Bayang - Bayang


Fajar itu aku mengikut jejak langkah satu lembaga bernama bayang. Aku ikut ke mana sahaja ia pergi, ke masjid, ke sekolah, ke kuliah, ke gunung dan ke mana sahaja bayang-bayang itu pergi aku ikut.

Ada yang menegur, dia seorang manusia yang berjantinakan lelaki "bodohnya kau ikut bayang-bayang, tak ada kerja lain ke?"

aku memerhatikan dia memegang sebotol arak disuap kan ke hujung bibirnya dan lalu dihadapan aku, aku sedar ternampak sesuatu, ya aku tidak silap..dihadapannya ada syaitan, manusia yang berjantinakan lelaki itu sedang mengikut jejak langkah syaitan itu, ke mana sahaja, yang pasti syaitan itu membawa lelaki itu berkenalan dengan sahabat syaitan yang lain.

aku senyum, biarlah aku nampak bodoh kerana ikut mengikut bayang-bayang aku sendiri sekurang-kurangnya aku dapat pahala. Aku terus menari dan menari meniru setiap pergerakan bayang aku.


Comments

Popular posts from this blog

Ini Kisah Aku : Gadis Russia, Aku Ok!!

Istiqarah Dengan Quran Dan Tasbih