Hari Tak Selalu Terang

cahaya sang suria dikala umat manusia enak dibuai mainan syaitan
mereka berebut- rebut untuk sampai ke bumi agar dapat berkhidmat untuk makhluk dunia
cuba menembusi tembok awan gelap gelita
tapi sayang
awan sedikit ego pagi ini
awan tidak izin ianya berlaku
sang suria terus berlalu 
mencari dan terus mencari laluan baru
dengan harapan ada yang sudi membantu
sang suria tetap mahu melaksanakan matlamat utama
memberi sejuta cahaya kepada manusia
tetapi
fajar jumaat tetap kelam
ditemani mutiara air mata langit
yang bebas turun dari angkasa ke bumi


JANGAN PUTUS ASA SAHABAT~

2 comments:

ana said...

pagi ini.hujan lebat mencurah.alhamdulillah.

Pujangga Bercerita said...

ye..antara waktu paling indah untuk saya ialah hujan di pagi hari..=) waktu ini jiwa tenang.