Tentang Sesuatu : Qush Aamad Iran


"Qudo hafis"
"Qudo Hafis" jawab Ali

"weh Ali kau pandai cakap bahasa diorang ek?" tanya Jimi
"its call persian language honey..and ya..aku tau sikit-sikit je" jawab Ali

Mereka berdua pun mencari tempat duduk masing-masing 6B dan 6C dengan bantuan prmugari dari Mahan Air, Ali memilih untuk duduk di sebelah tingkap manakala Jimi disebelahnya dan sebelah Jimi masih kosong.
"kau rasa awek iran mana duduk sebelah aku?" tanya Jimi
"aku rasa ada la makcik tua mana-mana duduk sebelah kau"
"weh Ali kau jangan, awek iran ni lawa-lawa..." belum sempat Jimi habiskan ayat dia tiba-tiba seorang perempuan yang dreesup seakan-akan Yuna duduk disebelah Jimi, membuatkan Ali dan Jimi terdiam sebentar tanpa berkelip semata.

"lawanya ciptaan tuhan beb" kata Ali
"aku dah cakap Ali, aku yakin mesti ada wek duduk sebelah aku punya, lawa pulak tu, tapi dressup macam Yuna, kau sure ke ini orang iran"
 tiba-tiba gadis itu memandang mereka berdua..
"you guys just talked about Yuna right?"
Ali dan Jimi terkejut tapi dan kaget, kedua-dua rasa macam nak pengsan bila ada makwe lawa tegur diorang.
"ahh..actually m friend and i just said that your dressup just like Yuna, malaysian singer" jawab Ali
"no need explain about Yuna, i love her so much, adore! oh..by the way im Ruqayyah"
"my name Ali Murtadha and this is Jimi my friend"
"Ali Murtadha right...what a nice name and you to Jimi" Ruqayyah melemparkan senyuman kepada mereka berdua, membuatkan Ali dan Jimi rasa macam nak ajak kahwin dengan Ruqayyah ni.

Dan selepas itu pengumuman pesawat akan berlepas diumumkan oleh kapten kapal, enjin pesawat semakin kuat, Jimi sedikit pucat, Ali tenang-tenang saja. Kemudian pesawat bergerak semakin laju, Ali berasa sedikit terlambung menandakan pesawat sudah pun terapung diudara.

"relax Jimi, kapal terbang ini besar macam rumah, tak macam Air Asia, risiko bergegar tu takde" kata Ali menyuruh Jimi bertenang.
Dan ketika itu juga isyarat tali pinggang keledar di padamkan bermakna penumpang dibenarkan bergerak bebas dalam pesawat samada mahu ke tandas atau berjoging dalam kapal terbang.

"orait, goodnight Jimi aku nak tidur" kata Ali sambil merendahkan tempat bersandar dan menarik selimut.
"boring ar kau asyik tidur je"kata Jimi
"bro..lapan jam tau lapan jam, lama la celake"
Jimi hanya ketawa, dia melihat Ruqayyah membelek-belek buku, novel mungkin, di hadapan Jimi ada sebuah televisyen yang hanya menunjukkan peta dan maklumat penerbangan.."boring" getus Jimi. Jimi merasakan dia perlu tidur apabila tergoda dengan dengkuran Ali,

"selamat malam Iran Air, gua nak tidur"

dalam beberapa minit kemudian Jimi pun melelapkan mata.

Bagai digegar oleh ribut taufan membuatkan Ali terjaga, kapal terbang mereka sedikit bergegar akibat melalui awan tebal dan angin kencang, Ali melihat suhu diluar melalui maklumat penebangan, -45. Dia melihat Jimi masih lena dengan nyenyak, Ruqayyah pula sedang melayan mp3 player nya. Ali rasa ak tegur tetapi rasa malu yang amat sangat mengalahkan malam petama perempuan melayu terakhir membuatkan dirinya segan nak mampus, bukan kerana tak yakin tetapi Ruqayyah itu terlalu cantik, Ali takut terkencing dalam seluar akibat senyuman Ruqayyah. Tiba-tiba Ruqayah menjeling ke arah Ali seolah-olah tahu Ali sedang melihatnya, lantas dia senyum kepada Ali, sekali lagi Ali terkesima tanpa kata. Ruqayyah mencabut earphone yang ada pada telinganya.

"is anything i can help you Mr. Timberlake" tanya Ruqayyah dengan senyuman yang terukir di mukanya.
"aaa..no..nothing, i just want to go washroom, but i stuck here" kata Ali sambil jariya menuding ke arah Jimi yang masih tidur.

"no worry" lantas Ruqayyah pun bangun dari tempat duduknya memberi laluan kepada Ali untuk keluar, Ali pun keluar dari row tempat duduk mereka bertiga.

"qoiril qomnun" kata Ali
"so..baled farsi?" tanya Ruqayyah.
"kemi" jawab Ali semua.

Ruqayyah senyum sekali lagi, membuatkan Ali tidak tahan melihat senyuman itu lalu terus ke bilik air.
"siot punya minah, apsal kau lawa nak mampus"

keluar saja dari bilik air, Ali nampak Ruqayyah sedang berdiri di tepi sebuah tingkap berhampiran pintu kecemasan.

"Miss your boyfriend" Ali mengumpan soalan kepada Ruqayyah (harap-harap kau single)
"miss my hometown" jawab Ruqayyah tanpa menoleh kepada Ali .
hek ele minah ni tak jawab soalan gua la.
"wheres your hometown?" tanya Ali sekali lagi.
"Imam Reza Shrine" jawab gadis itu dan kini baru Ruqayah melihat Ali.
"Imam Reza Shrine? Mashhad, Khorasan"
"Bale" Ruqayyah mengangguk.

Sebut saja Mashhad Ali terkenangkan kisah arwah bonda yang pernah menceritakan kepada Ali tentang Mashhad,

"kalau Ali nak tau Mashhad ni kota suci yang paling besar Iran, dekat sana ada makam Imam Ali Ridha cucu Rasulullah s.a.w., makam dia saja besar sangat, boleh sesat jalan kalau tak ingat jalan masuk. Masa ni bonda pergi waktu musim sejuk cantik tempat dia, Kalau Ali nak pergi Iran, pergi la musim sejuk. Tapi pakaian tu kena la jaga-jaga, tak boleh pakai macam dekat Malaysia, pakai tebal-tebal, mandi 2 kali sehari pun ok.

"Ali..Ali are you dreaming?"
Ali disapa oleh Ruqayyah yang melihat Ali yang sedang termenung panjang menghadap cermin kapal terbang. Ali terkejut dari mengelamun jauh.

"hahaha..no, i feel sleepy" jawab Ali

Ali dan Ruqayyah ketawa. Mereka berbual panjang selepas itu dan kemudiannya pengumuman yang pesawat akan mendarat diumumkan, Ali dan Ruqayyah terus kembali ke tempat duduk mereka. Sampai saja di tempat duduk Ali lihat Jimi sudah pun terjaga sambil meminum air teh Iran yang dihidangkan untuk mereka, Jimi melihat Ali sambil senyum nakal.

"apasal kau senyum" tanya Ali
"puas romen?" tanya jimi pula sambil ketawa
Ali mengambil bantalnya lalu memukul jimi berkali-kali, Jimi hanya ketawa sambil cuba mengelak, Ruqayyah hanya memandang pelik kepada mereka berdua.Ali memandang di luar tingkap, santapan Ali ketika itu adalah sebuah pergunungan salji. Semakin lama kapal terbang semakin rendah menuju darat, beberapa minit kemudian kapal terbang selamat mendarat ke lapangan terbang dengan baik tanpa gegaran kuat.

"Welcome to Iran" Ruqayyah menjeling kepada mereka berdua,
"thanks" jawab Jimi dan Ali pula hanya senyum.

"Allah Humma Solli Ala Muhammad Wa Aali Muhammad, Assalamualaika Ya Ali Musa Ridho" kata Ali dalam nada perlahan.
"hah..kau cakap apa tadi" tanya jimi apabila mendengar Ali berkata sesuatu
"tak de apa lah, jom blah, aku dah tak sabar ni"

mereka berdua pun beratur panjang untuk keluar dari pesawat. Setelah semua urusan selesai mereka pun bergerak keluar dari Airport melalui pintu keluar utama yang diatasnya tertulis "Imam Khomeini International Airport"

"Selamat Datang Tetamu ku" tiba-tiba Ali terdengar sebuah bisikan seorang wanita di telinganya. Ali mencari-mencari suara itu, seoalah bisikan itu betul-betul di telinganya. Tetapi tiada siapa disekelilingnya melainkan Jimi.

"damn..sapa pulak main-main bisik tadi"


Comments

Popular posts from this blog

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih