Aku, Kain pelikat dan Pemuda



Well, after doa lepas maghrib aku pun keluar la dari surau tu, jalan ke rumah aku ni gelap sikit tapi jarak tu tak jauh dalam 50 meter je, dalam perjalanan aku tersempak dengan dua orang anak muda sedang menolak motorsikal mereka. Wajah diorang aku tak berapa nak cam sebab gelap kan and for sure diorang pun tak nampak muka aku.

Pemuda : Assalamualaikum

Aku : Waalaikumsalam, apa hal tolak motor ni? minyak habis ka?

Pemuda : Minyak ada PAKCIK tapi tangki masuk ayaq

dan mereka terus menolak motorsikal mereka tanpa menghiraukan aku selepas tu yang dengar hanya gelak ketawa mereka dan aku pula berhenti agak lama sambil memandang mereka. Gua sentap...serius gua sentap!!!! aku punya lam tampan gaya macam ASyraf Muslim depa boleh panggil aku pakcik. kenappaaaaa!!!!

mungkin disebabkan busana aku berkain pelikat dan berbaju melayu yang bisa buatkan makwe-makwe hijabista ghairah melihat aku menyebabkan diorang menyeru aku sebagai pakcik...ini dah dua kali tau.


pakcik kome.



Comments

Popular posts from this blog

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih