Tasbih Biru Firus



Di sebuah kota yang teramat nyaman sekali untuk diduduki, jauh dari hituk pikuk metropolitan. Berdiri kamu disitu, fizikal mu kecil, tak begitu tinggi, kulit putih bersih, senyum menarik dengan sederet gigit putih. Manis, atau lebih tepat cantik. Aku pasti semua lelaki disekelilingmu memandang kamu. Seolah-olah mereka takut jika tidak melihat kamu bermakna diri mereka itu tidak wujud langsung di dunia, mereka perlu melihat kamu untuk menyedari kewujudan mereka.

Subuh hari ini kita bertemu, bila kamu tersenyum aku hampir hilang pandangan kerna ia membunuh. Berjanji mahu berjemaah subuh di masjid Ma'sumah, dua langkah pertama azan terus berkumandang terus kita bergegas ke masjid, ini gila dalam suhu 0 darjah celcius aku hanya memakai selipar dan ketika itu aku rasa hampir pengsan dek kerana kesejukan tapak kaki, kamu sedar keadaanku ketika itu dan menyuruh aku berjalan pantas. Tiba di masjid terus aku bergegas ke dalam ruang utama kerana disitu lebih suam udaranya. Lega, keadaanku kembali pulih. Ya satu tindakan bodoh dari aku untuk hari ini.

Usai solat aku terus berjalan ke arah pintu gerbang utama dan kamu sudah pun menunggu disitu dan kamu memberi aku sepasang stokin tebal dan tanpa banyak soal aku terus menyarung di kaki. Wajah kamu cemas, aku bilang tenang. Kita berjalan mengharungi deretan kedai buah-buahan, karpet, buku dan kitab, atar dan restoran. Di tangan kamu tasbih biru firus tidak lekang  berputar dan terima kasih kepada kamu kerana memegang tasbih itu kini menjadi tabiat harian ku. Akhlak mu telah menjadi pujian ramai insan, petah bicara mu menjadi ikutan, kau wanita yang ku pikir sosok sempurna untuk kaum adam. Mulialah kamu di negara itu.






Comments

Popular posts from this blog

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih