Fajar Sabtu

Assalamualaikum

Cahaya fajar sabtu mula menghiasi kamar aku, dia bangun sambil memerhati aku yang sedang menilai semula mimpi-mimpi semalam. Dia memberi seukir senyuman pagi kepada aku, Aku membalas senyuman itu. sumpah aku tidak mahu kehilangan senyuman itu lalu aku berdiri mengadap jendela kayu kamar aku..dari jauh aku melihat pembentukan silhoutte pohon nan indah..ia berdiri arogan di hadapan aku, seolah - olah pohon itu berkata aku..hidup kau tak seindah aku wahai bani melayu.

 Gelak sinis bersendirian,Kau silap wahai pokok, seindah mana kehidupan kau..kau akan mati, dan aku pun akan mati, tapi siapa dahulu aku pun tidak tahu.Cuma kau tetap indah dengan ratusan cahaya yang sedang memeluk kau meskipun kulit kau buruk. 

Dan bauan itu semakin menghampiri, dan aku tahu hanya dia sahaja sering menyelimuti dirinya dengan bahan kimia yang aku berikan dahulu. ke mana sahaja.Dia datang memeluk ku dari belakang, sambil membisikkan...

"selamat pagi cinta"


Hanya Dia~

Comments

Popular posts from this blog

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih