Menara Senja



Pulang saja dari kerja, aku terus ambil port di atas sofa mengadap telivisyen LED 42 inci yang aku beli dengan usaha aku sendiri. Aku termenung lama memandang kotak hitam itu, jam baru sahaja menunjukkan pukul 6.30pm dan aku pejam sahaja mata, cahaya senja dari luar bernada rumah aku menyucuk segala wajah aku dari dahi sampailah ke dagu dan aku membuka mata perlahan-lahan.Aku memasang lagu band "mono - pure as snow" di mana kedamaian susunan muzik mereka bikin aku ketenangan. lalu bangun menuju ke arah beranda. Aku buka sliding door itu terus aku angin petang menerjah masuk ke rumah aku dan menerjah aku sekuat mungkin, ya itu bukan satu siksaan itu satu keindahan dan perlahan-lahan aku menikmati rasa indah itu aku terus ke beranda seraya itu dua ekor burung yang hinggap di beranda aku terus terbang di atas kehadiran aku. Aku melihat sekeliling permandangan aku, alam mempersembahkan aku sebuah pandangan yang berbeza dikiri aku ialah jalan raya yang tidak begitu seksa, dihadapan aku ada berpuluh bangunan yang berwarna senja dan di kanan aku ialah sebah bukit yang dipeluk oleh cahaya jingga ini adalah sebuah kedamaian..ya aku tenang melihat semua ini sambil disekeliling aku disulam dengan bunyi muzik post-rock. Dikala ini lah aku mula terbayangkan waktu kami berdua duduk di beranda ini pada waktu senja sambil minum kopi Perancis, aku dan dia saling berpandangan kemudian dia memandang semula ke hadapan lalu memejam mata

"ini syurga" katanya, aku hanya tersenyum dan terus khayal menghayati apa sahaj di depan kami.

Segala memori antara aku dengan dia satu persatu muncul, kehadirannya semasa hari jadi aku sambil memegang belon gas datang bersama sebuah senyuman, kami berdua duduk di sebuah batu di padang rumput semasa musin sejuk di Poland, ketika dia bergurau menumpahkan air pada baju aku dan terus melarikan diri lalu aku mengejarnya.

Lamunan aku terhenti, dan kembali pada dunia realiti, demi tuhan aku tidak akan melupakan semua itu kerna itu memori lama yang paling berharga untuk aku yang tidak mungkin aku dapatkannya semula walau di syurga. Azan Maghrib berkumandang, burung-burung pulang ke kawasan bukit , seorang anak kecil berjubah putih dalam perjalanan ke surau. Aku kembali menutup sliding door, bersiap untuk menyembah tuhan, aku manusia dan aku bangga menjadi makhluk sempurna ciptaan-Nya.


Selamat Tahun 2014 semua  =)





Comments

Popular posts from this blog

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih