Cermin : sebuah penilaian diri



Kita tak pernah sekali-kali
melihat mata kita sendiri
kerana itu kita mudah menyaksi
pandangan hati yang penuh iri.

Kita tak pernah sekali-kali
melihat hidung kita sendiri
kerana itu kita beri ciuman
berduri
bukan kesturi.

Kita tak pernah sekali-kali
melihat telinga kita sendiri
kerana itu kita selesa mendengari
sumpah seranah fitnah yang keji.

Kita tak pernah sekali-kali
melihat mulut kita sendiri
kerana itu kita mudah mencaci
segalanya salah dan kodi.

Kita tak pernah sekali-kali
melihat wajah kita sendiri
teraba-raba rupa muka sendiri
kecuali tika mencermini
barulah sedar cacat cela diri


2 comments:

Panda Mata Lebam said...

Manusia. Tak mampu melihat apa yang Tuhan sudah berikan kerana mereka tak mencari apa yang harus dilakukan dengan kurniaanNya :'(

Pujangga Bercerita said...

akibat tidak mencari, manusia terlalu tunduk pada takdir sehingga tidak berusaha untuk berubah..akal, kurniaan tuhan paling sempurna.kenapa harus dipersiakan.

*tenang