Balada sedih dan gembira



Kehidupan ini ada dua fakulti, gembira dan sedih. Gembira bila kau membelah duri sedikit pun kau tidak rasa sakit malah kulit kau bersih tidak tercalar. Sedih pula bila kau pijak semut kaki akan kau mengalami pendarahan dalaman menyebabkan kaki kau harus dipotong dan kau cacat seumur hidup..ya itu sedih. Itu semua retorik dulu, kini gembira tidak lagi macam tu dan sedih tidak pula begitu.

Kadang-kadang ada manusia menggunakan perasaan gembiranya semaksimum mungkin hingga akhirnya dia tiada lagi perasaan itu lalu penghujungnya apa yang dia jumpa hanyalah kemurungan, manakala ada manusia yang menggunakan kesedihannya semaksimum mungkin di dunia ini dan penghujungnya dia mendapat kegembiraan yang berpanjangan, bangun berdiri tanpa lelah.

jadi sekarang kita boleh pilih gembira atau sedih, maksimum atau minimum. jawapan ada pada tangan kita jangan tunggu tuhan hantar jawapan pada kita. tuhan mahu kita cari jawapan. cari...


Comments

Popular posts from this blog

Sebuah Satu Malam

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!