Tentang Sesuatu : Hati Berubah

"relax la jimi..."
"ah..kau cakap senang la"
"aku dah 23 memang la senang nak cakap"
"kau babi kan.."
"ala...relax la, dah tak boleh gurau dah pun"

Jimi bangun mengadap langit, tenung lama ke atas seakan-akan mahu terbang dan merampas kebahagiaan si unggas. Ali terus memandang Jimi.

"sebelum nak pergi sana, aku nak survey dulu tempat tu" kata Ali sambil membelek-belek telefon bimbitnya.
"kau pasti? tak membazir ke? internet kan ada" kata Jimi

"dunia maya dengan realiti berbeza, kau jangan poyo sangat"
Jimi hanya ketawa kecil.

"kau pasti kau nak pergi iran? bukan bahaya ke pergi situ" taya jimi sekali lagi
Ali terus senyum, dia berlari ke arah kawasan terbuka di tempat mereka melepak jika ada masalah
"TAK KENAL MAKA TAK CINTA" jerit Ali dari jauh.
Jimi terus bisik seorang diri  "poyo, macam la tak boleh cakap pelan-pelan"


* 2 hari kemudian

lagu Pagi Yang Gelap memecah kesunyian pagi rumah Ali, Ali yang baru sahaja keluar dari bilik air terus mendapatkan telefon bimbitnya. Mesej dari Jimmy.

" Aku dah cakap kat mak bapak aku, aku follow kau pergi Iran"

ahh..dia ni, pelik. tiba-tiba nak ikut aku..hari tu beria nak pegi New York.

******

Jimmy menyarung kasut Macbeth yang dibeli dua tahun lepas. lusuh tapi masih ada kelas tersendiri.
Beberapa minit kemudian abang postman yang kacak sedikit daripada abang Jimmy berhenti di hadapan rumah Jimmy.

"Bro..ni kau dapat surat saman dari Suruhan Jaya Hak Asasi Manusia" jerit brother postman tu
"sial...apasal pulak, aku mana pernah cari pasal dengan sapa-sapa pun. hutang tokey pub aku dah bayar"

Jimmy kehairanan dan terus dia bergerak pantas ke arah brother postman. Jimmy sedikit cuak dan bengang melihat sampul kuning dihadapannya terus dia rampas dari postman dan membaca perlahan-perlahan tulisan yang menentukan hidup dan mati Jimmy.

"hahahahah...pundek ar kau bro, ini surat feedback aku la, ni baca ni..KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA " jimmy menunjuk kepada brother postman envelope surat tu depan-depan muka brother postman tu.

"aku tau la jimmy..saja je nyakat ko, hah...apa-apa pun tahniah la even aku tak tau apa benda dalam sampul tu, tapi nampak macam best"

Jimmy hanya tersenyum sambil melihat brother postman tu memecut laju dihadapannya. Jimmy kembali ke hadapan pintu rumahnya lalu dia duduk atas lantai jubin biru laut pilihan ibu nya. Berkerut dahi Ali membaca bait-bait perkataan yang tertulis di dalam surat itu.

*****

"kau pasti ke nak ikut aku ni?" tanya Ali
"yup, aku nak tengok negara timur tengah pulak"
"ahh..hari tu beria nak pergi New York la ,apa lancau la"
"biasa la Ali, typical Malay thinking, nak sangat tengok Amerika walaupun tahu Amerika tu negara bullshit"

Ali hanya ketawa mendengar statement Jimmy.

"aku tak kisah bro, kau nak ikut, ikut je la. atleast ada gak membe. ni pun first time aku nak pergi Iran, aku nak pergi survey dulu Universiti tu" kata Ali sambil membelek-belek tin 100 plus yang dibelinya tadi.

"eh, bukan ko pernah pergi Iran banyak kali ke? tanya Jimmy lagi.
"tak de lah, itu parents aku yang selalu pergi, arwah bonda aku suka pergi sana, katanya tenang kat situ"
Ali menundukkan kepalanya sambil mengingati semula memori 'semalam'

Jimmy bangun menghadap Ali

"chill kita kan punk rock..mana boleh sedih lama-lama, dah la...aku nak pergi renew pasport aku ni. kau dah booking ticket ke?
"dah..aku dah cek dekat air asia semalam, rm1600 round trip, naik dekat KLIA turun dekat Tehran and terus aku booking."
"orait, aku gerak dulu, papehal contact gua..chalo"

tarikh 29.11.2012 tertulis di jam tangan Ali. Ali duduk besendirian di McDonald KLIA. Hari ini mereka akan bertolak ke Tehran, dan flight mereka adalah pada pukul 8.00 am dan malangnya

"kimak nye Jimmy..dah lewat ni"
Ali semakin resah, kerana flight mereka akan berlepas sejam lagi dan Jimmy tidak sampai-sampai.

tiba-tiba Ali mendengar namanya dipanggil dengan kuat sekali menyebabkan semua orang yang berada di kawasan berhampiran menumpukan pandangan pada seorang manusia yang bernama Jimmy yang sedang gigih berlari-lari ke arah Ali.

"wei..kau babi kan. ko tau tak kita dah lewat ni"
ala..sori la Ali, bas dekat KL sentral tadi tu tiba-tiba buat hal, so aku kena tukar bas lain, tu yang lambat tu.
"dah-dah..barang semua dah ada?" tanya Ali
"bereh, aku dah cek"

"orait jom"

mereka berdua pun menuju ke balai perlepasan, nampaknya rakyat Malaysia yang hendak ke Iran tiada dan Ali dapat merasakan hanya mereka berdua sahaja rakyat Malaysia yang akan terbang ke sana...ahh peduli apa.

Bila semua urusan selesai di terminal, mereka berdua pun terus melangkah ke destinasi seterusnya..ya, Tehran.

Selamat Tinggal Malaysia..oh..seketika sahaja.




Comments

Popular posts from this blog

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih