalaman di Moscow setahun lepas, hampir saja aku lupa kenangan itu, tapi hari ini aku teringat kembali saat berada disana. ingin aku kongsi sebuah ceritera indah sewaktu disana dalam bentuk penceritaan

indah..itu saja aku dapat ungkapkan pabila melewati sebuah kotak dinding besar berisi barangan berharga. Aku khayal dengan keindahan ciptaan manusia ni. Asyik aku dilamun sebuah khayalan, tiba-tiba datang seorang gadis, perlahan-perlahan menghampiri dinding besar itu, di atas kepalanya dipenuhi salji putih yang turun sejak malam tadi umpama gerakan perlahan sayu sebuah air beku yang halus. Aku memerhatikan sahaja gelagat gadis itu, hidungnya mancung, rambutnya hitam paras bahu, matanya biru laut asli, berseluar jeans biru lusuh ketat, berkasut boot merah tinggi dan sweater tebal hitam berbulu, lama aku memerhatikan dia dengan tidak semena-mena dia memandang aku, aku sedikit kaget, reaksi spontan aku lalu muncul dengan tiba-tiba, aku memberi isyarat dengan mengisyaratkan tangan aku ke arah kepala bertujuan hendak pula beritahu di atas kepalanya penuh dengan salji. Gadis itu terus memegang kepalanya dan membuat mimik muka sedikit, dia mengusap-ngusap rambutnya untuk membuang salji-salji yang melekat di rambutnya. Setelah selesai, dia pun memberi senyuman kepada aku tanda berterima kasih aku pun membalas senyuman itu sambil mengangguk kepala. kemudian gadis itu pun beredar, dan aku pula...kembali memerhatikan dinding besar dihadapan aku.

Selang beberapa minit kawan aku tiba, sebenarnya aku menunggu kawan aku yang pergi membeli sesuati untuk dimakan malam  ini. kerana kesejukan ketika itu seumpama sakaratul maut aku mengajak kawan aku ke restoran berdekatan untuk menyirup coklat panas yang ditabur sedikit cengkih di atasnya. Aku masuk ke restoran yang sering aku singgah untuk memanskan badan, kelihatan pelanggan tidak lah begitu ramai waktu ini, aku mgambil tempat bersama kawan aku berampiran dinding kaca yang sedikit berwap, jadi pemandangan diluar tidak begitu jelas.Aku berborak besar dengan teman aku, menceritakan hal masing, beberapa orang di dalam kedai itu menyaksikan gelagat kami dengan penuh kehairanan mungkin..samada pelik dengan bahasa kami, meluat dengan bahsa kami atau tertarik denga ketampanan kami. Lalu aku dan teman aku terus memperlahankan suara kami. Sedang aku memerhatikan sekeliling restoran tiba-tiba aku ternampak gadis yang aku jumpa sebentar tadi. Yang membuatkan aku gemuruh, dia juga memerhatikan aku ketika itu,pandangannya tajam sepertia agen CIA, ya...itu yang bermain difikiran aku ketika itu, perempuan ini adalah agen CIA yang mahu menangkap aku untuk di soal siasat mengenai apa-apa sahaja, kerana semasa di Malaysia, aku banyak berkawan dengan saudara dari timur tengah lebih-lebih lagi mereka yang berasal dari Iraq. Aku berpura-pura tidak nampak gadis itu, dengan memandang kembali kawan aku yang berada dihadapan aku. dalam masa yang sama aku juga menjeling ke arah meja dimana gadis itu duduk, ternyata dia masih disitu. Aku menjadi malas untuk mengambil tahu akan gadis itu, aku terus bersembang dengan kawan aku. Kedengaran bunyi tapak kasut menghampiri kami, damn..she's coming here? ..

bisa saya duduk disini? aku lantas menjadi kaget dan terus memandang sekujur badan disebelah aku, gadis itu  lagi. Berbahasa melayu pula, biar betul. Aku membenarkan dia duduk di kerusi kosong di sebelah aku. mana kan tidak dia seorang gadis ikutkan hati tidak mahu aku benarkan dia duduk disisi aku tapi apakan daya..benarkan sahaja itu kan akhlak yang baik. Gadis itu menceritakan segala-galanya dan dia seorang peminat bahasa melayu, sebab itu gadis itu datang kepada kami kerana dia terdengar kami berborak dalam bahasa melayu. nama panggilan gadis itu Kate seorang gadis Rusia, tinggal berhampiran rumah rehat kami di Moscow ini, cantik orang nya masakan tidak aku termenung seketika memandangnya di saat pertama kali melihat gadis ini di dinding kaca. Dia memberi alamat rumahnya serta nombor telefon bimbit nya, aku pada mulanya seperti mahu tidak mahu untuk bersahabat dengan gadis ini.

Dua hari selepas pertemuan dengan Kate, sekali lagi aku tersempak bersama gadis itu di tempat yang sama, kali ini dia bernai menghampiri aku dan gadis itu bertanya mengapa aku sering ke sini, kerana gadis itu tidak melihat apa-apa yang istimewa disini. Aku hanya senyum, dan aku mengajak gadis itu masuk ke dalam kedai tersebut lalu aku tunjukkan sebab mengapa aku sering ke sini. Lama dia memerhati dan tiba-tiba dia mengeluarkan kain di beg dalam jaket tebalnya dan mengelapkan sesuatu di muka nya. Damn..dia menangis. Aku membiarkan perasaan gadis itu. tidak mahu aku ambil tahu.

Di kedai ini mempamerkan segala surat atau puisi cinta tidak kira dari siapa, orang muda, orang tua, lesbian mahupun gay. Dan yang paling aku suka ialah sebuah surat cinta dari seorang lelaki kepada teman wanitanya oh yaa...mereka sudah bertunang. Sayangnya lelaki itu telah meninggal dunia dan surat itu ialah surat terakhir lelaki tersebut. Dan surat inilah yang membuatkan gadis itu menangis, dan juga kesal kerana baru mendapat tahu akan adanya perkara-perkara indah yang tersimpan di dalam kedai ini. Mahu saja aku membeli surat itu untuk disimpan tetapi sayangnya surat-surat di dalam kedai ini bukan untuk dijual. Sejak peristiwa itu, gadis itu sering ke tempat tinggal kami dan berjumpa dengan aku, oh jangan salah faham tiada apa yang berlaku. lagipun rumah rehat kami ramai orang, bukan dengan aku sahaja malah dia ramah dengan semua orang di dalam tumah rehat kami dan kadang-kadang dia membawa makanan untuk kami. Aku dan dia menjadi semakin rapat, ohh sekali lagi jangan salah faham aku tidak berkasih sayang dengan dia meskipun dia seorang elegant dan sedikit seksi..hehe. Rapat yang dimaksudkan gadis itu lebih banyak meluangkan masa dengan aku berbanding teman-teman lain. Pernah satu hari aku, teman aku dan gadis itu keluar bersiar-siar di taman rekreasi pada waktu pagi..kesejukan dia tuhan je tahu. dan hari itu adaalah sehari sebelum aku berangkat pulang ke Malaysia. Semasa aku duduk di sebuah kerusi bersama dia ketika teman aku ke tandas berhampiran. gadis itu menarik tangan aku yang sedia tersinting terus dia menulis sesuatu dalam bahasa soviet di atas tangan aku pelik tengok kelakuan gadis itu, tapi aku biar kan saja. katanya jangan sesekali aku padam tulisan itu, biar ia terpadam dengan sendiri. aku hanya mengiakan saja kehendak dia. walaupun aku tidak faham apa yang di tulis tapi nampak menarik kerana ada sedikit bunga dihujung tulisan bercorak bunga hawaii. kreatif juga gadis itu. Krismas di Soviet begitu indah, ditemani pelbagai lampu yang cantik, lagu-lagu koir dari gereja katolik mahupun protestant berkumandang di merata-rata. masih aku ingat aku dan Kate membuang masa di sebuah dataran dibandaraya Moscow melihat persembahan malam krismas. menarik, aku terpukau melihat persembahan mereka ditambah pula salji yang turun dengan perlahan-lahan menutupi setiap ruang yang ada di bandar ini, Gadis itu pula tidak henti menerangkan setiap budaya baru yang ada di depan aku da aku asyik melihat mulutnya yang mengeluarkan wap seperti asap rokok. ohh..itu biasa berlaku di sana. Sepanjang malam itu dia memimpin erat tangan aku, aku berasa sangat kekok kerana aku tidak biasa dengan kelakuan seperti itu. Dan di satu kawasan kelihatan berderet orang ramai yang sedang menjual bunga, aku berhenti di sebuah kiosk yag menjual bunga, yang berdekatan lampu jalan aku membeli beberapa kuntum bunga tulips berwarna pink dan aku beri kepada gadis itu, aku tidak fikir apa-apa langsung ketika itu, cuma apa yang aku tahu perempuan sukakan bunga jadi aku pun belikan bunga kepada gadis itu. dan ternyata gadis itu begitu sukakan hadiah pemberian aku.

Tanggal 27 disember 2011, tarikh aku pulang ke Malaysia. Salji masih lebat di Moscow tetapi tidak lah setahap ribut salji. keindahannya bandar Moscow masih boleh dilihat dari kaca balai berlepas lapangan terbang antarabangsa. Gadis itu ada bersama kami, aku sempat mengambil beberapa gambar gadis itu, hari itu dia hanya memakai kemeja dan sweater tebal bercorak belang-belang merah putih berseluar hitam dan gadis itu setia menunggu dan apabila tiba waktu kami untuk berlepas dia ke arah kami dan mengatakan gembira selama berkenalan dengan kami, kami bersalaman dan bergerak ke arah pintu perlepasan, beberapa langkah kemudian teman aku memberi tahu kepada aku supaya aku perlu berjumpa dengan gadis itu 'privacy' pada mulanya aku tak mahu, entah kenaa tetapi aku rasa serba salah pula apabila teman aku memberitahu tentang tulisan di tangan aku, membuatkan aku rasa gemuruh. Terus aku pandang ke belakang dan aku dapati gadis itu masih berada di situ, mukanya nampak sedih. Aku berhenti dan berlari-lari anak ke arah gadis itu, gadis itu pula mula mengalirkan air mata bila melihat aku ke arahnya dalam keadaan tergesa-gesa. Kini aku betul-betul berada di hadapan gadis itu. aku megenggam erat tangannya.

"saya tahu, tapi saya tak bisa dan saya pasti kamu juga pasti belum bersedia untuk sesuatu yang baru"

gadis itu, mengangguk samada berpura-pura faham atau sebaliknya. Aku mengesatkan air matanya dan mengusap-ngusap rambutnya yang panjang itu tanda memujuk. dia akhirnya tersenyum. katanya dia akan terus menghubungi aku di facebook dan aku tiada masalah untuk itu. selepas membuat satu pandangan mata (eye contact) dengan gadis itu aku pun mengucapkan selamat tinggal kepadanya dan berlari semula, syukur teman aku masih menunggu aku. Teman aku hanya ketawa melihat gelagat aku.hehehe. pada jam 0900 am kapal terbang pun berlepas meninggalkan bumi Russia.

Selamat tinggal Russia, selamat tinggal Gadis Itu. Jumpa lagi. YA skuchayu po tebe.


=)

Comments

Popular posts from this blog

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih

berlagak padahal lembik