Sebuah Pengembaraan Spiritual


Hye Assalamualaikum,

first of all solawat serta salam ke atas junjungan besar Rasulullah dan itrah ahlul bait..

Aku baru je balik dari tunaikan ibadah umrah and Alhamdulillah its a wonderful experience. Aku punya sedikit perkara yang mahu dikongsikan apa yang aku rasa masa berada di baitullah al haram. Tawaf, bila mana aku akan pusing mengelilingi kaabah tujuh kali mula dari hajar aswad dan habis di hajar aswad. Sesak tapi itu lah pengorbanan yang kau tempuhi untuk melakukan satu bentuk amalan spiritual. Kau tidak akan rasa penat semasa bertawaf kerana kau mahu melakukannya bukan atas paksaan siapa-siapa. Ya, disebelah kau ada kaabah..kiblat umat islam, sebelum ni aku hanya lihat sebongkah bangunan kecil berbentuk empat segi ini dalam gambar dan tv je tapi kali ni benda tu ada depan kau. Memang ada sikit perasaan sentimental waktu tu, apatah lagi bila kau dapat sentuh kaabah. Its nothing, hanya seketul batu tapi nilai spiritual yang ada pada kaabah buat kau rasa something different. Sebab tu aku rajin buat tawaf sunat if aku tak letih masa dekat sana.

Lepas tu ke bukit Safa dan Marwah..tempat untuk buat Sai'e. Masa aku buat saie dalam kepala otak aku membayangkan bagaiman siti hajar berulang alik untuk mencari air buat Nabi Ismail yang tengah dahaga waktu tu. Jauh jugak la..dan kaki aku sakit sikit tapi semua tu tak halang kau dari terus membuat ibadah Sai'e. Satu pengalaman yang menarik bila ada satu bahagian kau kena berlari-lari anak dan semua orang lelaki melakukannya. Sampai di puncak Marwah, berhenti untuk tahalul (gunting rambut sekurang kurangnya 3 helai)

Di sini semua islam unite..ada sunni, syiah, wahabi, ahmadiyyah, and macam-macam lagi mazhab yang kau akan jumpa. Semua bersatu atas nama islam dan atas kesucian kota mekah dan kesucian masjidil haram. Jadi kenapa kau boleh bertoleransi dengan mazhab lain di Mekah tapi tidak di luar Mekah. Kau sepatutnya membawa semangat perpaduan ini sehingga di luar masjidil haram. Bagi aku Umrah bukan sahaja satu bentuk ibadat tapi satu bentuk falsafah yang perlu hayati. Kenapa kau perlu ada disana, kenapa kau perlu buat itu dan ini. kenapa kau perlu berhimpit-himpit, dan perlukah kau solat bersama satu saf dengan mereka yang kau tuduh kafir semasa di negara kau.

Semasa kau membuat Umrah dan selama kau berada di Mekah, kau akan dapat jawapan selagi kau menghayati setupa perkara kebaikan semasa kau kat sana.

Alhamdulillah..aku sudah =) jika kau punya peluang, pergilah melaksanakannya. Insyaallah wehhh..





Comments

Popular posts from this blog

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih