Kisah Maya Library


Aku lately ni rajin pulak lepak library Alor Setar, bukan apa actually aku tak tau mana lagi nak lepak satu tempat berjam-ham, kalau nak lepak mamak sampai 4-3 jam macam merepek je. So aku ambil keputusan aku pergi library dari pagi sampai petang and tak de sapa pedulik apa aku buat dekat sini. Bajet educated lepak library kan..padahal bukan buat apa pun cuci mata tengok makwe disamping online kat sini.

But today, meja yang selalu aku duduk lepak ni ada sorang makwe dah ambik dulu. Dia sorang je la, aku macam "shit ada orang pulak kat meja ni" tapi aku nak tak nak aku kena juga duduk situ sebab meja tu satu-satunya dekat dengan plug elektrik, oh ya dekat library ni kalau aku nak pakai plug aku kena bayar 3 ringgit tapi sepanjang aku lepak dekat sini aku tak pernah bayar pun, and akak akunter tu pun tak kata so biaq pi la.Aku tak mau buang masa aku pun pergi dekat meja tu terus aku say hello kat makwe tu

"boleh i duduk sini?"

dia pandang aku terkejut beruk dan muka sedikit pelik, than aku explain lagi

"sebab nak pakai plug dekat sini"

so dia pun kata sambil senyum "ok ok boleh duduk la"

nohorom comelnyaaaaaaa

dah la dress hipster baju bunga-bunga spek mata bulat and skinny jeans singkat with converse. Memang taste sangat dengan makwe ni disebabkan dia telah membuat hormon gatal aku tak tentu arah macam zarah-zarah atom yng meledak aku pun control macho tahap gaban bukak laptop pasang lagu New Found Glory and put in earphone than baca buku. Lama aku layan diri situ sorang-sorang suddenly dia ketuk meja guna pen dekat depan aku. Aku terkujat sikit, aku bukak earphone.

"ehh sorry kalau i pasang lagu kuat sangat"

"eh..i tak dengar apa pun i just nak tanya mana u dapat button-button dekat beg u ni"

Aku terus usha beg aku, yang ada button che guivera, button boot Doc Mart and ada satu button quote ayat (Live for nothing or die for something)

"semua ni i beli dekat event Big Bad Wolf dekat Mines aritu"

dengan suara perlahan "i see, i suka ayat dia, just like my prinsip"

"sama la dengan i, semua hidup i berkaitan dengan button ni, life and freedom"

dan kami mula cakap pasal kehidupan dan berfalsafah tentang apa itu kehidupan mengikut school of tought masing-masing, rupanya makwe ni berminat ke arah marxisme. aku hanya senyum, aku cakap kat dia yang dulu aku pernah cuba mengikut Marx tapi susah bila aku sedar Marxisme dan Sosialisme ni totally utopia or idealist, Idea-idea mereka tak boleh dipraktik kan dekat dunia realiti, tergantung, diorang sendiri tak mengikut acuan mereka sendiri sebab too idealist. Macam mana pun aku still terima certain idea diorang. Tahukah korang sebelum mencapai tahap Sosialis dan komunis, mereka harus lalui kapitalis terlebih dahulu tetapi sosialis dan komunis sendiri menentang kapitalis. Pelik kan.hehe sebab tu ideologi barat ini tidak pernah sampai titik kesempurnaan kalau kita betul-betul menilai tapi of course la pembacaan perlu banyak dan serabut.

Makwe hipster ni mendengar dengan penuh tekun and dia pun tanya

"so you pegang pandangan yang macam mana sekarang?"

"mestilah Islam"

"i know, tapi which kind of Islam"

aku tenung lama makwe ni

"Which kind? Islam satu sahaja tiada dua, tiada tiga, and Islam Hadhari sepatutnya tak wujud"

dia ketawa

"i know la, u ni...tapi i tau u ni different, come just share with me"

damn, makwe ni nak korek-korek pulak baru je kenal dia dah nak tau macam-macam pasal aku

"come on dude, im waiting"

"ok lah..sebenarnya i ni..."

"sebenarnya apa?"





Comments

Popular posts from this blog

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih