Definisi Cinta


Buat modal bosan bosan


"Kau tahu apa itu cinta?" tanya Amri
"Cinta itu sebuah perasaan yang lahir dari hati yang menghasilkan satu yang istimewa" Sambil membaca aku jawab acuh tak acuh, sebab aku dah malas fikir pasal cinta
"Apa yang istimewa?" tanya Amri lagi
"hmmmm...istimewalah, kasih sayang..." belum sempat aku menghabiskan ayat aku terus Amri potong cakap aku.
"Salah! kau dah salah kat situ, cinta dan kasih sayang adalah dua perkara berbeza, cinta dan kasih sayang itu berpisah keputusannya" aku memandang ke arah Amri yang sedang membelek-belek lebai buatan Pakistan miliknya. Ingin aku tahu apa yang ingin diterangkan Amri dan aku pasti ini sesuatu yang menarik.

Amri seorang pelajar dalam bidang kejuteraan tetapi dia menyambung pelajaran dalam bidang Al-Quran dan hadis di Syria tetapi akibat pergolakan yang berlaku di Syria dia terpaksa menangguhkan pelajarannya di sana. Petang itu kami berdua baru sahaja lepas jamming untuk preparation gig Sabtu ni dekat Dewan Ah Loon, kami melepak di dalam sebuah gereja lama yang sudah tidak digunakan lagi tapi hiasan dalaman dan barang-barang dalam gereja ini masih dijaga oleh penjaga gereja ini.

"so apa definisi cinta menurut kau?" mata aku ligat melihat kaca bewarna warni yang menjadi hiasan gereja ini.
" cinta itu adalah satu kurniaan Allah kepada hambanya yang dibentukkan dalam bentuk perasaan dan bila mana cinta itu tersemai dalam diri kau, kau akan menjadi buta"
"So betul la cinta itu buta?" Amri hanya tersenyum bila aku tanya soalan macam tu.
" Cinta bukan buta, tapi cinta buat kau buta"
aku mengerut dahi tanda tak faham dan Amri sedar situasi aku.

"bila kau bercinta kau akan menjadi buta. Orang buta, mereka tidak mampu melihat lalu mereka hanya mampu mendengar arahan dan kata-kata orang sekeliling untuk menjadi panduan mereka untuk terus berjalan lurus dan diorang harus percaya kepada orang yang memberi arahan kepada diorang tu. So, apa yang aku maksudkan bila kau meletakkan cinta kau pada seseorang kau akan mendengar saja kata orang yang kau cintai tanpa membantah kerana kau yakin dengan dia atas sebab cinta" jelas Amri dan aku macam sedikit sebanyak faham apa yang ingin disampaikan Amri.

"So aku akan jadi "hamba" kepada orang yang aku cintai?" Aku bertanya lagi dan Amri hanya senyum " itulah kesan definisi cinta yang sebenarnya" kata Amri, aku terkebil-kebil dan Amri pula sedang membalas mesej di phone dia dan tiba-tiba Amri tanya

"Dude aku nak tanya kau, boleh ke manusia jadi hamba manusia mengikut agama kita?" tanya Amri. Aku bangun dan berfikir
 "Mana boleh wei, dalam islam mana ada kasta, ehh kejap..maksudnya manusia tak boleh meletakkan cinta pada manusia lain la kan?" aku terus memandang Amri
"you already got my point dude, boleh meletakkan cinta pada manusia tapi harus tepatlah pada siapa yang kita harus cintai"
"habis cinta tu untuk siapa sebenarnya, macam mana perempuan yang bakal kita kahwin, macam mana nak kahwin kalau tak de perasaan cinta?" bertubi tubi soalan aku tanya pada Amri..ambik hang!
"itu tanggungjawab bro, kau bagi nafkah zahir dan batin semua atas faktor tanggungjawab bukan atas dasar cinta, nah..dari tanggungjawab akan munculnya perasaan kasih sayang yang sangat power and ada je kan orang kahwin bukan atas faktor cinta pada mulanya tapi end up bahagia bagai nak rak, anak sampai 11 orang. In facts tujuan perkahwinan itu sendiri untuk melahirkan khalifah di dunia ini, untuk meramaikan kuantiti dan kualiti hamba Allah di dunia ni"

Aku sangat bersetuju dengan pandangan Amri tentang hal ni, dah aku katakan dia ni something bukan nothing.

"aku tahu tak semua orang boleh terima pandangan macam ni, kerana mereka sudah letakkan dalam minda cinta itu adalah kasih sayang antara pakwe makwe, suami dan isteri tapi nak tak nak ini lah kebenaran soal cinta"

Dulu aku masih ingat aku berdoa pada tuhan yang aku nak kan ex makwe aku sebagai isteri atas dasar cinta dan ini semua tak betul, cinta pada manusia yang tidak sepatutnya buat haru biru buat aku tenggelam pada kelemasan dunia buat aku hilang pertimbangan.

"aku tak nak fikir panjang, so cinta ini harus diletakkan pada siapa?"
" hahaha, cinta sebenarnya milik mutlak ALLAH, kau hanya boleh meletakkan cinta kau pada Allah dan kerna kau mencintai Allah kau akan jadi buta sehinggakan setiap arahan dan panduan dari Maha Kuasa kau akan turuti tanpa banyak bicara"

 Amri menjelaskan pada aku satu persatu bagaimana hendak peroleh cinta...

"kalau diikutkan sebenarnya tuhan tidak memerlukan cinta kita, kita ni siapa disisi tuhan, kita ini hina dan kotor tapi sifat Allah Maha Penyayang membuatkan Allah sayang pada semua ciptaanya, jadi Allah pun menyayangi siapa kita untuk tidak mencintai Allah? Allah mahu memberi kita segalanya, Allah mahu memakbulkan hajat kita tetapi kita sendiri tak mahu memakbulkan permintaan Dia, lalu siapa kita?

Ya tuhan, aku rasa nak menangis dengar penjelasan mamat ni tak pernah pulak aku terfikir benda ni selama aku hidup dan aku lihat Amri sangat tenang walaupun berimej budak metal, tapi satu perkara aku musykil lagi so aku pun tanya lagi pada Amri " selesai untuk tuhan, dan cinta kepada manusia pula untuk siapa kalau bukan manusia biasa meskipun mak bapak, kekasih, ister, anak-anak?"

"Zaman Rasulullah, ramai sahabat sanggup menggadaikan nyawa mereka antaranya Saidina Ali, ketika perang Rasulullah menyuruh beberapa orang sahabt untuk maju ke hadapan dan berlawan dengan musuh semua takut dan berundur dan bila tiba giliran Saidina Ali dia tidak membantah terus saja dia maju ke depan dan berlawan dengan musuh, dan Saidina Ali berjaya menewaskan tentera-tentera musuh"

"ohhhh...aku dah dapat maksud ko, jadi kita harus meletakkan cinta kita pada Rasulullah!"

"ya benar cinta kita kepada manusia tak lain tak bukan Saiyidul wujud al-mustofa abal qasim Ya Rasulullah, kita berselawat tanda cintakan Rasulullah dan keluarga Rasulullah"

so lesson for today aku puas, banyak benda aku dapat sedangkan kami hanya bercakap soal cinta, so inilah definisi cinta yang bakal aku pegang. Meskipun ini hanya pandangan amri tapi aku seolah-olah boleh terima tentang hal ini. Thanks Amri tak sia-sia kau pergi Syria belajar kat sana dan petang itu kami hanya bersiar-siar di dalam gereja yang unik ini.









Comments

Popular posts from this blog

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih