Pengakuan Satu Tengahari


Hati dan jiwa itu bercantum
lalu membentuk satu jantung
merah menyala dikelilingi darah
buat mata kau tak tentu arah

ya...

aku bukan siapa-siapa
bukan sang superhero idaman gadis gadis
bukan pendekar bersama keris
apatah lagi disisi tuhan

aku hanya mahu satu sahaja
harap aku yang dipandang dalam berjuta
menanti terus menanti
sebuah mimpi yang tidak ngeri

seorang puteri sakinah zahra
teruskan bermain origami
bentukkan satu jiwa
putera ali ashgar menunggu di istana




Comments

Popular posts from this blog

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih

Pada 'DIA' kita datang,Pada 'DIA' kita pergi.