Cinta Musim Gugur

Bismillahi ta'ala


tibanya musim luruh, aku mula termenung memikirkan segala tahi yang tak diundang menimpa aku. kau, kau dan kau..cukup lah, jangan hina aku, jangan hina mereka. Aku dan dia tidak bersalah dan kau, kau dan kau juga tidak bersalah kerana kau tak tahu. Aku maafkan dengan syarat kau ambil jarum dan jahit mulut kau. Kita harus sedar nyawa kita bukan bermusim, nyawa kita tunggu masa..detik demi detik, sekali kau silap, nyawa kau hilang seperti matinya pohon di musim luruh. Tapi kau jangan lupa pohon itu bakal bernyawa kembali malah menjadi lebih indah..tapi kau, makin buruk dan terus buruk, malah telanjang bersama cacing tanah. Aku, kau, kau dan kau punya satu matlamat...ya, singgah sana. Siapa tak mahu hinggap di sana. Meskipun harus melepasi bimasakti kita tetap mahu ke sana. indah bukan. Mari berfikir, akal kan ada, jangan kau sia kan dan kalau tak mahu sedekahkan saja pada binatang. Mereka perlukan akal, kasihan. Aku, kau,kau dan kau kita saling bercinta. maka kita terus bercinta. Bercinta sehingga alam naik cemburu sama kita. Ayuh mari bercinta, peluk aku, rangkul aku. lupakan apa yang otak kita ramas, Tuhan pasti suka jika bercinta bersama..ya bersama. ini kisah musim luruh.


23 oct
9pm

Comments

Popular posts from this blog

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih