tentang sesuatu

Assalamualaikum

Ali meneruskan perjalanannya hingga ke suatu tempat yang dia rasakan tidak tahu mana arah tuju lagi. Kepenatan, lalu Ali duduk menyandar di tiang elektrik, udara di situ nyaman. Ali termenung jauh melihat pergunugan salji dihadapannya

"kalau boleh aku mahu ke puncak itu" getus Ali seorang diri

Ali kembali termenung melihat unggas berterbangan di langit, dengan perasaan rindu kepada entah la. Ali masih tak faham dengan situasi dia sekarang. Sejak hari itu, Ali mula rasa kehilangan, Ali keliru, sumpah Ali keliru. Kadang dekat kadang jauh entah apa yang difikirkan.

Tiba-tiba lagu Only One-Yellowcard berkumandang di telefon bimbit Ali menandakan Fatimah telah menghantar pesanan ringkas pada Ali. Ali tersenyum melihat pesanan ringkas itu, lalu Ali tidak membalas pesanan ringkas itu.

"kau...kenapa pula, rindukah? itu yang aku rasakan sejak kau berubah Fatimah"

Ali bangun dari tempat duduknya, kembali menyarungkan jaket kulitnya dan terus berjalan mengikut jalan tar yang dipenuhi salji itu, dia atas kepalanya ada papan tanda yang bertulis Mashad 25KM. Ali dapat rasakan dia harus ke Mashad, mungkin disitu dia dapat menenangkan fikirannya. Ali terus berjalan melangkah perlahan-lahan sambil mulutnya tidak berhenti membaca doa yang diajar ustaznya semasa belajar Di Malaysia.

Waj'alna min ahsani abiidika nasiiban i'ndaka. Wa Aqrhobihim minzi laatan minka. Wa'aqsihim Zulfatan Ladaika~

(Jadikan aku hamba-Mu yang paling baik nasibnya di sisi-Mu, Yang paling dekat degan kedudukannya dengan-Mu, Yang pling istimewa tempatnya di dekat-Mu)

Ali membaca doa itu berulang kali, dalam keadaan tidak sedar air matanya mengalir perlahan di pipinya.

"Awak..saya rindu awak"

30 minit selepas itu, Ali tiba di Mashad dia memasuki sebuah masjid yang berkubah emas. Ali solat disitu, usai sahaja solat dia keluar bersiar-siar di kawasan sekitar. Ali tertarik dengan satu papan tanda di hadapannya yang tertulis dalam bahasa parsi

"Sempadan Russia"

Ali mengeluarkan passport dari kocek skinny jeansnya dan melihat passportnya lalu dia tersenyum sambil melangkah ke destinasi seterusnya. Moscow mungkin.

*sumpah tak kelaka

SH


Rahmat Ke atas Muhammad Wa Aali Muhammad







Comments

NY said…
Saudara! Cerita apa ni? Menarik.
Harap ada sambungan.
^_^
ni hanya rekaan+true story..kalau itu yang sedari nak..hehe..insyaallah.

Popular posts from this blog

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih